innity

pages

Monday, January 23, 2017

PERKASA: Jika dulu PAS Cerai Talak 3 dengan DAP, Lim KIt Siang Perlu Cari Cina Buta


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, DAP perlu membuktikan keikhlasan untuk bekerjasama dengan PAS sekali lagi dengan menerima dan menyokong Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Katanya, perkara itu perlu memandangkan memperkasakan Akta 355 adalah hak semua orang Islam.

“Saya tak cadang nak jadi orang tengah, saya tak ada cadang nak meminang DAP bagi pihak PAS.

“Maknanya itu bila Lim Kit Siang kata nak kerjasama dengan PAS terpulang dengan PAS. Perkara pertama saya rasa dia kena setuju dengan Akta 355, sekurang-kurangnya tunjuk kejujuran dulu. Sebab itu hak orang Islam.

“Kalau dia (DAP) boleh buat sokongan terhadap Akta 355 manalah tahu PAS nak rujuk balik,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA hari ini.

Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Lim yang menghulurkan salam perdamaian terhadap PAS.

Bagaimanapun Ibrahim sempat berseloroh bahawa DAP dan PAS sudah bercerai talak tiga dan perlu berkahwin dengan ‘Cina buta’ supaya dapat bersama semula.

“Saya tak tahu PAS dengan DAP bercerai talak tiga atau satu. Dulu dia dah kahwin lepas tu bercerai cuma perceraian mereka ini talak tiga ke satu?

“Kalau ikut kenyataan pemimpin mereka baik DAP atau PAS, macam dah talak tiga, kalau dah talak tiga dah tak boleh rujuk.

“Kena kahwin dengan Cina buta dulu. Jadi tak tahulah macam mana caranya, dia kena tunjuk dulu kesediaan nak rujuk balik,” katanya.

Perhimpunan Akta 355 PAS bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pindaan itu yang akan membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Sementara itu Ibrahim mengumumkan pihaknya akan mengadakan kongres PERKASA di seluruh negara.

Katanya, bagi kongres di semenanjung ia dikenali sebagai ‘Kongres Melayu’ manakala di Sabah dan Sarawak pula dinamakan ‘Kongres pribumi Sabah atau Sarawak”.

“Kongres yang akan diadakan bermatlamat di setiap negeri akan cuba kumpul data dan kenal pasti isu berkaitan Melayu dan pribumi.

“Fokus kita isu berkaitan ekonomi dan kemiskinan, pembangunan serta kepentingan rakyat termasuk isu penyelewengan, penindasan, salah guna kuasa di negeri masing-masing,” katanya.

Ibrahim berkata, setiap kongres mempunyai tema masing-masing bergantung dengan isu yang berlaku.

Katanya, Negeri Sembilan akan mendahului kongres iaitu pada 18 Mac 2017 dan diikuti dengan negeri-negeri lain.

6 comments:

  1. Hehehe...betul jg, salam sandiwara DAP agak jelas diketahui orang melayu. DAP ni asyik nak bersandiwara je dgn pemimpin melayu.

    PAN je yg boleh depa perdaya. Sbb PAN ni sejak dulu lg kerap perdaya parti lain. Kali ni PAN sendiri tak sedar depa dah duduk dlm pelukan penipu.

    ReplyDelete
  2. ibrahim ali is a goner.

    provosion sekarang puntak dapat enforce, nak lagi kuat konon.....

    cina dap takut, china komunis jadi kaawan.....this is triple hypocrisy.

    islam dijadikan landasan untuk main poker

    ibrahim ali.....no wonder you are barred from entering sarawak

    ReplyDelete
  3. yang mamat bengong ni terlebih excited pasal per ? jelaslah PAS yang masih kukuh, sebab tak kan ada manusia yang cerdik yang mencari sesuatu yang tak kukuh untuk dijadikan tempat berpaut (walaupun sementara). Persoalan sekarang mamat "sesumpah" ni nak gunakan platform siapa dalam PRU 14 nanti ?

    ReplyDelete
  4. cuma berharap sangat-sangat agar PAS tidak menjadi batu loncatan atau alat untuk kepentingan DAP dan Lim Kit Siang, walaupun kami bukan ahli PAS tetapi sekiranya diberi pilihan kami akan memilih PAS berbanding UMNO/DAP/PAN

    ReplyDelete
  5. Ugama disisi ALLAH hanyalah Islam …(Ali Imran:19) Ini bermakna fahaman yang selain daripada ugama Islam hanyalah satu agak agak atau tanggapan atau sebuah teori ketuhanan yang berbentuk eksperimen sahaja. Islam bukan satu benda bagi orang yg mengaku sudah beriman boleh buat senda gurauan sebab bila kita bergurau tentang Islam kita sebenarnya sedang cuba untuk memberitahu atau keluarkan fatwa sendiri kepada orang bukan Islam satu ajaran sesat tentang Islam. Sebagai pemimpin PERKASA yang mewakili ahli seramai lebih daripada 500,000 orang tutur kata perlu cermat dan berhati hati sbb di kuatiri akan terkantoi dengan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi " Barang siapa menyatakan sesuatu yang bukan dari ku maka persiapkanlah diri utk mendapat tempat di dalam neraka kelak".

    “Saya tak tahu PAS dengan DAP bercerai talak tiga atau satu. Dulu dia dah kahwin lepas tu bercerai cuma perceraian mereka ini talak tiga ke satu? – Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA.

    Penyampaian ttg Islam kalau tidak betul sebab dibuat bahan gurauan akan jadi begini … Katakanlah DAP ini manusia apakah jantinanya jantan ke betina? Kita percaya samada PAS atau DAP pun tidak akan mahu menjadi betina so kalau berlaku juga “perkahwinan” mereka ini GAY ke? Kalau nak “bercerai” talak berapa pun kedua dua kena lah Islam so DAP ni Islam ke? Bukan ke dah jadi caca merba jadinya? Isu pokok yang orang Melayu memang mudah lupa adalah disebabkan kerana kurangnya menggunakan akal untuk berfikir tetapi sifat tolerensi cukup tinggi giler walupun kita semua tahu betapa kurang ajarnya species si DAP ini terhadap apa shj tentang Islam.

    ReplyDelete
  6. PRU 14 yang akan datang ini ramai orang Islam yang berfikir sudah nampak memang tidak akan lari dari pertembungan kuasa, harta dunia dan akidah. Ujian kalimah ALLAH kelmarin pun ramai jugak para ulamak PAS yang tertipu dengan syarahan ulamak DAP bagi membenarkan gereja Evangelist utk mensyirikkan kalimah ALLAH itu. Kita lihat ketika itu cuma Almarhum Dato Harun Din sahaja yang konsisten dgn pendiriannya utk tidak merestui pihak gereja Evangelist tajaan DAP utk menggunakan kalimah suci ke dalam buku Bible modified bahasa Melayu mereka. Kita percaya orang Melayu yang bernaung di bawah parti pembangkang samada PPBM, PKR, atau PAN kesemua mereka mempunyai matlamat yang serupa sahaja dengan si DAP. Matlamat yang serupa untuk meruntuhkan kerajaan yang ada sekarang bagi digantikan dengan mereka sendiri yang perasan serba boleh didalam semua serba serbi. Modal utama mereka untuk menyerang pihak Kerajaan adalah isu “superstar” 1MDB yang sudah terkenal seantaro dunia. Persoalannya sekarang benar ke tuju arah matlamat mereka ini? Sebab bagi orang orang Malaysia yang berugama Islam tidak kira apapun bangsa mereka matlamat utama kita semua adalah untuk menuju ke akhirat dengan selamatnya. Samada kita tahu atau tidak atau suka atau tidak suka, kehidupan di dunia ini hanye lah sebuah transit point yang bersifat sementara sahaja.

    Bagi orang yang masih mengaku Islam tetapi duduk bernaung di bawah naungan pemimpin parti pembangkang. Selagi pemimpin mereka masih mengikuti Boss besar mereka si DAP tu, kita percaya mana mana orang Islam yg mahu untuk berfikir tidak kira apa pun bangsa mereka; tidak akan tergamak untuk memilih mereka. Semua orang tahu abang besar mereka si DAP adalah pendorong utama bagi gereja Evangelist untuk mensyirikkan kalimah ALLAH. Rata-rata sesiapa yang pro dengan cara dan pemikiran pemimpin pembangkang akan tetap bersetuju bahawa dosa mensyirikkan kalimah ALLAH kecil jer tapi “dosa” 1MDB atau Forest City adalah terlalu dahsyat kesalahannya. Iye ke begitu? Isu 1MDB ni adalah isu duit, wang ringgit atau harta dunia. Pendek kata didalam bahasa yang mudah faham mereka bercerita bahawa sesungguhnya kita semua rakyat Malaysia sedang menderita sebab rezeki kita dah jadi sempit disebabkan olih 1MDB kata mereka. Hebat sungguh 1MDB ini sehingga tenggelam ALLAH yang Maha Agong lagi Maha Besar itu. Semua orang Islam yang mampu untuk berfikir dan mampu untuk menghayati kebesaran dan keagungan Pencipta tahu dan tidak akan mampu untuk menafikan bahawa sesungguhnya ALLAH lah yang memberi rezeki. Surah TAAHA ayat 132 “ ….Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

    Sekarang ini mari kita lihat apa kata Al Quran tentang dosa SYIRIK pulak. Surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

    Tentang syirik lagi menurut makna kepada surah Az Zumar ayat 65 pula adalah sesiapa shj yang melakukan SYIRIK akan musnah semua amalan mereka. Daripada dalil di atas mana mana individu Muslim yang mahu berfikir sudah nampak sebesar mana 1MDB berbanding dosa SYIRIK.

    Kalau nak lihat samada kita sedang melakukan SYIRIK atau tidak mari kita lihat apa yang Rasululah SAW sudah bersabda: “Barang siapa menyerupai suatu kaum. Maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih Ahmad) Apabila kita memberi sokongan kepada si DAP yang menjuarai usaha untuk mensyirikkan kalimah ALLAH bagi pihak gereja Evangelist untuk “political mileage” di kalangan orang bukan Islam maka kita pun akan dapat “saham” yang serupa seperti mereka walaupun kta tidak tahu.So agak agak tuan tuan patut tak kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin pemimpin politik Melayu yang masih bersekongkol dengan si DAP ini dan mengorbankan kehidupan di akhirat yang kekal abadi itu? Fikir fikirkan lah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com