innity

pages

Sunday, January 15, 2017

Pemandu Tan Sri Annuar Musa Cedera DITETAK, Polis buru suspek


KOTA BHARU: Seorang suspek lelaki berumur lewat 30-an diburu bagi membantu siasatan kes tetak seorang pemandu peribadi Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata ketika kejadian pada jam 12 tengah malam, 13 Januari lalu, mangsa ditetak di rumah suspek di Cabang Tiga Haji Musa Bukit Marak.

"Mangsa dikatakan pergi ke rumah suspek secara bersendirian untuk menuntut bayaran berikutan suspek didakwa mencuri telefon bimbit milik anak Tan Sri Annuar Musa. 

"Kemudian berlaku pertengkaran di antara suspek dengan mangsa menyebabkan suspek yang tidak berpuas hati terus menyerang dengan menggunakan parang. 

"Mangsa cedera di lengan serta paha kanan dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen di sini, hari ini. 

Ab Rahman memaklumkan pihaknya kini giat memburu suspek dan mengharapkan supaya orang ramai tampil memberikan maklumat.

"Kita harap pihak keluarga suspek memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memudahkan siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata," katanya. - BH

4 comments:

  1. Insyallah hancur lenyap anuar musang umno bn kelantan

    ReplyDelete
  2. Insyallah hancur lenyap anuar musang umno bn kelantan

    ReplyDelete
  3. Insyallah hapus lenyap anuar musang umno bn kelantan

    ReplyDelete
  4. Kenapalah bukan towkay dia yg kena. Kalau drebar yg kena terpaksalah aku kesian. Memang sepatutnya jadi yg lain ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com