innity

pages

Tuesday, January 10, 2017

SPRM serbu, rampas dokumen dari pejabat KM Melaka [APA KHABAR IDRIS HARON]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas dokumen-dokumen daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam lawatan mengejut semalam.
Ketua menteri juga disoal siasat dalam serbuan empat jam semalam, lapor New Straits Times.

Badan antirasuah itu membawa pulang “beberapa kotak” bukti bagi membantu siasatan terhadap penjawat awam yang “mempunyai kaitan dengan pejabat ketua menteri,” menurutnya lagi.

Akaun bank penjawat awam berkaitan yang mempunyai wang bernilai jutaan ringgit turut dibekukan, lapor harian itu lagi.
Serbuan dijalankan olehh pasukan daripada ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Idris berkata SPRM hadir untuk melengkapkan siasatan terhadap penjawat-penjawat awam yang ditangkap di Melaka.

Serbuan itu dilakukan ketika siri tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan, termasuk ketua setiausaha (KSU) di peringkat kementerian.

SPRM telah pun merampas RM5 juta dalam bentuk wang tunai dan jongkong emas dalam kes KSU itu, yang turut menyaksikan dua anaknya turut direman.
Sementara itu, pegawai daerah Johor Bahru Ahmad Ehwan Ahmad, 56, mengaku tidak bersalah menerima rasuah sebanyak RM150,000.

Dia didakwa menerima rasuah untuk meluluskan pemindahan barangan pembinaan di Affin Bank cawangan Kebun Teh Commercial City, Johor Bahru pada 6 September tahun lalu.

Dia dituduh bawah Seksyen 156 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Beliau dibenar diikat jamin dengan RM30,000 dengan seorang penjamin. Sebutan kes ditetapkan pada 14 Februari depan.

5 comments:

  1. Terkini
    Live
    Utama
    Berita
    Terkini
    Utama
    Nasional
    Politik
    Parlimen
    Wilayah
    Luar Negara
    Jenayah
    Mahkamah
    Komuniti
    Nahas & Bencana
    Desktop Site
    Logout


    SPRM minta saya bantu siasatan kes salah laku pegawai - Idris Haron
    10 Januari 2017 1:12 PM
    SPRM minta saya bantu siasatan kes salah laku pegawai - Idris Haron
    MELAKA 10 Jan. - Kedatangan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat Ketua Menteri di Ayer Keroh di sini semalam adalah bagi mendapatkan maklumat dan kenyataan berhubung kes salah laku beberapa pegawai di jabatan itu sebelum ini.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, selaku pemimpin kerajaan negeri, kenyataan beliau diperlukan bagi membantu siasatan kes melibatkan beberapa pegawainya dan pihaknya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

    “Bukan saya yang disiasat, sebaliknya kedatangan SPRM semalam untuk mendapatkan maklumat dan bagi menyempurnakan siasatan kes salah laku beberapa pegawai.

    “Kalau saya yang disiasat, lain macam (cara) SPRM datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat Ketua Menteri 2017 kepada ketua-ketua jabatan negeri di sebuah hotel di sini hari ini.

    Beliau ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai tindakan sepasukan anggota SPRM mengambil keterangan ketua menteri itu selama beberapa jam di pejabatnya di Seri Negeri di sini petang semalam.

    ReplyDelete
  2. Idris kata dia bukan disiasat

    Pejabat idris digeledah

    Idris di soalsiasat

    Dokumen2 dari pejabat idris.

    Setahu saya kalau rumah saya digeledah, saya di soalsiasat berjam2, sayalah the TARGET........

    WHEN THE HEAD LIES, DO YOU BELIEVE HIS GENERALS???? I DON'T. Period.

    ReplyDelete
  3. Ye ke derih?
    Buat2 lupa plak.....dokumen sapa tu...takkan dlm opis kau,kan? Jadi bukan amerika bunuh melayu.....hehe

    ReplyDelete
  4. Jabatan perdana menteri kebal yea?
    Serbu la najib umno bn...tengok sape iblis rasuah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com