innity

pages

Monday, January 2, 2017

[PERANG BERTERUSAN] Jangan 'jolok sarang tebuan', kata TMJ kepada Annuar Musa


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Tan Sri Annuar Musa agar jangan cuba 'menjolok sarang tebuan' kerana kelak buruk padahnya.
Annuar merupakan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Dengan tarikh untuk rakyat di negara ini keluar mengundi pada pilihanraya umum ke-14 sudah semakin hampir, jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya, ujar Tunku Ismail.
"Kepada Tan Sri (Annuar), jangan jadi liabiliti kepada parti anda.
"Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti.
"Ingatlah bahawa anda berkhidmat kepada Rakyat. Kita sedia maklum yang Tan Sri telah membina Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dari mula-mula lagi dan Tan Sri juga harus bertanggungjawab atas kegagalan dan ketidak urus KAFA hari ini," katanya dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers.
Kira-kira dua minggu yang lalu, Tunku Ismail membidas Annuar dengan menyatakan beliau tidak akan menerima nasihat daripada pemimpin yang gagal berhubung cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi.
"Baru-baru ini, terdapat satu kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri, menggesa agar bola sepak tidak sepatutnya diuruskan melalui proksi dan menyatakan saya perlu menjelaskan pendirian dan membuat keputusan sama ada mahu menerima tugasan tersebut (selaku Presiden FAM) atau tidak.
"Bagi saya, perkara yang terbaik adalah membiarkan ahli-ahli gabungan yang membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia dan juga kepada penyokong.
"Pertama sekali, saya tidak perlu untuk menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal untuk memimpin," katanya dalam cacatan di Facebook.
Kenyataan Tunku Ismail adalah jelas merujuk Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.
Tunku Ismail turut merujuk kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui Annuar.
"Setiap kali sebuah kelab bola sepak atau syarikat menghadapi masalah kewangan, ia dipanggil kelemahan pengurusan. Ia juga secara tidak langsung mencerminkan sikap pemimpin tersebut.
"Apabila anda berada dalam kedudukan di mana anda mempunyai banyak penaja, anda sepatutnya menggunakan peluang tersebut untuk melangsaikan semua hutang anda.
"Sebaliknya, anda membuat keputusan dengan mengambil khidmat jurulatih import baru serta tiga pemain import tambahan. Dengan keputusan ini, orang-orang yang menjadi mangsa adalah pemain-pemain tempatan kerana mereka tidak menerima gaji mereka," kata Tunku Ismail.
Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, sebelum Annuar mahu memberikan komen mengenai kelab (bola sepak) atau negeri lain, pihaknya menasihatkan beliau agar uruskanlah KAFA terlebih dahulu.
"Tidak payah buang masa untuk sibuk mengenai urusan pasukan atau kelab lain. Selesaikan dulu hutang-piutang sebanyak RM6.7 juta terlebih dahulu sebelum bercakap hal-hal yang lain.
"Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati.
"Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir (Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera," jelas Tunku Ismail. - MK

4 comments:

  1. Dua dua org sama saja,, AnUar org politik bila bila sahaja dia boleh jadi mengkarong,, pasal pakai duit org politik no1
    TMJ pula tak habis habis mengingatkan org politik dan kementerian,, asik ingat ingatkan je entah ye entah tidak sama juga mcm kes Kementerian Belia MAFA,, sekejap ckp Pendrive yg penuh dgn bukti dan ada di tangan(TMJ)

    ReplyDelete
  2. Setiap bulan TMJ akan duduk bersama pemberita dan org awam yg nak tau setiap sen duit dibelanjakan. Org politik ada beran?
    Pen drive mgkin ada bukti ttpi demi mengelakkan aib yg tak perlu dihebahkan, ia diselesaikan secara baik dan demi kebaikan FAM.
    Maka itulah yg terbaik demi sukan negara.
    Sekrg kita kena reform semua persatuan bola spk negeri.

    ReplyDelete
  3. Saffron kata kata takde insuran tu...sedap je cakap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com