innity

pages

Thursday, January 19, 2017

Tiada dana pelajaran Mara digunakan taja Kelantan – UniKL


Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menjelaskan pelaburan dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors adalah keputusan strategik bagi mengukuhkan jenama institusi pengajian tersebut. UniKL dalam kenyataan hari ini memberitahu, tiada sebarang dana tajaan pelajaran pelajar daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) digunakan dalam penajaan tersebut. 

"Pembiayaan program pemasaran dan penajaan ini dibuat secara pentadbiran menggunakan belanja mengurus yang diluluskan setiap tahun yang diperuntukkan khusus untuk tujuan pengiklanan dan promosi," kata kenyataan itu. 

Kenyataan itu turut menjelaskan, penglibatan penajaan UniKL dalam pasukan Kelantan telah memberi impak besar kepada penjenamaan UniKL yang menyaksikan universiti itu berjaya menarik lebih ramai pelajar mengikuti program-program yang ditawarkan. 

"Sebagai sebuah universiti yang masih baru dan dalam proses untuk meletakkan UniKL ke mercu yang lebih tinggi, pihak universiti sentiasa mencari peluang untuk memperkukuhkan jenama UniKL di mata masyarakat di samping sentiasa meningkat kualiti pendidikan yang ditawarkannya," kata kenyataan itu lagi. 

Jelas kenyataan itu, pemilihan Kelantan dibuat kerana pada waktu keputusan penajaan dibuat pada 2013, pasukan Kelantan adalah pasukan paling berjaya dalam Liga Bolasepak Malaysia dan mempunyai ramai pengikut. 

"Oleh yang demikian, UniKL memutuskan untuk bekerjasama dengan pasukan Kelantan sebagai rakan strategik pemasaran," kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE

7 comments:

  1. Replies
    1. lebih baik dari suara keldaian.. eheheh

      Delete
  2. Kenapa TRW? Kenapa bukan pasukan Kedah atau lain2 pasukan yang perlukan tajaan? Faktor apakah yang menentukan TRW jadi sasaran strategik? Anuar Musa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2012 siapa juara liga malaysia..?? apa bodoh sangat tak faham bahasa

      Delete
  3. Memang la tiada dana pelajaran MARA digunakan secara terus ke TRW.. sbb tu bukan geran. Persoalan berapa banyak dah keluar tajaan? atas arahan ke?

    ReplyDelete
  4. KUALA LUMPUR, 18 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lalu dibuat atas dasar komersial bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran ke arah meningkatkan jualan dan seterusnya keuntungan syarikat.

    Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, keputusan penajaan TRW itu dibuat secara pentadbiran amalan biasa berdasarkan belanjawan tahunan yang diperuntukkan bagi kegiatan pengiklanan dan pemasaran yang diluluskan lembaga pengarah.

    “Penajaan pasukan bola sepak merupakan kaedah pemasaran yang sama seperti pemasaran melalui media elektronik, cetak, atas talian dan kaedah pemasaran ‘out of home’ yang lain.

    “Penajaan ini antara inisiatif bagi memaksimumkan kebolehlihatan jenama syarikat kepada masyarakat umum,” menurut kenyataan itu.

    Pelaburan Mara Berhad berkata, ia mengambil bahagian dalam TRW pada 2016 dengan perbelanjaan RM200,000 dengan membeli pakej pengiklanan komersial yang ditawarkan TRW.

    Ia merangkumi sembilan peratus daripada keseluruhan peruntukan syarikat bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran, kata syarikat itu.

    Kenyataan itu berkata, Pelaburan MARA ialah entiti komersial yang mempunyai peranan berbeza dengan MARA dan sebagai syarikat berasaskan keuntungan, Pelaburan MARA mempunyai strategi perniagaan dan pemasaran tersendiri untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan.

    Isu berkaitan penajaan itu ditimbulkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menggesa Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan mengenai wang Pelaburan Mara dan UniKL, yang dipaksa bagi menaja TRW.

    TMJ turut mendedahkan beberapa dokumen mengenai transaksi bayaran oleh kedua-dua entiti itu bagi menaja TRW.

    Annuar yang pada mulanya menafikan Pelaburan Mara dan UniKL menaja TRW, bagaimanapun, mengakui kebenaran dokumen berkenaan dan akur arahan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, supaya menghentikan semua tajaan buat sementara.

    Dalam pada itu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pula dalam kenyataanya berkata, penajaannya dalam pasukan Kelantan telah memberi impak besar kepada penjenamaan universiti itu.

    “Pembiayaan program pemasaran dan penajaan ini dibuat secara pentadbiran menggunakan peruntukan yang diluluskan setiap tahun khusus untuk tujuan pengiklanan dan promosi tanpa melibatkan sebarang dana tajaan pelajaran pelajar dari MARA,” kata UniKL. – Bernama

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com