innity

pages

Saturday, January 21, 2017

PAS semakin MELOYA dan MENJELIKKAN


Hari ini Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengeluarkan kenyataan bahawa perkemba­ngan terbaharu (DAP mahu jawatan TPM - walaupun sebenarnya telah dinafikan oleh DAP dan Tun Mahathir) merencatkan sama sekali siri pertemuan antara Pas dan PPBM untuk menjalin hubungan kerjasama.

Tindakan beliau mempertahankan berita palsu daripada cybertropper UMNO ini jelas menzahirkan hati budi pemimpin Pas pada masa ini. Mereka tidak sedar, ahli-ahli PAS sedang memerhati dan akan hukum pemimpin mereka sendiri pada PRU-14 nanti.

Kebebalan Pengarah PPP, ditambah pula oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan tidak dapat mengelak dari berkongsi rasa 'seronok' apabila beberapa parti pembangkang didakwa mula berbincang tentang pengagihan jawatan dalam kerajaan baharu.

"Terkadang naik seronok juga bila memikirkan beberapa parti pembangkang sibuk nak agihkan jawatan dalam kerajaan baru nanti.

"Siapa nak jadi Perdana Menteri. Siapa pula nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Dan siapa pula yang jadi Menteri Kewangan," sindirnya dalam kenyataan.

"Seronok berteori atas meja dan membahagi-bahagikan jawatan sama sendiri. "Jentera parti tidak dipedulikan. Cawangan tak ada. Petugas parti tidak dibina, latihan dan kursus tidak diadakan," katanya lagi.

DAP nafi mahu jawatan TPM

Sementara itu, "DAP tidak pernah meminta diberikan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) seperti didakwa beberapa laporan media", kata Pengarah Pendidikan Politik parti itu, Liew Chin Tong.
Katanya, beliau pernah menemani Penasihat DAP, Lim Kit Siang bermesyuarat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini, sebelum kontroversi berhubung DAP didakwa meminta jawatan TPM itu timbul.
“Kit Siang dan Dr Mahathir bertukar pandangan mengenai keadaan ekonomi, pelaburan langsung asing, politik Sabah dan pemerkasaan Sarawak serta kejelasan dalam pengaturan politik,” kata ahli Parlimen Kluang itu.
Beliau berkata, DAP tidak pernah meminta mahupun membincangkan jawatan TPM.

MCA SAHKAN pernah minta jawatan TPM daripada Najib

Manakala MCA sendiri mengakui pernah menyampaikan hasrat penyokong agar jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan untuk pemimpin parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi MCA Datuk Seri Ti Lian Ker hari ini menjelaskan cadangan itu dibuat agar usaha kerajaan memelihara kepentingan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini dilakukan dengan lebih berkesan.
“Ia sekadar menyalurkan hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sihat,” katanya kepada FMT.
Carian di Portal Pusat Maklumat Rakyat atau Portal 1KLIK memaparkan cadangan daripada Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, pada April 2009:
“Datuk Loke Yuen Yow dalam laman webnya menggesa Datuk Seri Najib Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan ‘perkongsian kuasa sebenar’.
“Menurut Loke lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara,” lapor Jabatan Penerangan Malaysia.
Kenapa PAS Semakin Mudah Menerima Berita Negatif Pembangkang
Persoalannya kenapa PAS semakin mudah untuk menerima berita palsu yang dicetuskan oleh cybertropper BN berbanding mendengar penjelasan daripada pihak pembangkang?
PAS seolah-olah ingin mencari salah pembangkang untuk menghalalkan mereka masuk pintu belakang memenangkan BN dalam PRU14.
Tindakan PAS semakin meloyakan dan menjelikkan. Budaya Islam semakin luntur daripada PAS.





1 comment:


  1. BerPolitik dlm islam mesti bijaksana, berhemah bila bercakap, tidak bersama dlm hal perpecahan umat, terkehadapan dlm usaha menyatukan umat, tidak mudah diperdaya dan tertipu. Jauhi fitnah besar.

    Beri penjelasan kpd ahli sejelas2 setiap isu dan tindakan pemimpin supaya ahli tidak mudah terpedaya dgn fitnah dan tuduhan pihak yg mahu hancurkan parti. Malah ahli biasa pun akn jadi agen kpd tindakan parti. Seperti nabi mengajar sahabat2nya setiap tindakan ada reasoning. Sahbt2 bebas bertanya melainkan ketika sedang di medan berperang.

    Ini bila ditanya kpd ahli yg setia isu kecil pun mrk kata tak faham kenapa. Kenapa berbaik dengan UMNO dipentas pun mrk tak tahu kenapa. Presiden pergi ke Iran pun.mrk tak fhm kenapa walhal Ppengerusi Ulamak Sedunia pun tak bersetuju tindakan presiden PAS.

    Bila ada pihak kritik tindakan2 agamawan yg berpolitik mrk ada asas kenapa kritik. Sbb tindakan agamawan berpolitik dan mentadbir tak cerdik dan nampak tak ada kebijaksanaan. Berbangga dengan sesuatu yg tak sehebat mana, menjadi bhn lawak pihak musuh.

    Misalnya bagaimana kita boleh kata kelantan melaksanakan pemerintahan cara Islam sedangkan golongan pemuda Kelantan masih ramai terjebak masalah sosial, pengangguran juga masih antara yg tinggi. Tgk pula Sikap tak profesional kakitangan kerajaan negeri bila berurusan dgn rakyat, kasar dan tidak mengjormati rakyat. Bandarayanya kotor.

    Pendapat saya, Sepatutnya walaupun alasan tak cukup dana, tetapi adakah masalah sikap diatas tadi perlukan kpd dana yg besar utk dibangunkan?

    Kerajaan negeri Kelantan sepatutnya terkehadapan berbanding negeri2 lain dlm hal sikap rakyat. Sepatutnya Rakyat kelantan paling rajin, paling ramah mesra, paling bersih, paling sistematik bila bekerja. Semua tu tak perlu kpd modal besar. Labur di sekolah2 rendah dan tadika dana utk bgnkan minda rakyat sejak kecil lg. Jgnlah berbangga dgn PASTI sbb jwbannya anda semua boleh lihat sendiri. Kadang2 saya rasa parti PAS ni tak tahu apa yg patut kena buat.

    Fikir fikirkanlah demi kebaikan dan menarik lebih ramai rakyat mendekati PAS

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com