innity

pages

Saturday, January 7, 2017

Saya campak duit RM1 juta, kata Jamal

Datuk Seri Jamal Yunos, hari ini mengaku ditawarkan wang RM1 juta oleh kumpulan judi haram dengan tujuan menghentikannya daripada terus menimbulkan kekacauan terhadap kegiatan mereka.
Selain itu, beliau juga mendakwa ditawarkan duit bulanan sebanyak RM200,000 yang disifatkannya sebagai satu cara bagi kumpulan berkenaan melindungi perniagaan mereka daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
“Saya menerima banyak panggilan daripada tauke mesih judi untuk berjumpa dengan saya. Mereka menawarkan wang ringgit dan bayaran setiap bulan dengan jumlah yang sangat memeranjatkan.
“Dan baru sebentar tadi saya tersempak atau diekori dan diberikan sebuah beg yang dikatakan berisi RM1 juta. Saya mencampakkan kembali beg tersebut kepada tauke judi itu,” kata beliau ketika dihubungi FMT.
Pada 29 Disember tahun lalu, Jamal tampil lagi dengan jubah dan kopiah putih, menyerbu 2 pusat perjudian haram di Ampang Jaya.
Beliau tampil bersama 100 pemuda bermotor pada 3.45 petang tadi, dan replika gambar menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta exco kerajaan tempatan, Ean Yong Hian Wah untuk “bersama” meninjau operasi hari itu.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mendakwa premis itu antara 400 pusat perjudian dan 600 rumah urut yang beroperasi di Ampang.
Namun, menurut Jamal selepas tindakan menyerbu 2 premis judi di Ampang, beliau mendapati premis itu sebenarnya bukan pusat hiburan keluarga mengikut lesen dikeluarkan Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ), tetapi pusat slot judi.
Jamal turut mempersoalkan tindakan MPAJ yang membiarkan 2 premis yang diserbu sebelum ini di Ampang di buka seperti biasa.
“Lepas 24 jam kita buat serbuan, mereka beroperasi kembali dan ini menandakan mereka kebal dan ada sesuatu tidak kena dengan agensi penguat kuasa.
“Mereka yang keluarkan lesen kepada premis itu, mereka meminta saya buat laporan dan buktikan. Jadi saya nak lapor apa lagi. Sudah lapor Bukit Aman, MPAJ dan wakilnya.
“Jadi saya alu-alukan pengerusi penguat kuasa MPAJ, ahli majlis dilantik daripada pakatan kerajaan negeri (Selangor), saya boleh bawa mereka pusing satu Ampang ini. Kita pusing satu persatu, kalau mereka sibuk sangat tak tahu jalan, saya boleh tunjuk satu persatu,” katanya.
Jamal berkata selain sogokan duit, beliau juga dihubungi seorang perempuan Cina yang ingin berjumpanya. Katanya, tindakan itu adalah satu kaedah “menguruskan” penguat kuasa.
“Insha Allah saya bukan orang yang mereka sangkakan. Kegiatan kedai mesin judi di Selangor dan seluruh negara perlu dihapuskan. Saya akan buat laporan polis mengenai rasuah ini,” katanya.
“Saya harap perjuangan ini bukan saya seorang, dan saya menyeru semua masyarakat membanteras pusat judi. Kalau saya sahaja melakukan perkara sedemikian, perkara ini tidak akan dapat dicegah. - FMT

11 comments:

  1. Syukur sangat2lah kita sebab ada pemimpin macam Jamal towel. Tak peduli langsung pasal duit ni. Pemimpin yg tak boleh dibeli dan bebas sama sekali dari amalan rasuah. Dulu dia jadi tokan pun hanya kategori dosa kecik. Banyak pemimpin umno lain yg insaf dengan tindakan jamal serbu pusat2 urut dan judi ni. Terima kasih Jamal ..

    ReplyDelete
  2. Strange that this Jamal Jamban did not take that to SPRM/MACC since its hard evidence of an attempt to buy his allegiance.....or is it because duit tuh ciput jer berbanding apa yang dia dapat from jembalang paymaster sekarang?!!???

    1 juta tak cukup nak hantar orang kawasan ke Dubai atau ke mana mana ajer...dengan kos lagi! Kalau PM01 main 12 angka, mau nya si JJ nih main 7 angka? Kurang kurang 8 atau 9 angka beb tak gitu JJ?? Tanya jer....

    ReplyDelete
  3. Jamal ni tunggu masa ja nak kena tembak dgn geng tailong...

    ReplyDelete
  4. Tahniah dato..teruskan usaha untuk benteras perjudian dan pelacuran di selangor..kjaan pembangkang hampeh..tak mcm apa yg dijanjikan oleh pembangkang semasa belum dapat memerintah..pru 14 jgn undi pembangkang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan pembangkang hampeh.. Kahkahkahkahkah
      Kerajaan memerintah
      Pembangkang membangkang

      Pembangkang kat selangor umno/bn laa bedol
      Jadi marilah kita tolak pembangkang di selangor pada pru14...kahkahkah

      Delete
  5. 1, kalau anda percaya zahid and his meeting with arab prince/princes viz 2.6 bil donation....percayalah jamal jamban

    2, kalau anda setuju dengan 3.85 dan mamak fin sec gen that gst turunkan harga barang....percayalah jamal tak mandi

    3, kalau anda kata bung dan tajuddin adalah BUKAN pelakon badut....percayalah jamal berdarah hidung

    4, kalau anda kata najib suci sesucinya....percayalah jamal adalah pembela bangsa, agama dan negara.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow 6:25 really gave a tribute to JJ...apa apa jer JJ. Tapi kan dalam ertikata bahasa arab...Jamal tuh UNTA...jadi kan fungsi unta nih apa? Kalau tidak hanya untuk ditunggang.....dia kena tunggang kemudian dia tunggang pulak beribu ahllul-wal-bahalol baju merah semua...hebat ler JJ nih.

      Hebat sangat sangat dengan bangang nya dia!

      Delete
  6. Jamal sewek insyallah...jamal tak kebal

    ReplyDelete
  7. Kalau ada gambar Jamal Jamban campak beg duit 1 juta,
    kan bagus. Duit tu bertaburan dan berterbangan. Baru
    lah melodramatik sikit. Barulah boleh dipercayai.
    Takat cakap-cakap je, susahlah nak diterima akal.
    Bukan kita tak kenal siapa jamal, kan.

    ReplyDelete
  8. Wayang sarigama kanelekekkkk....

    ReplyDelete
  9. Sembang kencang...porrahh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com