innity

pages

Monday, January 2, 2017

[SIRI REMAJA TEMPAH MAUT] Viral Video Pemuda PANJAT Kren pula


IPOH: Selepas gambar dan video sekumpulan gadis memanjat papan tanda 'IPOH' viral di media sosial, muncul pula video viral seorang pemuda memanjat sebuah kren di tapak pembinaan projek Pusat Konvensyen Ipoh.

Projek tersebut pula terletak betul-betul bersebelahan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kontraktor projek, Sycal Berhad telah membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru Ipoh hari ini.

Pengurus Tapak, Mohamad Jaafar Sadri berkata, pihaknya mengetahui mengenai perkara itu malam tadi dan telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan pihak syarikat keselamatan dan pengendali kren.

"Ekoran daripada itu, kami telah membuat laporan polis kira-kira jam 10 pagi ini dan turut memaklumkan kepada pihak MBI," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Mohamad Jaafar berkata, perbuatan berbahaya lelaki itu mungkin dilakukan dua atau tiga minggu lalu, ketika hari Ahad dan tiada operasi di tapak binaan.

Ujarnya, pihaknya masih menyiasat bagaimana pemuda tersebut boleh masuk ke kawasan projek kerana terdapat kawalan keselamatan 24 jam di tapak binaan.

Beliau mengesyaki kren yang dinaiki lelaki itu terletak di bahagian pembinaan 16 tingkat ke atas yang tingginya kira-kira 100 meter dari aras bumi.

Sementara itu, di dalam salah satu status di laman sosial, lelaki itu dikenali sebagai Mohd Adib yang dipercayai orang yang sama membawa sekumpulan gadis memanjat papan tanda 'IPOH'.

Kumpulan gadis berkenaan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan dibawa ke Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh untuk diambil kenyataan. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com