innity

pages

Thursday, January 26, 2017

PUNCA PAS HURU HARA, Sekarang PAS RAMAI NAKHODA dan JURUCAKAP, Dulu Allahyarham TG Nik Aziz Seorang Saja NAKHODA PAS


PAS Bawah Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Seuatu Ketika Dahulu Amat Berbeza Dengan Sekarang
Mursyidul am PAS menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal parti itu dan mengingatkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya sebelum membuat keputusan isu penubuhan kerajaan campuran.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS, lapor Bernama .
Bercakap selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEK) di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan ketika itu mengulangi pendiriannya sebagai ketua tertinggi PAS bahawa beliau menolak cadangan Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar di Ipoh.
"Saya mursyidul am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak," Nik Abdul Aziz dipetik berkata.
Beliau ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan presiden PAS atau pemimpin tertinggi lain parti dalam menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai cadangan Hadi bagi membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN.
Nik Abdul Aziz berkata jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.
"Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAS) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu," katanya lagi.


3 comments:

  1. Cara TGNA cara dialah. Cara HH cara dialah. Bersama DAP musyrik tu cara sape? HH bg peluang org lain berckp shj bukan jd nakhoda. Komen tak salah nak buat tapi bila pucuk pimpinan kata keputusan dah dibuat maka semua dlm PAS akurlah. Itulah menghormati hak org lain bercakap.

    ReplyDelete
  2. Cara TGNA cara dialah. Cara HH cara dialah. Bersama DAP musyrik tu cara sape? HH bg peluang org lain berckp shj bukan jd nakhoda. Komen tak salah nak buat tapi bila pucuk pimpinan kata keputusan dah dibuat maka semua dlm PAS akurlah. Itulah menghormati hak org lain bercakap.

    ReplyDelete
  3. dalam PAs ni sapa nakoda tertinggi sebenarnya??/ Musyidul Am ke presiden PAS lebih tinggi??/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com