innity

pages

Saturday, January 28, 2017

Mohd Azarul HILANG di Bukit Broga TELAH DITEMUI SELAMAT



'Pusing2 kat tpt tu gak'
Kuala Lumpur: Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, pada petang Ahad, 22 Januari lalu, ditemui selamat, hari ini.
Ery iaitu seorang daripada kumpulan SAR yang juga pendaki berkata, Mohd Azarul ditemui di puncak Broga, pada 11.13 pagi.
Katanya, dia dijumpai sekumpulan pendaki yang mencari di kawasan puncak menuju Gunung Tok Wan.
“Jumpa kat track. Antara puncak Broga dan Tok Wan. Pusing2 kat tpt (tempat) tu gak (jumpa Mohd Azarul Mukhriz di lokasi dilaporkan hilang),” katanya menerusi WhatsApp.
Mohd Azarul Mukhris mendaki Bukit Broga bersama lima rakannya, pada kira-kira 4 petang, Ahad lalu.
Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Pantai Merdeka, Kedah itu gagal dikesan selepas sampai ke puncak bukit berkenaan.




Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 1:09 PM



Sebelum ini, Ibunya sanggup mendaki sama mencari anaknya yang hilang di Bukit Broga.

“Saya akan terus menggunakan kudrat empat kerat ini untuk cari dia walaupun misi mencari akan dihentikan malam ini,” kata Rohana Saad, 49 yang masih tabah menantikan anaknya, Mohd Azarul Mukriz 




Doa Masuk Hutan
1-Dimulakan dengan surah Al fatihah sebelum masuk hutan: الحمد لله رب العالمين الحمن الرحيم مالك يوم الدين..
2-Baca Ayat ini sebelum masuk hutan   :
بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

3-Baca ayat ini ketika melangah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 langkah dan pada
    Setiap langkah di baca doa ini :
سَلاَمٌ عَلىَ نُوْحٍ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
SALAMUN  ‘ALA  NUHIN  FIL  ‘ALAMINA  INNAKA  HAMIDUN  MAJID
 “KESEJAHTERAAN KE ATAS NABI NUH DI SELURUH ALAM…”

Dari buku `Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran dan As-Sunnah' karangan Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dr. Haron Din, Cetakan Keempat (1990)..

7 comments:

  1. Bunian ni kot, kadang2 makluk halus ni ada yg suka kat kita, atau yang sengaja nak main2 ngan kita

    ReplyDelete
  2. kena sorok kt jin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jin hutan kalau jin bandar dia sorok duit rakyat dalam akaun peribadi buat gy shopping.

      Delete
  3. Jin dan bapak hantu jin main judi forex dan satu satunya kes bailout yg meragut nyawa syuhada abd jalil yg tak berdosa dlm isu BMf.... kes bailout yg bertama meragut nwaya orang yg tak berdosa... yg bailout kaya raya 7 keturunan...

    ReplyDelete
  4. penyokong jin da berasap telinga sampai ke kepala,lari lari jangan sampai tersampuk.

    ReplyDelete
  5. Orang melayu pandai! Duduk diam diam tunggu rescue! Macam mh370, tunggu credible evidence jah... gunung sejak 4 km, perlu 7 hari untuk cari! Syoknya!

    ReplyDelete
  6. Melayu dengan tahyul tak dapat dipisahkan... :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com