innity

pages

Sunday, January 29, 2017

Sejarah Pendek Filipina, Pengajaran untuk kita Rakyat Malaysia, Najib, Rosmah dan Haji Hadi




SEJARAH PENDEK NEGARA PHILIPPINES (PART 1)

1. Saya ingin berkongsi sejarah pendek negara Philippines untuk renungan kita bersama.

2. Pada tahun 1950, Philippines adalah diantara negara yang paling maju di seluruh Asia. GDP per capita Philippines mengatasi GDP per capita negara Taiwan, South Korea dan malah China! Sebenarnya fakta ini tidak begitu menghairankan. Philippines diperintah oleh Amerika Syarikat hampir 50 tahun jadi banyak kesan pemerintahan Amerika di sana. Jalanrayanya lurus, bandarnya berpetak2, dan malah sistem pendidikan dan pemerintahannya juga mengikut sistem di Amerika. Negara itu sudah menikmati kemudahan highway yang dibina pada tahun 1970an dan bandar Manila sudah lama mempunyai gated and guarded properties!


3. Pada tahun 1970an dan 1980an, ramai rakyat Malaysia pergi bercuti di Manila.

4. Semasa saya buat training sebagai seorang cadet pilot di sana sepanjang tahun 1980, saya telah melihat sendiri the slide into mediocrity. Kejatuhan itu bermula semasa zaman pemerintahan Presiden Marcos.

5. Untuk kekal berkuasa apabila tempoh pemerintahannya hampir tamat, Marcos mengisytiharkan military law (undang2 tentera) pada tahun 1972 sebelum pilihanraya untuk melantik presiden baru berlangsung. Marcos telah memansuhan institusi awam seperti Kongres, melemahkan badan kehakiman, dan mengharamkan parti-parti politik. RAMAI TOKOH PEMBANGKANG DAN MALAH PENGKRITIK DIHUMBANKAN KE DALAM PENJARA FOR ONE REASON OR ANOTHER. Ini termasuklah Senator Benigno (Ninoy) Aquino yang kemudiannya dibunuh pada tahun 1983. Malah terdapat cerita yang ramai orang lain juga telah dibunuh sepanjang pemerintahan kuku besi Marcos.

6. Zaman pemerintahan Marcos menjadi lagenda! Familinya dikatakan telah ‘melesapkan’ USD $10 bilion wang negara. Isterinya, Imelda, dikatakan mempunyai lebih 1,000 pasang kasut dan 1,000 tas tangan! Untuk mengaburi mata rakyat akan kekayaan tersebut (dan kerana bapa beliau bukan orang kaya (ehm, ehm)), penyokong2 Marcos mendakwa SEMUA KEKAYAAN ITU DATANG DARI EMAS KARUN yang ditemuinya selepas Perang Dunia Ke-2.

7. Pada tahun 1980, jalan2 di Manila penuh dengan lubang dan lopak. Jutaan penduduk tinggal di kawasan setinggan. Level korupsi begitu berleluasa sehinggakan polis tak malu untuk minta rasuah di depan orang ramai. GDP per capita merosot ke $585 pada tahun 1985 kerana RECESSION, PROTECTIONISM, KEMEROSOTAN MANUFACTURING, CRONY CAPITALISM DAN PINJAMAN YANG TERLALU TINGGI.

8. Incidentally, saya tak pernah berjumpa dengan mana2 rakyat Malaysia yang pergi bercuti di Manila sudah lebih 25 tahun! Dan negara2 lain di Asia jauh lebih maju dari Philippines.

9. Part 2 lebih menarik. Tunggguuu….

3 comments:

  1. Saya pernah ke manila kira2 10 tahun lepas.. banyak bangunan dan kawasan terbiar.. ada slump areas in between high rise buildings.. kesian.. talked to some academicians.. spt yg saudara katakan.. at one time phillipines was the most advanced country in the southeast.. but it halted during marcos.. n stays that way till today..

    ReplyDelete
  2. Satu pengajaran kepada rakyat malaysia....

    Sebelum nasi jadi bubur,

    TUMBANGKAN BIJAN DAN SEMAH!!!

    Kepada saudara saudari, pemuda dan pemudi sekalian,

    Pujuk dan merayu kepada kedua orang tua adik beradik dan saudara mara kita secara beradab dan berhemah agar undi parti yg dipimpin Tun Dr Mahathir.

    Lakukan sekarang!

    matlamat kita adalah jelas,

    TUMBANGKAN BIJAN DAN SEMAH!!!

    ReplyDelete
  3. Ya..inilah kejatuhan najibrazak umno bn..insyallah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com