innity

pages

Monday, January 16, 2017

TAK MASUK AKAL Larang Kapcai Ketika Rakyat Susah, Ekonomi Suram

Dalam keadaan ekonomi negara yang suram, cadangan kerajaan untuk melarang motorsikal berkapasiti enjin kecil, atau “kapcai” memasuki Kuala Lumpur adalah tidak masuk akal, kata PKR.
Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil berkata dasar itu memberikan kesan negatif kepada pelbagai pihak, termasuk industri yang bergantung kepada motorsikal.
“Ketika harga minyak dan barang semakin meningkat, dan jaringan pengangkutan awam dari pintu ke pintu masih tidak lengkap, larangan ini tidak masuk akal, tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai penyelarasan yang baik.
“Ini bukti terbaharu dasar Umno-BN akan terus mendatangkan pelbagai masalah dan membebankan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan sedang menimbang larangan itu bagi mengurangkan kesesakan kotaraya dan kadar pelepasan karbon, selain “kapcai” yang sering digunakan dalam jenayah ragut.
Menurut laporan mStar hari ini, Tengku Adnan dilaporkan berkata, larangan itu akan dipertimbangkan jika tambang pengangkutan awam pada tahap berpatutan.
Fahmi berkata, larangan itu akan turut menjejaskan industri jualan motosikal dan perniagaan yang bergantung kepada kenderaan itu bagi tujuan pengangkutan.
“Ia akan beri kesan negatif kepada perniagaan kecil dan sederhana yang memerlukan perkhidmatan kiriman, yang rata-ratanya menggunakan ‘kapcai’ untuk penghantaran barang secara ekonomi,” katanya lagi.
Memetik Malay Mail Online, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ab Aziz Kaprawi berkata cadangan itu perlu mendapat persetujuan orang ramai terlebih dahulu, terutama pengguna “kapcai” yang kebanyakannya berpendapatan rendah.
Fahmi menggesa Kementerian Wilayah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur agar berbincang dengan orang awam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman yang memberikan kesan kepada kehidupan mereka. -FMT

12 comments:

  1. Org yg bawak kereta lah yg kena naik pengangkutan awam dan disekat masuk kl,apahal pulak kapcai..kami bwk motor sb tk nk kl jem,apa kami ni sengkek sgt ke tkda kereta?

    ReplyDelete
  2. Meh kita balik kampong motong getah.
    Kelumpor bukan kite punya weh. .
    deme punye...
    Hidup umno. .hidup barisan.

    ReplyDelete
  3. Bangang sgguh yg mencadangkan...ada alai ke

    ReplyDelete
  4. Seeloknya bawak motor dari kereta... cadangan ini saja nak sabotaj kerajaan... sesiapa yg memberi nasihat tsb sbgi barua....
    macam gemla berlaku di sumatera.. yg terasa gegearan adalah Pulau Pinang dan Kedah sebab dinegeri Kedah Lama ini ramai barua barua penjajah yahudi yg dah BERSATU drngan Pluralist Murtad..Syiah..DAP evanglista komunis.. LGBT.. Gay..Liberalisma gereja spt SIS ...G25...

    Ada krna.mengena dengan artikel yg diataskan... kikikikiki...
    lu fikir la sendiri...

    ReplyDelete
  5. Bangang dah menteri2 ni..otak kat perut dan bwh perut..

    ReplyDelete
  6. Ni lah menteri BANGANG bercakap sbb makan sumber haram. Danggup pakai gelaran palzs demi mencari kesombongan dunia. Dasar penjilat

    ReplyDelete
  7. x boleh masuk kapcai kl akn jem lebih teruk. space jalan akn diambil alih kereta. Geng2 ni memang merisaukan.

    ReplyDelete
  8. SEKALI LAGI MENTERI CAP AYAM BERSUARA TANPA MEMIKIRKAN AKAN KESUSAHAN RAKYAT JELATA......MENTERI CAP AYAM BOLEH LE TAK NAIK MOTOR KAPCAI SIAP ADA PEMANDU DAN POLIS MENGIRING.......

    BEGINI LE NASIB RAKYAT BAWAHAN......

    ReplyDelete
  9. Ini masalahnya mentality manusia yang tidak dapat menerima namanya yang sebenar dan sesuka meletakkan tengku..
    Tengku la sangat. Tunggul yang secocoknya.

    ReplyDelete
  10. pada aku pulak, komen aku tidak ada kaitan dengan nilai partisan. idea larangan kapcai masuk kl tidak sesuai langsung. langit kl adalah langit terbuka. pelepasan karbon kononnya akan mencemarkan udara kl bukan idea cerdik. kapcai2 luar kl seperti selayang dan persekitaran kl masih juga mengeluarkan karbon? adakah karibon itu tidak boleh bergerak masuk kl? dan paling tak logik, kapcai aje yang lepaskan karbon sementara kereta, bas, lori dan lain2 adalah zero karbon....lawak sungguh. tolong fikirkan idea lain. bukan kondem idea ni sebab datangnya dari pemimpin pro-bn. idea melarang penggunaan beg plastik di selangor juga mengarut. larang guna, tapi boleh guna bila bayar 20 sen....
    so, ahlul2 politik, fikirkan idea2 bijak dan memihak kepada pengguna dan rakyat berpendapatan rendah, bukan orang kaya dan banyak duit semata-mata...

    ReplyDelete
  11. Dah tiba masanya kita undi parti pembangkang kerana kita mempunyai PM hingga ke menterinya kaki songlap dan hanya menyusahkan rakyat.

    Jangan khuatir pengundi sekalian, kerana BRIM tetap diteruskan, ditambah baik dan GST dihapuskan.

    Janji ini datang dari Tun Dr. Mahathir dan beliau telah terbukti dengan rekod cemerlang membawa rakyat dan negara ini kemakmuran, kemajuan dan kesejahteraan.

    Ayuh rakyat sekalian!

    INI KALI undi parti pembangkang dan jangan undi parti PAS jika mereka enggan menyertai barisan rakyat ini!

    ReplyDelete
  12. Apa nak dihairankan. Sifat semulajadi menteri malaysia masakini. Tak ada akal. Semuanya nak menjatuhkan umno. Tak ada idea yang benar2 mantap dan berkesan. Tahap kronik..
    Mereka bercakap seolah merekalah yg berjuang untuk bangsa melayu, sebaliknya bodo.. setiapkali keluar kenyataan, rakyat lebih benci.
    Dalam usul kapcai ni, adakah ku nan buat study dulu berapa ramai orang melayu yg guna kapcai banding bangsa lain. Kalau sekat kapcai kerana peragut sekatlah pula kereta kerana penyamum banyak berkereta. Ini cara orang bodoh buat kerja..
    Kepada menteri2 umno yang dah "menopause" spt ini, lwbih baik resign saja. Lebih lama disitu, banyak lagi kerosakan yg umno kena tanggung..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com