innity

pages

Monday, January 2, 2017

[SUMBER HARAM @ HALAL?] Yayasan 1MDB perlu isytihar sumber dana program haji: Presiden Isma


3 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Bagi mengelakkan polemik berterusan, Penganjur Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu tampil menyatakan sumber dana yang digunakan bagi membawa jemaah haji tajaan mereka.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sebaiknya yayasan itu menjelaskan sumber digunakan untuk menaja jemaah haji.
Tindakan itu katanya, boleh mengelakkan pelbagai spekulasi yang timbul ketika ini, dan mungkin juga perkara itu disebabkan penganjur tidak mendedahkan sumber dana diperoleh untuk menaja jemaah haji yang terpilih.
“Nyatakan dari mana ia diperoleh dan dibelanjakan, keuntungan perniagaan apa serta bahagian mana diperuntukkan untuk kebajikan untuk menghilangkan kekeliruan.
“Kita sebagai manusia tidak boleh melabel atau memutuskan seseorang itu memperoleh haji mabrur atau tidak, tetapi penjelasan mengenai sumber dana boleh merungkai polemik ini,” katanya kepada Ismaweb hari ini.
Beliau mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jemaah yang ditaja menerusi program itu tidak mendapat haji mabrur.
Ia berikutan didakwa daripada wang haram yang dikatakan dicuri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi kita buat kerja haji, bagus ke tidak?
“Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur,” kata Tun Mahathir.
Mengulas lanjut Ustaz Abdullah berkata, sememangnya adalah menjadi tanggungjawab pihak penaja memberi tajaan dari sumber yang halal.
“Mana-mana pihak yang ingin menaja umat Islam menunaikan haji memastikan dana digunakan adalah dari sumber halal dan tidak menimbulkan keraguan,” katanya. - ismaweb

3 comments:

  1. Sokong ustaz. 1mdb diragui sumbernya.

    ReplyDelete
  2. Tun M kata haji dari sumber 1MDB kurang mabrur sahaja, bukan dia kata tak mabrur. Sumber yang diragui (was-was) adalah ciri-ciri ke arah tu. Susah sangatkah nak faham hal ini.

    ReplyDelete
  3. Perlu fahami apabila Tun melontarkan persoalan tentang dari mana sumber 1mdb ini.

    Persoalannya dari mana sumber 1mdb untuk menaja jemaah haji ini?

    Adakah ianya halal? Atau haram?

    Kita ambil contoh mudah,

    Apabia bank2 berteraskan perbankan islam di malaysia, adakah halal dan dibenarkan dan meluluskan permohonan pemohonan yg ingin membuka pusat judi atau kelab malam menjual arak?

    Atau membenarkan kad kredit mereka digunakan bertentangan dengan syarak?

    Jelas dan terbukti wang 1mdb telah dicuri, Pemimpin2 umno gunakan untuk hidup bermewah mewah, digunakan oleh jho lo dan kuncu2nya untuk kegiatan haram, berjoli sakan, berjudi dan minum arak.

    Jika ianya tidak benar, kenapa najib tidak menjawab persoalan rakyat dan masyarakat seluruh dunia?

    Jika tidak benar, sekurang kurangnya samanlah media2 antarabangsa ini?

    Adakah menteri najib, mufti perak dan pahang tidak meneliti, tidak berfikir dan menyiasat sebelum memberi komen?

    Adakah islam menyuruh kita supaya jangan berfikir punca halal haram?

    Adakah islam dan mufti menyuruh kita menyokong semberono pemimpin jelas menyeleweng? Mencuri hak dan harta rakyat?

    Apakah dan siapakah hak dan harta rakyat?

    Diantaranya.... Golongan asnaf? Anak yatim piatu? OKU? Miskin? Ibu tunggal?

    Kenapa mencuri hak mereka? Siapakah pencuri ini?

    Mereka yg menyokong dan bersyubha tidak akan terlepas dihari pengadilan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com