innity

pages

Monday, January 30, 2017

Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela


MUKADIMAH 

PELBAGAI usaha dijalankan kerajaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan terutama di kawasan sempadan negara termasuk mengatur strategi baharu dan menjenamakan semula agensi serta pasukan yang dipertanggungjawabkan dalam mengawal kawasan terbabit. 

Namun, apa yang menyedihkan, kawasan sempadan kira-kira sepanjang 108 kilometer yang memisahkan negara ini dan Thailand bermula dari Bukit Arang sehingga Bukit Batu Puteh, Perlis amat mudah dibolosi penyeludup. 

Pagar sempadan di sepanjang kawasan terbabit berlubang-lubang, malah pintu utama sempadan iaitu di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar turut menjadi laluan sindiket penyeludupan. 

Ikuti laporan wartawan Mingguan Malaysia, MOHAMMAD YASIR JAAFAR yang membongkar kegiatan dan modus operandi sindiket penyeludupan di Padang Besar, Perlis - Wilayah Satun, Thailand yang bukan sahaja merugikan dari aspek ekonomi, malah membawa ancaman terhadap keselamatan negara. 


KANGAR 28 Jan. - Hanya dalam tempoh lima minit, sekumpulan lelaki selesai mengangkut ratusan guni putih yang dicampakkan di pagar sempadan sebelum dimuatkan dalam kenderaan yang menunggu di sebelah Thailand. 

Itulah keadaan yang berlaku setiap hari di sepanjang pagar sempadan Padang Besar-Thailand yang menyaksikan sindiket begitu bebas menyeludup masuk dan membawa keluar pelbagai jenis barangan seperti daun ketum, bahan bersubsidi, barangan bercukai termasuk dadah dan senjata api. 

Lebih mengejutkan, kegiatan itu dijalankan secara terang-terangan di kawasan awam dan tanah lapang, malah turut berlaku berhampiran kawasan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) kedua-dua belah negara. 

Hasil tinjauan Mingguan Malaysia mendapati pagar dawai yang menjadi pemisah bagi Padang Besar dan Wilayah Satun, Thailand itu banyak dipotong dan dilubangkan sekali gus menjadi laluan utama bagi kumpulan penyeludup membawa masuk dan keluar apa jua barangan. 

Malah paling menyedihkan, beberapa kawasan yang sudah dikenal pasti sebagai laluan utama penyeludup turut dibina kubu dan pos pengawal pasukan kese­lamatan, namun tiada anggota yang berada di lokasi terbabit. Itu secara tidak langsung membolehkan ahli sindiket penyeludup terbabit menjalankan ke­giatan mereka pada bila-bila masa sehingga penduduk tempatan juga seperti tidak hairan dengan aktiviti kumpulan terbabit kerana menganggap perkara itu bukan sesuatu yang baharu. 

Menurut sumber, kegiatan itu sudah berlanjutan sejak sekian lama dan kian berleluasa berikutan tiada pengawasan dan kelemahan penguatkuasaan. 

“Masalah ini bukan sahaja meru­gikan kerajaan dari segi kutipan cukai termasuk terpaksa menanggung kos membaiki pagar yang ‘bocor’, malah amat membimbangkan dari segi keselamatan apabila barangan terlarang seperti dadah serta senjata api amat mudah diseludup keluar dan masuk ke negara ini. 

“Bayangkan mereka (penyeludup) ini tetap beroperasi walaupun di siang hari secara terbuka tanpa risau dicekup pihak berkuasa,” katanya. 

Ditanya punca utama masalah terbabit berlaku, sumber memberitahu, antaranya adalah kerana kelemahan penguatkuasaan dan tidak menolak kemungkinan telah ‘dibayar’ oleh sindiket berkenaan. 

“Mereka bijak dua-dua belah penguat kuasa (Malaysia dan Thailand) sudah ‘dibayar’. 

Maka tidak hairanlah penguat kuasa bersikap ‘tutup mata’. 

“Boleh dikatakan sempadan ini ‘milik’ gengster, mereka boleh bawa masuk dan keluar apa jenis barangan termasuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI),” ujarnya.

Sehubungan itu tambah sumber, kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani masalah terbabit termasuk menyusun semula strategi demi memastikan tahap pengawasan sempadan berada pada tahap optimum. 

- www.utusan.com.my

3 comments:

  1. Bila semgt patriotik sudah menipis pd pemimpin yg dipilih menerintah itulah jadinya. Tak perduli paasal keselamatan negara. Membiarkan samseng menentukan keselamatan negara. Penjenayah boleh masuk dengan mudah sekali.
    Pihak imigresen sendiri pun takut nak bertindak sbb mrk mgkin diugut kalau berani menghlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam isu ini tak payah la awak salahkan pemimpin. bukan pemimpin yang duduk mengawal sempadan. pegawai keselamatan telah dilantik dan ditempatkan bertugas mengawal sempadan. mereka yang tidak amanah, malah mungkin menerima rasuah. apa isunya awak salahkan pemimpin. kalau nak salahkan pemimpin, carilah isu lain yang lebih relevan. bab sempadan, pihak keselamatan yang perlu dipertanggungjawabkan. berlaku adillah walaupun pahit. walaupun tak suka dengan pemerintah ketika ini, namun wajib berlaku adil bila mengulas isu.

      Delete
  2. Seludup salah disisi undang-undang. Penguatkuasa tidak kuatkuasa undang-undang seludup juga telah melakukkan kesalahan. Orang yg melakukan penyeludupan pun melakukan kesalahan.
    Dicadangkan SPRM boleh memberi reward kepada sesiapa pemberi maklumat perlakuan kesalahan intergriti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com