innity

pages

Thursday, January 26, 2017

PENYELEWENGAN FELDA: ADAKAH ISA SAMAD TIDAK TAHU?


Saya terpanggil untuk memberi reaksi berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan empat orang pegawai kanan Felda kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta.

Laporan media menyebut kejadian itu berlaku sejak 2014 iaitu semasa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi Felda. Saya ingin mempersoal apa yang Mohd Isa buat sepanjang menerajui agensi kerajaan itu? Adakah beliau selaku pengerusi, langsung tidak mengetahui penyelewengan sebesar itu berlaku?

Umum maklum bahawa Felda sejak dibawah Mohd Isa mengalami kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek di bawah mereka dan ianya disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015.Selain itu, terbaru beberapa kajian menyebut bahawa Felda akan kerugian sebanyak RM7.8 bilion lagi jika mengambil keputusan menyahsenaraikan FGV dari bursa saham.

Sehubungan itu, Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa satu siasatan menyeluruh dibuat ke atas pengurusan kewangan Felda termasuk semasa di bawah pentadbiran Mohd Isa. AMANAH mengaskan bahawa Felda yang dicetuskan oleh Tun Abdul Razak adalah bertujuan untuk membantu ekonomi rakyat di luar bandar dan ianya haruslah diurus oleh mereka yang mempunyai integriti dan wibawa yang tinggi.

AMANAH DEMI NEGARA
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
25 Jan 2017

9 comments:

  1. Dia bukan tak tahu penyelewengan. Dengan dia dia sekali menyeleweng, Samdol ooiii!

    ReplyDelete
  2. PENYELEWENGAN 1MDB: ADAKAH NAJIB RAZAK TIDAK TAHU?

    PENYELEWENGAN 1MDB: ADAKAH AG APANDI TIDAK TAHU?

    PENYELEWENGAN 1MDB: ADAKAH IGP KHALID TIDAK TAHU?

    Tanyalah salleh keruak, rahman dahlan, pandikar jamban ikea dan bung bang bong

    ReplyDelete
  3. Semua dlm barisan pimpinan Tertinggi UMNO hari ni kaki temberang, otak kuning, hati keras, nafsu hodoh.

    Asyik nak songlap je harta orang, abai tgjwb, pentingkan diri, sombong.

    ReplyDelete
  4. Suharli kata sure no problem. Demi umat melayu dan muslim di malaysia. Untuk selamat dari DAP, Yahudi, LGBT, Babi dsbnya....tul tak suharli????

    ReplyDelete
  5. Kalau tak cekup isa samad sekali ..memang saje jelah spem buat keje. Kalau dah bekas ketua pengarah kena tangkap ..sekalilah dengan pengerusi sekali. Manalah tau dapat balik duit yg kena samun. Kesian org felda

    ReplyDelete
  6. Rakyat felda seluruh negara saman felda...bagi bankrap najib...

    ReplyDelete
  7. Rakyat felda seluruh negara saman felda...bagi bankrap najib...insyallah..amin.

    ReplyDelete
  8. Moh kita rakyat felda..saman kerugian najib atas jerugian felda..jom.bangkit...jom..seluruh malaysia..

    ReplyDelete
  9. Siasat anak beranak suku sakat isa samad. Tak mungkin tak jumpa sikit pun. Isa samad ni memang dah terbukti terlibat dengan rasuah dulu. Letak dia kat kerusi yg banyak duit. Tak mungkin dia nak lepas peluang tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com