innity

pages

Tuesday, January 31, 2017

Pertemuan BERSATU-PAS Esok, TAPI Mampukah PAS ABAIKAN UMNO yang telah .......

Bersatu dan Pas akan mengadakan pertemuan rundingan kerjasama menjelang PRU14, esok.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Abdul Awang mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukan tanpa mempedulikan Islam.

“Oleh kerana wakil-wakil Bersatu dan Pas akan bertemu dalam rundingan berikutnya, saya fikir elok saya tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai kenyataan tersebut.

“Insya-ALLAH kita lihat apa hasilnya selepas pertemuan itu,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad masih berlapang dada untuk meneruskan perbincangan pada 2 Februari ini walaupun dikecam pemimpin kanan PAS dan membidasnya sebagai angkuh dan diktator.
Malah, Dr Mahathir turut mengakui sesetengah pemimpin PAS berhasrat untuk mensabotaj kerjasama di antara parti Islam itu dan PPBM.
Selian itu, Pemuda Amanah mendakwa PAS tidak ikhlas dalam usaha menumpaskan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan berkata, ia susulan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya semasa mesyuarat presiden dan peristiwa PAS Kedah di Kota Sarang Semut.
Hadi yang juga ahli Parlimen Marang, dilaporkan berkata di samping mensasarkan 40 kerusi Parlimen, parti itu ingin mahu mengekalkan kuasa di Kelantan dan menguasai semula Terengganu dan Kedah.
Sany berkata Hadi juga mengakui ia sesuatu yang sukar bagi PAS untuk mendapatkan majoriti 112 kerusi dan mentadbir sendirian.
Beliau berkata, ini menunjukkan PAS sedar ia tidak dapat memerintah dengan pendekatan politik semasa.
“Secara tidak langsung, PAS memberikan penyokongnya harapan palsu terhadap keupayaan parti itu merampas kerajaan daripada tangan BN.
“Penyokong dan ahli PAS perlu berfikir secara rasional mengenai realiti parti itu yang semakin semakin jauh daripada aspirasi rakyat bagi perubahan negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata rakyat Malaysia perlu sedar PAS tidak mempunyai hasrat memimpin negara ini dan menyokong mana-mana pihak yang hanya akan membantutkan usaha menggulingkan BN.
“Rakyat perlu menyokong pakatan pembangkang yang benar-benar komited membawa perubahan dan menolak pihak yang tidak komited ketika menghadapi Barisan Nasional.”

3 comments:

  1. dah derma RM90 juta??? yang PAS nak sama tak saman2 sampai sekarang tu ke, cuma tiru najib hantar surat minta penjelasan Sarawak Report je....perangani pon dah macam Najib dan PAS ni

    ReplyDelete
  2. Pas nak 40 kerusi, umno ada 88 kerusi...berikan ajelah.

    Jawatan PM dan TPM perlu rundingan bersama.

    OK? SETUJU SEMUA?

    ReplyDelete
  3. Saman tuduhan 90 juta dlm proses. Dah mula. Ikuti berita drpd sumber yg betul. Pas dn Bersatu boleh bincang utk kepentingan politik negara. Jauhi berita fitnah dn emosional.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com