innity

pages

Friday, January 13, 2017

Polis Tahan Lelaki Di Pahang Hina Kematian Adenan Satem


Polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 36 tahun di Kuantan petang tadi.

Suspek ditahan berikutan status yang dimuatnaiknya di laman Facebook berbaur fitnah dan penghinaan terhadap Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Sarawak SAC Dato’ Dev Kumar berkata, lelaki berkenaan ditahan sepasukan anggota JSJ Kuantan 5 petang tadi.

“Turut dirampas telefon bimbit milik suspek untuk tujuan siasatan lanjut dan suspek akan dibawa balik oleh JSJ Kuching ke Sarawak esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media sebentar tadi.

Dev menambah sehingga jam 8 malam tadi, sebanyak 37 laporan polis telahpun dibuat di 12 buah daerah terhadap beberapa individu pemilik akaun Facebook.

Bagaimanapun, siasatan dijalankan melibatkan enam laporan dibuat bagi mengenalpasti pemilik akaun FB berkenaan.

"Dua individu berjaya ditahan selepas identiti diketahui,” jelasnya.

Terdahulu dalam kenyataan beliau pagi tadi, pihaknya memberi amaran kepada pengguna internet agar menjaga tingkah laku semasa tempoh berkabung ini.

“Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak untuk menangkap sesiapa sahaja memuatnaik komen fitnah atau bersifat hasutan terhadap Allahyarham Ketua Menteri,” tegasnya.

3 comments:

  1. Walaupun anda tak suka perangai simati tp jgn sekali sebar cerita aib atau buruk kerana akan mencipta budaya yg sgt tak berakhlak, tak bermoral dan akhirnya lahir generasi tak bertamadun.

    Msyrkt Malaysia yg sememangnya sudah lemah akhlak dirosakkan pula oleh budaya kuning barat dan timur yg kurg ajar.

    Misalnya Budaya baik jepun memimpin dan dipimpin tak nak ambil pula.

    Budaya sebenar Islam pun tak nak diambil pemimpin dan yg dipimpin. Akibatnya sehingga bercelaru sbb ada sebhgian sistem islam yg baik sudah dlm sistem negara kita tapi dipimpin oleh org jahil dan cinta dunia. Akibatnya Islam jd mangsa tuduhan buruk.

    Satublg akibatnya msyrkt yg dipimpin serabut dan jd lemah. Akhirnya ada msyrkt islam sendiri yg menentang agama islam.

    Islam tak bersalah tapi islam dan msyrkt islam dipimpin oleh pemimpin bernama muslim yg tak layak dan rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu Masa hidup jgn buat kerja Kotor.

      Delete
  2. 8.21

    Saya setuju dengan pandangan anda. Islam langsung tak bersalah sebab islam cara hidup yang diredhai Allah swt

    Malangnya di Malaysia, Sultan, PM, kabinet yang rata2nya beragama islam gagal menjiwai islam sebenar. Banyak sangat hipokrisi, kemungkaran. boelh dibanteras namun the will tak ada atas sebab kebendaan.

    kita dimomokan dengan bermacam. kita disogok dengan bermacam artificial program bukan untuk menjiwai keaadilan dalam islam malah jauh terpesong dari realiti beragama.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com