innity

pages

Saturday, January 21, 2017

[PAS MILIK SEMUA AHLINYA] PRU14, Ahli HUKUM pemimpin Berkeras Mahu PAS Bantu BN Melalui Pintu Belakang


"Selagi Saya Hidup Saya Tak Benarkan Pas Dan Umno Bersatu" 

Itulah kata-kata bekas Mursyidul Am Pas  Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.


Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, Pas adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.


“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara Pas dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama Pas dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily.

Nik Aziz berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Malangnya Pemimpin Pas Hari Ini Semakin 'Buta"

Perkembangan terbaru menunjukkkan pemimpin Pas cuba menjauhi pembangkang dan dalam masa yang sama cuba membohongi ahli parti agar menerima UMNO dan BN.

Hari ini Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengeluarkan kenyataan bahawa perkemba­ngan terbaharu (DAP mahu jawatan TPM - sebenarnya telah dinafikan DAP dan Tun Mahathir) merencatkan sama sekali siri pertemuan antara Pas dan PPBM untuk menjalin hubungan kerjasama.

Tindakan beliau mempertahankan berita palsu daripada UMNO ini jelas menzahirkan hati budi pemimpin Pas pada masa ini. Mereka tidak sedar, ahli-ahli PAS akan hukum mereka pada PRU-14 nanti.

Menurut beliau, buat masa ini, Pas sama ada melalui Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat belum membuat apa-apa keputusan untuk bekerjasama dengan PPBM.

Yang ada katanya, hanyalah siri-siri pertemuan dan program bersama untuk menerokai serta menjalin hubungan tersebut.

PAS Sejak Akhir-akhir Ini Galak Bersama Najib

Terbaharu, Pas akan mengundang menteri Kabinet untuk turut serta dalam Himpunan 355, yang dijadualkan berlangsung pada 18 Februari ini. 

Menerusi status dimuat naik di laman sosial Facebook milik Pengarah Himpunan 355, Nasrudin Hassan, beliau memaklumkan Pas telah mengadakan satu pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Posting yang dimuat naik itu juga disertakan sekeping gambar Jamil Khir sedang memegang baju T tertera perkataan 'Kami Sokong Pindaan Akta 355'.  

Selain Jamil Khir, turut kelihatan, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. 

"Bertemu santai dengan Jamil Khir sambil minum ringan di awal malam kelmarin sambil mengajak beliau menyertai Himpunan 355. Alhamdulillah beliau menyambut baik hasrat penganjuran himpunan oleh Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sekretariat Himpunan 355 pada 18 Februari kelak." tulis pemimpin PAS itu.

Kami di CG sememangnya sokong RUU355.

Tetapi, itu bukan isunya....

Hakikatnya berubah-ubahnya bukanlah luar biasa bagi Pas. Dari hudud bertukar menjadi negara kebajikan, akhirnya seperti cukup dengan Akta 355 saja.

Dari usul Parlimen yang sering ditunda dan belum tahu tarikh pembentangannya, Akta 355 mahu dibentangkan pula ke Dataran Merdeka.

Apa rasional dakwaan Haji Hadi tangguhkan RUU355 di Parlimen kerana mahu beri penjelasan kepada bukan Islam dengan mengadakan himpunan bersama UMNO dan BN??

Itukan jelas, mahu melunakkan ahli dan pengikut PAS dan pada masa sama mahu bersama Najib melalui jalan belakang.

Gambar-Gambar Mesra Pemimpin Pas Bantu BN Melalui Pintu Belakang





Himpunan bersama Najib


MAHA 2016


Perbincangan bersama Pak Lah di MAHA 2016


Majlis dirasmikan oleh TPM, Zahid Hamidi

mempergunakan potret Almarhum Tuan Guru Haron Din


Kerjasama terbaru




11 comments:

  1. Fikirlah dari apa sudut pun,

    Apabila seorang penyamun/ketua part (terbukti rentetan kes singapura) dan seorang penerima rasuah/parti (terbukti gagal menyaman SR) bernilai RM90 juta, keinginan bersama adalah "dekat2 dengan wajib". Selagi penyamun berkuasA, tiada tindakan diambil. Jika penerima rasuah bising, semua terpalit.

    Satu parti politik beretorik merekalah pembela bangsa melayu, agama islam dan negara malaysia.

    Satu lagi parti politik beretorik merekalah lebih isle dari isle parti/orang lain...

    Kita cantum sekali....birds of same feather flock together.

    By the way....saya terus terang kata majoriti those scholars with PhD in islamic studies kurang daya intelek dan cara berfikir. Maaf, selalu berinteraksi dengan quite a few.... some i just wonder whether the supervising professor/s were themselves poorly rated...:(

    ReplyDelete
  2. TGNA dah tiada. Pesanan dan ikrar arwah dah tidak bermakna lg. Pemimpin PAS skrg pun bukan mcm dulu.

    ReplyDelete
  3. "Selagi Saya Hidup Saya Tak Benarkan Pas Dan Umno Bersatu"
    Itulah kata-kata bekas Mursyidul Am Pas Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

    Kesian Arwah TGNA sebab kata kata itu sekiranya benar benar telah di ucapkan memang accountable di akhirat kelak. Sebab kata kata itu jelas bercanggah dengan amanat terakhir Rasulallah SAW sebelum Baginda wafat untuk mengingati umat islam jangan sekali kali memutuskan hubungan kekeluargaan atau silaturahim. Sila lihat hadis di bawah ini.

    Artinya: “Dari Abu Muhammad (Jubair) bin Muth’im r.a., bahwa Rasulullah saw bersabda, tidak akan masuk surga orang yang pemutus (hubungan famili). Abu Sufyan berkata, “yakni pemutus hubungan famili (silaturahmi).” (H.R. Bukhari dan Muslim)

    Dan dari Al Quran, Mereka yang bersikap keras memutuskan tali silaturahmi akan mendapatkan laknat dan kutukan Allah swt, sebagaimana firman-Nya:
    Artinya: (22) Maka Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? (23) Mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka. (Q.S. Muhammad: 22-23

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro..kau kena faham keseluruhan konteks ucapan almarhum..dia langsung tak ckp pasal putus tali silaturrahim..dia ckp pasal penggabungan..ada faham???

      Kalau ada saudara kita yg meninggalkan ajaran islam yg sebenar adakah kita nak bersekongkol dgn dia atau kita mengajak dia meninggalkan semuanya dan mengikut kita????
      Instead of pas gabung dgn umno, kenapa umno bubar parti n join masuk pas?

      Jgn quote ayat quran kalau tak faham kenyataan sebenar..walaupyn ulama tu bukan maksum tp almarhum lebih arif lg mengenai perkara berkaitan silaturrahim..

      Delete
    2. W/salam tuan. Memang kita kena quote juga ayat dari al Quran dan hadis Rasulullah SAW sbb sekiranya kita buat andaian sendiri ttg ajaran Islam memang akan kena “bull eye” dengan Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi" Barang siapa menyatakan sesuatu yang bukan dari ku maka persiapkanlah diri utk mendapat tempat didalam neraka kelak".

      Sehubungan dengan itu semasa era zaman PAS yang dahulu lah kita dapat menyaksikan para pemimpin PAS bertaraf ustaz senang senang mengkafirkan orang lain yang bukan satu platform politik dengan mereka. Sehinggakan berlakunya insiden solat berjemaah 2 imam dan juga doa laknat utk orang Islam yang tidak sealiran politik dengan mereka. Perkara perkara beginilah pemimpin PAS yang bertaraf ulama harus berhati hati sebab parti PAS jelas mewakili Islam tetapi sekiranya melanggar salah satu daripada ajaran/ peringatan dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah sampai bila bila pun orang akan ingat.

      Delete
    3. PRU 14 yang akan datang ini ramai orang Islam yang berfikir sudah nampak memang tidak akan lari dari pertembungan kuasa, harta dunia dan akidah. Ujian kalimah ALLAH kelmarin pun ramai jugak para ulamak PAS yang tertipu dengan syarahan ulamak DAP bagi membenarkan gereja Evangelist utk mensyirikkan kalimah ALLAH itu. Kita lihat ketika itu cuma Almarhum Dato Harun Din sahaja yang konsisten dgn pendiriannya utk tidak merestui pihak gereja Evangelist tajaan DAP utk menggunakan kalimah suci ke dalam buku Bible modified bahasa Melayu mereka. Kita percaya orang Melayu yang bernaung di bawah parti pembangkang samada PPBM, PKR, atau PAN kesemua mereka mempunyai matlamat yang serupa sahaja dengan si DAP. Matlamat yang serupa untuk meruntuhkan kerajaan yang ada sekarang bagi digantikan dengan mereka sendiri yang perasan serba boleh didalam semua serba serbi. Modal utama mereka untuk menyerang pihak Kerajaan adalah isu “superstar” 1MDB yang sudah terkenal seantaro dunia. Persoalannya sekarang benar ke tuju arah matlamat mereka ini? Sebab bagi orang orang Malaysia yang berugama Islam tidak kira apapun bangsa mereka matlamat utama kita semua adalah untuk menuju ke akhirat dengan selamatnya. Samada kita tahu atau tidak atau suka atau tidak suka, kehidupan di dunia ini hanye lah sebuah transit point yang bersifat sementara sahaja.

      Bagi orang yang masih mengaku Islam tetapi duduk bernaung di bawah naungan pemimpin parti pembangkang. Selagi pemimpin mereka masih mengikuti Boss besar mereka si DAP tu, kita percaya mana mana orang Islam yg mahu untuk berfikir tidak kira apa pun bangsa mereka; tidak akan tergamak untuk memilih mereka. Semua orang tahu abang besar mereka si DAP adalah pendorong utama bagi gereja Evangelist untuk mensyirikkan kalimah ALLAH. Rata-rata sesiapa yang pro dengan cara dan pemikiran pemimpin pembangkang akan tetap bersetuju bahawa dosa mensyirikkan kalimah ALLAH kecil jer tapi “dosa” 1MDB atau Forest City adalah terlalu dahsyat kesalahannya. Iye ke begitu? Isu 1MDB ni adalah isu duit, wang ringgit atau harta dunia. Pendek kata didalam bahasa yang mudah faham mereka bercerita bahawa sesungguhnya kita semua rakyat Malaysia sedang menderita sebab rezeki kita dah jadi sempit disebabkan olih 1MDB kata mereka. Hebat sungguh 1MDB ini sehingga tenggelam ALLAH yang Maha Agong lagi Maha Besar itu. Semua orang Islam yang mampu untuk berfikir dan mampu untuk menghayati kebesaran dan keagungan Pencipta tahu dan tidak akan mampu untuk menafikan bahawa sesungguhnya ALLAH lah yang memberi rezeki. Surah TAAHA ayat 132 “ ….Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

      Sekarang ini mari kita lihat apa kata Al Quran tentang dosa SYIRIK pulak. Surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

      Tentang syirik lagi menurut makna kepada surah Az Zumar ayat 65 pula adalah sesiapa shj yang melakukan SYIRIK akan musnah semua amalan mereka. Daripada dalil di atas mana mana individu Muslim yang mahu berfikir sudah nampak sebesar mana 1MDB berbanding dosa SYIRIK.

      Kalau nak lihat samada kita sedang melakukan SYIRIK atau tidak mari kita lihat apa yang Rasululah SAW sudah bersabda: “Barang siapa menyerupai suatu kaum. Maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih Ahmad) Apabila kita memberi sokongan kepada si DAP yang menjuarai usaha untuk mensyirikkan kalimah ALLAH bagi pihak gereja Evangelist untuk “political mileage” di kalangan orang bukan Islam maka kita pun akan dapat “saham” yang serupa seperti mereka walaupun kta tidak tahu.So agak agak tuan tuan patut tak kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin pemimpin politik Melayu yang masih bersekongkol dengan si DAP ini dan mengorbankan kehidupan di akhirat yang kekal abadi itu? Fikir fikirkan lah

      Delete
  4. 1.Pokok pangkalnya disebabkan rasa marah yang teramat pada AMANAH.
    2. menang atas tiket PAS lepas itu istihar masuk AMANAH. Bagi PAS ini adalah penipuan. Dalam DUN/ PARLIMEN AMANAH, ada ramai ahli dan cawangan PAS.
    3. Sekiranya PAS serah bulat-bulat kawasan itu pada AMANAH, bagaimana perasaan ahli PAS yang masih setia. Ahli akan anggap PAS dayus.
    4. Sebab itu PAS kambing hitamkan DAP. kononnya tidak mahu bekerjasama dengan pembangkang sebab DAP ditawarkan jawatan TPM.
    5. PAS sekarang telah ikut rentak UMNO iaitu menakutkan orang melayu kepada DAP.
    6. Sebabnya bila melayu takut DAP, maka melayu tak akan undi AMANAH yang bergabung dengan DAP. Inilah muslihat PAS. Sekiranya tiada AMANAH, maka PAS akan beri seribu dalil untuk halalkan DAP.
    7. PAS akan meletak calon disemua kerusi yang dulu PAS kemudian jadi AMANAH.
    8. Sebab itu PAS nak anjurkan RUU355 supaya PAS itu ISLAM dan ISLAM iti PAS dan tak ada ISLAM lagi dalam parti lain.
    9. HUDUD adalah undang-undang yang teramat sukar untuk dilaksanakan. Silap haribulan boleh makan diri PAS balik kalau PAS terus bermain dengan hudud. Sebab itu masa PAS tawan terangganu, hadi tidak jadikan HUDUD sebagai agenda utama.
    10. RUU355 adalah mudah iaitu menambah hukuman pada undang-undang syariah yang sedia ada. Umpama orang yang sama tapi tukar baju dari baju melayu kepada jubah dan berserban, nampak lebih islam.
    11. Tanpa tiket RUU355, apa lagi modal yang PAS ada untuk masuk tanding PRU14?
    12. Kalau PAS guna isu 1MDB contohnya, katalah dikedah bn tak cukup majoriti, PAS ada kuasa penentu, mahu kah PAS bersama pakatan bentuk kerajaan yang ada muka mat sabu? Begitu juga kalau PAS join BN, tak malukah PAS bergabung dengan parti yang dia dok jaja kata korup.
    13. Itulah DELIMA PAS yang menyebabkan PAS berada dalam keadaan luah mati mak telan mati bapa. Makanya PAS diam dalam mendepani isu semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU 14 yang akan datang ini ramai orang Islam yang berfikir sudah nampak memang tidak akan lari dari pertembungan kuasa, harta dunia dan akidah. Ujian kalimah ALLAH kelmarin pun ramai jugak para ulamak PAS yang tertipu dengan syarahan ulamak DAP bagi membenarkan gereja Evangelist utk mensyirikkan kalimah ALLAH itu. Kita lihat ketika itu cuma Almarhum Dato Harun Din sahaja yang konsisten dgn pendiriannya utk tidak merestui pihak gereja Evangelist tajaan DAP utk menggunakan kalimah suci ke dalam buku Bible modified bahasa Melayu mereka. Kita percaya orang Melayu yang bernaung di bawah parti pembangkang samada PPBM, PKR, atau PAN kesemua mereka mempunyai matlamat yang serupa sahaja dengan si DAP. Matlamat yang serupa untuk meruntuhkan kerajaan yang ada sekarang bagi digantikan dengan mereka sendiri yang perasan serba boleh didalam semua serba serbi. Modal utama mereka untuk menyerang pihak Kerajaan adalah isu “superstar” 1MDB yang sudah terkenal seantaro dunia. Persoalannya sekarang benar ke tuju arah matlamat mereka ini? Sebab bagi orang orang Malaysia yang berugama Islam tidak kira apapun bangsa mereka matlamat utama kita semua adalah untuk menuju ke akhirat dengan selamatnya. Samada kita tahu atau tidak atau suka atau tidak suka, kehidupan di dunia ini hanye lah sebuah transit point yang bersifat sementara sahaja.

      Bagi orang yang masih mengaku Islam tetapi duduk bernaung di bawah naungan pemimpin parti pembangkang. Selagi pemimpin mereka masih mengikuti Boss besar mereka si DAP tu, kita percaya mana mana orang Islam yg mahu untuk berfikir tidak kira apa pun bangsa mereka; tidak akan tergamak untuk memilih mereka. Semua orang tahu abang besar mereka si DAP adalah pendorong utama bagi gereja Evangelist untuk mensyirikkan kalimah ALLAH. Rata-rata sesiapa yang pro dengan cara dan pemikiran pemimpin pembangkang akan tetap bersetuju bahawa dosa mensyirikkan kalimah ALLAH kecil jer tapi “dosa” 1MDB atau Forest City adalah terlalu dahsyat kesalahannya. Iye ke begitu? Isu 1MDB ni adalah isu duit, wang ringgit atau harta dunia. Pendek kata didalam bahasa yang mudah faham mereka bercerita bahawa sesungguhnya kita semua rakyat Malaysia sedang menderita sebab rezeki kita dah jadi sempit disebabkan olih 1MDB kata mereka. Hebat sungguh 1MDB ini sehingga tenggelam ALLAH yang Maha Agong lagi Maha Besar itu. Semua orang Islam yang mampu untuk berfikir dan mampu untuk menghayati kebesaran dan keagungan Pencipta tahu dan tidak akan mampu untuk menafikan bahawa sesungguhnya ALLAH lah yang memberi rezeki. Surah TAAHA ayat 132 “ ….Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

      Sekarang ini mari kita lihat apa kata Al Quran tentang dosa SYIRIK pulak. Surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

      Tentang syirik lagi menurut makna kepada surah Az Zumar ayat 65 pula adalah sesiapa shj yang melakukan SYIRIK akan musnah semua amalan mereka. Daripada dalil di atas mana mana individu Muslim yang mahu berfikir sudah nampak sebesar mana 1MDB berbanding dosa SYIRIK.

      Kalau nak lihat samada kita sedang melakukan SYIRIK atau tidak mari kita lihat apa yang Rasululah SAW sudah bersabda: “Barang siapa menyerupai suatu kaum. Maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih Ahmad) Apabila kita memberi sokongan kepada si DAP yang menjuarai usaha untuk mensyirikkan kalimah ALLAH bagi pihak gereja Evangelist untuk “political mileage” di kalangan orang bukan Islam maka kita pun akan dapat “saham” yang serupa seperti mereka walaupun kta tidak tahu.So agak agak tuan tuan patut tak kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin pemimpin politik Melayu yang masih bersekongkol dengan si DAP ini dan mengorbankan kehidupan di akhirat yang kekal abadi itu? Fikir fikirkan lah

      Delete
  5. Hakikatnya jika PAS menyertai umno, Barisan Rakyat parti pembangkang, pasti tewas pada PRU akan datang.

    Langkah seterusnya adalah bagaimana untuk memenangi minda dan hati orang melayu. Perlu di ingatkan bahawa orang melayu secara pukal telah menyokong parti PAS dan UMNO sejak merdeka lagi.

    Perlu diingatkan tewasnya parti LDP jepun pada tahun 2009 yg memerintah sejak 1955 adalah kerana pemikiran rakyat jepun adalah lebih maju dan liberal.

    Persoalannya bolehkah parti pembangkang malaysia melakukan perkara yg sama dengan memenangi hati dan minda orang melayu?

    Apakah gerak kerja dan perang saraf yg telah dilakukan oleh parti pembangkang untuk memenangi hati dan minda orang melayu di setiap pelusok kampung?

    Tsunami melayu hanya boleh berjaya jika seluroh barisan rakyat parti pembangkang bersatu menewaskan parti umno dan BN.

    Janganlah kita sekadar mengharapkan tenaga Tun Mahathir dan TSMY sahaja untuk menewaskan parti Najib ini, tak adil.

    Perlu bertindak dengan segera! Masa sudah tidak ada lagi, kerana Najib pasti mengadakan PRU selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

    ReplyDelete
  6. Jika PAS menyertai parti pembangkang perkemaskan jentera supaya tidak ada lagi perebutan kerusi dan tikam belakang seperti yg berlaku pada PRU 13 tempohari.

    Jika PAS mahukan kawasan milik parti umno pada PRU akan datang kenapa tidak duduk berbincang, takkan parti PAS tidak boleh bertolak ansur?

    Kenapa tidak diberikan jika 88 kerusi milik umno ini, 60 hingga 70 diserahkan kepada PAS selebihnya kepada parti pembangkang pada PRU akan datang?

    Berbincanglah dan duduk semeja sehingga mencapai keputusan bersama yg baik demi menewaskan parti umno yg telah reput dan menunggu masa untuk ditumbangkan!

    ReplyDelete
  7. Nak berbaik dgn PAS tp jgn la hentam depa. Byk lg masa, jgn gopoh. Gopoh bw padah.
    Jgn ulangi kesilapan pemimpin jiwa kecik dlm parti pembgkang yg asyik nak maki hamun, fitnah, tuduh menuduh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com