innity

pages

Tuesday, January 10, 2017

[RASUAH] Bekas CEO TEKUN didakwa di mahkamah


Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM36,000 daripada sebuah syarikat pengutip hutang dua tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Datuk Abdul Rahim Hassan, 62, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Tertuduh sebelum itu me­ngangguk faham atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahim didakwa melalui sistem pesanan ringkas me­minta suapan wang tunai seba­nyak RM36,000 iaitu 10 peratus daripada hasil kutipan hutang lapuk TEKUN Nasional bagi bulan November 2014 daripada pemilik syarikat Pasadana Sdn. Bhd., Abdul Muhsin Abdul Rahman, 46.
Wang itu sebagai dorongan mempercepatkan proses bayaran tuntutan syarikat Pasadana bagi invois bertarikh 7 Januari 2015 berjumlah RM360,009.08. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 8.30 malam, 13 Januari 2015. - Kosmo

3 comments:

  1. Tekun utk org susah pun kena kebas....

    ReplyDelete
  2. Tekun menerima rasuah dan tekun membantu golongan yg memerlukan....AMAT BERBEZA!

    ReplyDelete
  3. T Ternyata
    E Engkau
    K Kudis
    U Untuk
    N Negara.

    Tu lah yg layak utk kamu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com