innity

pages

Sunday, January 22, 2017

PATI Menyamar suami isteri, guna kad pengenalan palsu untuk bekerja di negara ini

Kedua-dua yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Sabtu (21 Januari) bagi mendapatkan perintah tahanan reman selama 3 hari yang akan berakhir pada Isnin (23 Januari) nanti. - Gambar Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan

MANJUNG: Taktik licik sepasang 'suami isteri' menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di Malaysia akhirnya terbongkar apabila seorang guru mengesyaki sijil kelahiran anak mereka dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Pemangku Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, Kamarul Idzham Kamal berkata muslihat rapi pasangan itu dikesan apabila guru kepada anak mereka mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada sijil kelahirannya.

"Guru itu berasa syak wasangka terhadap sijil kelahiran yang kelihatan agak pudar warnanya dan dibuat menggunakan pengimbas malah tidak seperti salinan asal.

"Berikutan berasa curiga, beliau meminta Pengetua segera menghubungi JPN bagi menyiasat latar belakang ibubapanya dan juga proses menyemak ketulenan pengenalan mereka.
"Susulan itu, pegawai JPN telah pergi ke dua buah rumah berasingan di Sri Manjung( isteri) dan Venice (suami) sebelum mendapati kedua-dua kad pengenalan mereka yang palsu,"katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Jelasnya, kedua mereka yang ditangkap adalah warga Filipina iaitu Alkima Muammil,32 yang berasal dari Zamboanga City manakala lelaki berkenaan dikenali sebagai Jabar Jojali,38 berasal dari Mindanao.

Kata Kamarul, dua individu itu telah memperdaya pihak berkuasa dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan menetap di Malaysia lebih daripada empat tahun.

Tambahnya, lelaki tersebut pernah bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan terkemuka di Segari namun kini telah berhenti kerja dan bekerja sebagai nelayan manakala wanita itu pula seorang surirumah.

"Apa yang lebih menarik, mereka sebenarnya bukan suami isteri dan duduk berasingan rumah tetapi sanggup untuk mengakui perkara berkenaan untuk mengaburi jejak penipuan mereka di Malaysia,"katanya.

Jelasnya,operasi terancang tersebut dijalankan oleh 4 orang pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Perak serta tiga pegawai dari JPN cawangan Manjung.

Kamarul berkata, kedua-dua yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Sabtu (21 Januari) bagi mendapatkan perintah tahanan reman selama 3 hari yang akan berakhir pada Isnin (23 Januari) nanti.

"Pasangan yang ditahan kini akan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana menggunakan Kad Pengenalan palsu sebagai pengenalan diri yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,"ujar beliau. - astro awani

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com