innity

pages

Tuesday, January 24, 2017

Selepas Pas, DAP mahu jumpa MCA, Gerakan


GEORGETOWN - Selepas menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan Pas dua hari lalu, kini Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersedia untuk berjumpa MCA dan Gerakan bagi tujuan yang sama.

Kit Siang berkata, beliau bersedia dalam tempoh 72 jam dari hari ini untuk berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong bagi membincangkan cara untuk membebaskan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

Menurutnya, menyelamatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal adalah agenda negara bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

"Tujuan saya hanya mahu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi negara gagal. Saya beri tempoh kepada MCA dan Gerakan bermula hari ini (semalam) jam 12 tengahari hingga 27 Januari ini (sempena sambutan Hari Raya Cina). Saya akan tunggu.

"Pertemuan itu diharap dapat membincangkan bagaimana DAP bersama MCA dan Gerakan boleh bekerjasama untuk kepentingan negara bagi membebaskannya daripada kleptokrasi dunia. Saya harap perkara ini dapat dipenuhi. Persoalannya, adakah MCA dan Gerakan perlu mendapat kebenaran Umno terlebih dahulu sebelum berjumpa saya?" katanya kepada media.

Mengulas berhubung dakwaan beberapa pihak kononnya tindakan DAP itu sebagai membuat pusingan U, Ketua Ahli Parlimen DAP itu berkata, dakwaan itu hanya dari mereka yang berfikiran sempit.

Terdahulu, Kit Siang menyatakan kesediannya untuk berbaik semula dengan Pas apabila ingin berjumpa dengan presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi tujuan sama.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, kerjasama itu boleh direalisasikan sekiranya Abdul Hadi sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

Sementara itu, menjawab soalan media sama ada beliau sudah berbincang dengan kepimpinan Pakatan Harapan berhubung niatnya itu, Kit Siang berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Saya rasa tidak perlu berbincang untuk cadangan kerjasama dengan Pas. Saya bukan boneka kepada mana-mana pihak termasuk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Cadangan untuk adakan kerjasama dengan Pas dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan diteruskan walaupun ditentang Tun Mahathir.

"Saya rasa tidak perlu berbincang dengan beliau (Tun Mahathir) kerana sememangnya kita bertentangan pendapat tentang sesetengah perkara termasuk cadangan kerjasama dengan Pas ini," katanya.

Kit Siang berkata, beliau juga tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada parti komponen Pakatan Harapan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Tun Mahathir yakin pakatan pembangkang tidak memerlukan Pas untuk mengalahkan BN dalam PRU-14.
Beliau berkata, Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai PKR, Amanah dan PPBM itu sudah mencukupi untuk mengalahkan BN dan Pas. - SH

2 comments:

  1. INI KALI LAH YB LIM KIT SIANG!!!

    FOKUS UTAMA ADALAH TUMBANGKAN NAJIB DAN MEREKA2 YG BERSEKONGKOL, SETERUSNYA SUMBAT MEREKA2 INI KE DALAM PENJARA!!!

    FOKUS DAN FIKIR TUJUAN UTAMA KITA SEMUA!!! RAPATKAN SAF!!!

    INI KALI LAH....

    ReplyDelete
  2. untung kan jd kit siang..klu ph nak wat sumthing kena tanya dulu klu mca gerakan nak watpe xblh tanya umno...mmg smart kepala dia ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com