innity

pages

Saturday, January 21, 2017

Rundingan 1MDB, Ipic isu kehilangan berbilion ringgit temui jalan buntu


22 Rabkiulakhir 1438H, Sabtu – Rundingan antara 1MDB, dan Abu Dhabi mengenai siapa yang  bertanggungjawab mengenai kehilangan wang berbilion-bilion dolar, gagal, lapor Wall Street Journal (WSJ) yang  memetik mereka yang biasa dengan kes itu, menyebabkan dua entiti itu tidak dapat mengetepikan skandal  berkenaan.
Syarikat dana Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (Ipic) dilaporkan sebagai berkata, 1MDB  berhutang kepada mereka kira-kira AS$6.5 bilion (RM28.91 bilion) selepas syarikat pelaburan Malaysia itu  memungkiri bon yang dijamin oleh Ipic dan enggan membayar balik pinjaman segera yang diberi pada Julai  2015.
Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat tahun lalu berkata kira-kira AS$3.5 bilion (RM15.56 bilion) dana 1MDB dilencongkan dan diguna untuk membeli hartanah serta aset lain oleh pihak yang ada kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan individu lain. Najib dan 1MDB berulang kali menafikan salah laku dan memberi jaminan untuk bekerjasama dengan siasatan.
Dana 1MDB, dibangunkan pada 2009 oleh Najib bertujuan meningkatkan ekonomi Malaysia, menjadi sasaran siasatan di enam negara. DoJ memfailkan saman sivil bagi merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.45 bilion), termasuk hartanah mewah di AS dan United Kingdom, lukisan dan aset lain.
Ipic dan 1MDB hampai mencapai kata sepakat Disember lalu di mana kerajaan Malaysia akan membayar AS$1.2 bilion (RM5.34 bilion) sebagai langkah awal menyelesaikan keseluruhan pertikaian, tetapi menarik balik kerana penasihat kepada Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan perjanjian, lapor WSJ.
Abu Dhabi bakal membawa pertikaian itu, yang turut merosakkan hubungan rapat antara negara, kepada mahkamah timbangtara, kata sumber itu kepada WSJ.
WSJ melaporkan kerajaan Malaysia dan 1MDB enggan mengulas mengenai rundingan itu.
Pegawai kanan Abu Dhabi berkata, pihak mereka mengadakan rundingan dengan niat baik selepas Malaysia meminta untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan akhir tahun lalu, tetapi semuanya hilang pada tahun ini apabila tiada kemajuan ketara terhadap pembayaran balik itu.
Hubungan terjejas antara kedua-dua pihak, menurut WSJ, merumitkan usaha kerajaan Malaysia untuk ‘membebaskan’ 1MDB daripada skandal itu, yang dianggap oleh penyiasat di tiga buah negara sebagai penipuan terbesar yang pernah diperkatakan dunia.
Penganalisis kedudukan kredit berpendapat kerajaan Malaysia mampu menampung apa-apa hutang 1MDB, lapor WSJ.
Bagaimanapun, pakar strategi pasaran Bank Negara Singapura, Julian Wee berpendapat, berbuat demikian akan menyebabkan beban ekonomi tidak dijangka dan memberi tekanan kepada nilai mata wang ringgit serta risiko lain.
Walaupun bon dolar AS 1MDB didagangkan agak mantap dalam beberapa bulan yang lalu dan bangkit pada awal tahun ini, ringgit kekal lemah 5.5 peratus sejak pilihan raya Presiden AS. Tabung Mata Wang Antarabangsa meletakkan kedudukan rizab mata wang asing Malaysia antara yang paling lemah dalam pasaran baru muncul.
Pertikaian itu turut mengalih perhatian kepada peranan Goldman Sachs Group Inc yang terbabit secara langsung dengan pengumpulan dana 1MDB, termasuk bon yang dijamin oleh Ipic.
Penyiasat DoJ cuba menentukan sama ada Goldman mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa dana 1MDB telah disalahgunakan. Bagaimanapun, Goldman secara konsisten menafikan melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai cara untuk mengetahui sama ada wujud penipuan.
Di tengah-tengah pertikaian Malaysia-Abu Dhabi adalah siri perjanjian di mana emiriah yang kaya dengan minyak itu bersetuju untuk menyokong 1MDB, termasuk dengan menjamin sebahagian daripada hutang, bagi memudahkan lagi 1MDB mengumpul dana daripada pelabur global.
1MDB mendakwa mereka menyerahkan AS$3.5 bilion (RM15.56 bilion) sebagai bayaran dan cagaran kepada jaminan itu, tetapi Abu Dhabi berkata mereka tidak pernah menerima wang itu.
WSJ tahun lalu melaporkan bahawa sana itu sebaliknya pergi ke sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang ditubuhkan untuk kelihatan seperti sebuah anak syarikat Ipic, sebelum disalurkan ke beberapa penerima, termasuk sekutu Najib.
WSJ juga melaporkan ratusan juta ringgit telah didepostikan ke dalam akaun peribadi Najib.
Najib bagaimanapun, menafikan mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Apandi Mohamed berkata, wang dalam akaun Najib adalah sumbangan politik yang sah daripada Arab Saudi dan ia juga telah dipulangkan dan beliau juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Satu siasatan jenayah masih dijalankan di AS membabitkan tuduhan penipuan, pengubahan wang haram dan penyelewengan, lapor WSJ.
Pengarah Ipic yang sebelum ini membantu menubuhkan syarikat itu di Kepulauan British Virgin, Khadem Al Qubaisi dan eksekutif lain telah ditangkap di Abu Dhabi tahun lalu.
Pada akhirnya, 1MDB mengumpul lebih AS$11 bilion (RM48.92 bilion) hutang. Pada 2015, Ipic memberi jaminan kecemasan sebanyak AS$1 bilion (RM4.45 bilion), selain puluhan juta lagi sebagai bayaran faedah bagi pihak 1MDB.
“Memandangkan isu ini meningkat daripada proses perdagangan kepada suatu interaksi kerajaan dengan kerajaan, ada kemungkinan kuat bahawa kesan negatif isu ini akan diserahkan pada peringkat kerajaan dengan kerajaan, ” kata pegawai Abu Dhabi. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com