innity

pages

Monday, January 16, 2017

Sultan Cerdik Begini DISANJUNG RAKYAT


KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah menegur sikap pemaju swasta yang cenderung membina projek perumahan mewah.

Titah baginda, selain kerajaan, pemaju turut bertanggungjawab menyediakan rumah mampu milik terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Sultan Nazrin, harga rumah di Malaysia telah menyaksikan peningkatan lebih daripada 100 peratus sejak 14 tahun lalu.

"Berdasarkan data daripada Jabatan Perumahan Negara, harga rumah di Malaysia meningkat 110 peratus diantara tahun 2000 dengan 2014.

"Peningkatan ini ternyata tidak selari dengan kenaikan gaji di Malaysia pada kadar purata 2.6 peratus setahun," titah baginda pada istiadat pembukaan rasmi mesyuarat pertama, penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Selasa.

Sehubungan itu, baginda bertitah, kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk membina lebih banyak projek perumahan kos rendah di Perak.

"Untuk tujuan tersebut, kerajaan beta akan menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak bagi tujuan mengawal selia pembangunan hartanah dan projek perumahan awam serta membina lebih banyak rumah mampu milik," titah Sultan Nazrin.
Tambah baginda, pada 2014, sebanyak 72.8 peratus isi rumah di Perak memperolehi pendapatan kurang daripada RM5000 sebulan.

 Astro Awani | Diterbitkan pada April 13, 2016

9 comments:

  1. Inilah perbezaan antara raja yang ada pendidikan tinggi dsn berilmu. Tahu apa itu realiti hidup yang benar bersandarkan fakta.

    Raja yang dekat dengan rakyat bukan dengan menaiki motosikal besar dan trailer mahal. Benci rasuah dan salahguna kuasa. Cakap serupa bikin.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah semua raja melayu cerdik macam dia ..tak macam nilah jadinya ..

      Delete
    2. Aku setuju 1000%.. Sultan sebelah selatan nun asyik nak menunjuk acah2 dekat dengan rakyat. Pastu konon2 naik moto pegi melawat kampunglah pegi minun ngan rakyat kat gerailah.. Takat tu jer pon. Asyiklah dok usung juru kamera suh amik gambar dia yang konon2 dekat ngan rakyatlah sangat.. Sultan negeri lain takde pun menunjuk2 buat kebajikan or pegi melawat rakyat jelata.. Nampak tak perbezaan sultan yg cerdik dan tak cerdik hanya nk pujian dan glamor jer..??

      Delete
  2. Tahniah..sultan perak

    ReplyDelete
  3. Tapi kat satu negeri tu sampai tanah pun semakin tergadai kat belanda mata sepet pembesar dia dok diam sebalik nya rakyat di gula gula kan dgn slogan "Bangsa"

    ReplyDelete
  4. Raja yang cerdik sekali berbunyi ilmunya menimbun-nimbun,
    Raja yang pelik sekali berbunyi hartanya menimbun-nimbun...
    fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete
  5. Bercakap dengan ilmu penuh di dada, inilah DYMM Sultan Perak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com