innity

pages

Friday, January 20, 2017

PAS BUKAN HINA MAHATHIR SAJA TETAPI SELURUH PEMBANGKANG

PIHAK PENGANJUR PARTI BERSATU PPBM MENYIAPKAN KERUSI UNTUK NAIB PRESIDEN PAS, ISKANDAR SAMAD, NAMUN IA TINGGAL KOSONG
Tindakan para pemimpin Pas tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tempohari disifatkan sebagai menipu dan menghina bukan sahaja kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli partinya tetapi juga pembangkang keseluruhannya.
Terimalah realiti Pas tidak akan meninggalkan Najib, kata Zaid Ibrahim kepada pembangkang.
“Bagi saya ketidakhadiran mereka selepas janji nak hadir adalah satu penghinaan bukan saja kepada Tun Mahathir yang kata mereka hadir dalam ucapannya, tetapi juga kepada pembangkang keseluruhannya,”kata bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
“Saya tidak terkejut bila Pas tak hadir tempohari kerana jelas mereka sayang benar kepada Najib. Mungkin ramai lagi ahli Pas tak faham bahawa pemimpin mereka terikat dengan Najib,” kata Zaid kepada Malaysia Dateline.
Ketika memberikan ucapan perasmian, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presidennya, Datuk Iskandar Samad ke majlis.
Namun kedua-duanya terbukti tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu di Stadium Melawati, Shah Alam itu. Kerusi yang ditulis nama Datuk Iskandar Samad tinggal kosong.
Malaysia Dateline difahamkan, wakil Pas sudah berjanji akan hadir ke majlis pelancaran itu sehingga nama mereka diumumkan oleh Mahathir dalam ucapannya.
Namun, mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat tengahari semalam dipercayai membuat keputusan agar kedua-duanya tidak menyertai majlis Bersatu itu.
Bagi Zaid, ini bukan kali pertama Tun Mahathir dihina oleh Pas, bahkan sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari juga menghina Mahathir apabila berkata mereka sedia bekerjasama dengan Bersatu tetapi tidak dengan Mahathir.
Bagi beliau, ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memujuk Pas malam tadi hanya harapan semata-mata.
“Ini hanya ‘wishful thinking’ sahaja. Terimalah realiti,”kata Zaid mengulas ucapan itu.
Bagi beliau, apapun jumlah pengundi Melayu yang hilang kerana Pas, sudah cukup dan boleh di ‘top up’ melalui gabungan Bersatu dan Amanah.
“Tetapi kalau tiada keyakinan susahlah,” kata Zaid.
“Apa guna kita buat majlis pelancaran besar-besaran jika masih tak yakin. Jika kita yakin, dan Amanah pun yakin, saya pun yakin ia boleh diatasi. Gabungan Bersatu dan Amanah ini boleh.
“Dua atau tiga penjuru, saya yakin kita boleh jatuhkan Najib,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. – Malaysia Dateline

1 comment:

  1. PAS telah merosakkan imej sebuah parti Islam kalau tanpa sebab gagal datang ke majlis yg dianjur oleh saudara seislam. Melainkan ada sesuatu telah diberi syarat oleh PAS kpd penganjur ttpi penganjur mungkir.

    Tapi dlm politik musuh pun boleh berbaik apatah lagi bukan musuh cuma tiada persefahaman.

    Jgn rosakkan hubungan, jangan cpt2 nak bakar jambatan sbb bersemangat sgt nak ke depan. Kadang2 ada senjata yg tertinggal atau ada orang yg berubah hati nak menolong kemudiannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com