innity

pages

Monday, January 9, 2017

[NETIZEN- PRU14 KAMI PULANGKAN NAJIB] 'Najib hanya luang masa berkualiti dengan anak' - Pgw Khas Isteri Najib


Di sebalik tohmahan mengenai percutian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama keluarga ke Australia baru-baru ini, pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor melihatnya dari sisi yang berbeza.
"Saya memandang dari sisi yang berbeza. Ayah dan anak beriadah dengan mengayuh basikal dan seperti mana orang lain, mereka mahu lakukan aktiviti bersama.
"Tidak seperti orang lain, ayah mempunyai banyak masa diluangkan bersama keluarga. Si ayah bekerja 7 hari seminggu, keluar rumah pagi hari dan pulang lewat malam.
"Dalam setahun mungkin 10 hari sahaja si ayah benar-benar dimiliki oleh keluarga. 355 hari lagi mereka terpaksa berkongsi ayahnya dengan rakyat," kata Rizal dalam catatan di Facebooknya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, percutian Najib sekeluarga di Australia menunjukkan mereka terpisah daripada realiti sebenar kehidupan rakyat.
Katanya, ketika rakyat biasa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan banjir yang melanda, Najib dan keluarganya pula bercuti dengan menggunakan jet kerajaan.
"Sementara rakyat muram dan berjimat cermat dengan naiknya harga petrol di ambang tahun baru, perdana menteri diberitakan terbang dengan keluarga bercuti menaiki jet mewah kerajaan menjelajah Australia.
"Tanpa menghayati sensitiviti rakyat, gambar-gambar bermain golf dan beriadah mewah sekeluarga disebarkan di Facebook oleh ahli keluarganya," kata Raja Kamarul.
Mengulas lanjut, Rizal berkata, justeru, beliau berharap pihak yang mengkritik hal berkenaan dapat merenungkan hubungan ayah dengan anak-anaknya.
"Renungkanlah. Ada orang untung dapat ayah berada. Ada orang untung dapat ayah punya banyak masa dan ada orang bertuah masih ada ayah," tambah Rizal sambil menyedekah surah Al-Fatihah buat arwah ayah beliau. - MK
Komen Netizen:
Kenyalang Terebai Letak jawatan senang cite.. kena sumpah seranah pun x.. 24 jam leh duduk ngan anak bini dalam bilik besi...
Muhamad Faiesal Salman Kalau itu ko nak jadikan alasan baik ko letakkan jawatan lar.. Macam sibuk sangat kerja ko, org Lain pun sibuk juga.. Dah ambil jawatan, kena lar pikul amanah Dan tanggungjawab, kalau tak sanggup, letak jer jawatan, rakyat pun dah mual dengan cara ko...
Shah Muzamil Kami rakyat malaysia berjanji akan pulangkan ayah anda pada pru14 nanti dan memberi peluang kepada anda untuk bersamanya untuk selama lamanya....harap anda bersabar dan berdoa supaya pru14 dipercepatkan...kalau anda tak boleh tunggu pujuklah ayah anda untuk melepaskan jawatannya...kami sentiasa memahami perasaan anda....kerana kami rakyat yang berprihatin
Khairulnizam Marsuki 355 hari kongsi dgn rakyat. Ke 355 hari kongsi duit dgn kroni. 2.6billion kongsi dgn sape? 42juta duit SRC kongsi dgn siapa? Berpuluh billion duit 1mdb hilang kongsi dgn siapa? Yg sebilangan rakyat tahu semua rakyat malaysia berkongsi tolong byrkan hutang 1mdb yg sgt meruncing ketika ni ada lah. Yg tak tahu cuma ahli umno je. Sbb tu mereka angguk je.
Hisyam Zainun Then stepdown la dari jawatan tu.... bagi org lain pulak... hang pi la nak pi mana pun dgn family hang, tapi sebelom tu hadap dulu la segala kesalahan hang... 🖕🏻
Muhd Khairul Amir ok la tu..ayah yg lain sampai x de masa utk anak sbb kena kerja keras..kena o.t bagai..pergi kerja subuh(gelap)..balik kerja maghrib (gelap)...ini ok la..boleh pi oversea..naik flight free plak tu...syukur la ape yg ko dpt..
Namat Bukhairi Dlm setahun 10 hari je si ayah brkongsi masa dgn kluarga.. Apa hang ingat lg 355 haqi lg tu rakyat mau ka kongsi masa dgn dia.. Rakyat ni cuma trpaksa kongsi d sebabkan sikap kebodohan macai yg masih bg mandat utk dia n sekutunya rampas harta negara.. Pembangkang sesekali x prnah teringin kongsi masa dgn Ali Baba ni....
Wahidul Azam Mohd Dom Jurucakap ta faham masalah......rakyat pertikai pi cuti guna harta kerajaan dari duit rakyat. Nak cuti bersama rakyat sepanjang tahun pun tak pa tapi guna duit gaji sendiri beli tiket kapal terbang sendiri paham......3/4 punya malaon
Panca Delima Ayah org lain kdg2 takde masa langsung nk beriadah dgn anak.. cari duit.. rakyat tak kisah dia nk luang masa dgn keluarga. Yg rakyat geram duk guna harta negara ke sana sini.. cuba pergi dgn flight komersial guna duit sendiri takde sape nk bising..
R's King Kami 365 kongsi sengsara dgn keluarga dan rakyat... Hampir semua ibu dan bapa dah mula buat dua kerja... Itupun kami hanya mampu sediakan keperluan asas anak anak je. Raya sekarang beli 2 pasang pun dah tenat... Kau share billions... Anak kau tak ada kau pun ok je... Sebab duit berlambak. Boleh cari ayah lain la. Puuuiiiii...
Negara tenat kau pula sedap bercuti... Siapa kata kau kongsi dengan rakyat... Jib kongsi dgn songlap dia je... Mana ada duit disitu ada jib... Hidup mewah gila... Sampai bila pun kau tak kan jadi teladan rakyat...
William Elizabeth Tak apa. Tahun ini, bagi saja 365 hari kat kelurga. Rakyat tak perlukam dia
Abd Rashid Mohamad Memalukan...zaman dia kita hilang byk benda...365hari rakyat terkena..
-wang rakyat hilang
-subsidi2 ditarik
-syarikat kerajaan diambil alih
-felda hancur
-hutang negara bertambah
-tanah negara tergadai
-cukai naik
-gst 6%
-pelabur lari
-harga barang naik
-nilai matawang merudum
-byk lagi....
Fazle Rayyan ada org kesah ko ada cuti ke tak ada cuti bersama anak2.. orang lain pon ada anak2 juga berketja juga pandai2 la bahagikan masa bersama anak2.. macam dia sorang je ada anak.. itu pon nk kena bagi tahu ke????
Lembayung Senja Aku nk gelak je.... rakyat sibuk cari duit...ko sibuk tibai selagi boleh.....dh cekik kita demi kpentingan diri dia pastu buat muka kesian mtk simpati konon. Sampai kiamat aku tk halalkn. Byk lg aku nk maki tapi takut kena tangkap maklum la ko berkuasa kn.... aku tgu roda ko ke bwh....
Vegnesvaran Maniam Bila pula Si Rizal ni jadi anak Najib? Dia nak pi enjoy ke.. mampui ke kita takde hal. Tapi guna la duit sendiri utk anak dia. Yang hang curi duit kami belanja dia makan kenapa. Tak malu ke... Semua nak free...kami pula yg bayar cukai, GST, petrol dan mcm2 lagi...
Nor Saliza Harap lpas PRU14 nnt dia ada bnyk msa utk ank2nya.... Kesian plak... Ayah dia sebok cari duit.... Smp xdak msa dgn fmly... Ayah dia sja la sebok kt mlaysia ni... Org len bersenang lenang dgn fmly kot...


12 comments:

  1. Klu nak tahu sibuk atau tidak jd pm..bila pru 14 nanti kita semua berhak untuk bertanding dlm pru. Jadi, jgn lah kita kata mengata
    sesama kita..klu nak jadi adun,
    mp silalah yg beri komen bertanding dlm pru..beri komen mudah..budak std 6 buleh buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2:38

      Bodoh lah kamu...yang standard 6 atau mungkin lebih teruk akal kamu tuh jer...electorate atau pemilih tak boleh nak komen, tegur, berkata, kritik, nasihat atau apa saja lah, tak boleh? Apa ke jadah rakyat tak ada hak nak berbicara dan meluahkan perasaan...wei, communication works both ways not simply leaders spewing and doing all shits and we should just take it without questioning? Tuh bodoh namanya kalau lanun-bugis kata apa pun ikut jer....

      Sibuk PM01 nih banyak memikirkan nak,

      - berapa banyak nak songlap
      - dimana boleh songlap
      - kemana songlap boleh dialihkan
      - bagaimana songlap boleh disembunyikan
      - kantoi songlap macam mana nak menipu songlap jadi 'DERMA'
      - songlap terus songlap kelentong terus kelentong

      Jangan tipu lah PM01 kerja sibuk sangat kalau sign dengan KUASA 117 1MDB pun senang jer boleh kata tak tahu, begitu juga wang SRC Intl boleh senang jer lepas diri tak tahu siapa masuk kan, gila apa PM01 macam tuh sibuk sangat?

      Kakitangan sana sini siap laki PM01 pun ada ramai tukang bawak beg, di Australia, waktu gi Turkey sampai 15 bags, tang tukang pakai kasut belum sentuh lagi....so jangan temberang sangat lah PM01 sibuk sangat kalau lanun-kayu-bugis hanya turun autograph jer...tuh pun dungu sign buta!!!

      Kalau kamu tak mahu mengata atau menegur atau bising, itu hak kamu, tapi jangan sesekali menidak kan hak rakyat yang lain untuk bising atau apa saja....bingai punya orang!

      Delete
  2. Hubungan ayah dengan anak konon..

    Rakyat macam kami ni bercuti dalam negara je..ringgit tak mengalir keluar..rancakkan ekonomi domestik..
    itupun dari A hingga Z guna wang sendiri..

    Kau pulak? Haaaak Thuihhh!!

    ReplyDelete
  3. Emm dah takda isu ke..Bosan la ..Jgn igt la korang nk menang Kalo duk asik isukan benda remeh temeh

    ReplyDelete
  4. entah korek celah mana punya komen, celah gelegar kot. komen yang negatif banyak, komen yang positif takde ke? alalalalala...minyak naik 20sen seliter terus je rakyat jatuh miskin. aku taknak compare dgn charge 20sen sekeping bagi plastik di selangor walaupun nilainya sama, 20sen. kalau isi minyak 50 ringgit dalam kereta sekarang berbanding bulan lepas, ko akan rasa beza sangat ke habisnya minyak tu? dan ko kena ingat suatu masa dahulu minyak pernah juga naik sehingga 270sen. menjalar je kereta kt jalanraya. tak payah hipokritlah ye, yang korang kata rakyat jatuh miskin tu rakyat yang tak berapa beli sangat minyak petrol. rakyat miskin tak pakai kereta besar macam merz, volvo atau bmw. padan dengan kereta sederhana keluaran malaysia je, tak banyak pakai minyakpun dalam seminggu. 50 ringgit bulan lepas dan 50 ringgit sekarang tak banyak sangat bezanya. korang je yang mengada macam minyak naik 10 ringgit seliter. oh ya, pm najib bukannya dungu sangat sampai nak naikkan harga minyak tak masuk akal. dia juga takut hilang undi. so, tak payah mengada mengaku miskin tiba2 ye....JANGAN HIPOKRIT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembang kencang..apahal smpi ke minyak yg ko melalut ni?

      Delete
    2. taik minyak banyak sangat 11:46....JANGAN HIPOKRIT!

      Delete
    3. rakyat marah bukan pasal minyak tu naik 20 sen sahaja semata-mata.rakyat marah sebab kenaikan harga barang yang dikaitkan dengan kenaikan harga minyak..lagipun,kalau kita kira,tangki proton saga sv kapasitinya 40 liter,dgn peningkatan harga minyak 20 sen,menyebakan peningkatan rm8.00 untuk isi minyak penuh satu tangki..rm8.00 tu mungkin x banyak pada ko,tapi pada aku boleh lepas sekali makan tengahari atau top up hp..

      Delete
    4. oye, lupa plak pasal plastik 20 sen selangor..kalo beg plastik 20sen tu kita rasa mahal,kita boleh je gantikan guna beg plastik terpakai or bawa je bag besar macam beg ikia tu. tapi minyak petrol naik 20sen,kita nak ganti dengan apa?

      Delete
  5. Perdana menteri yang otak kat lututttt

    ReplyDelete
  6. Anon 11.46 pm...komen anda tu mmg betul dan ada benarnya..dia org jer yg hasad dengki..

    ReplyDelete
  7. Insyallah ...hancur lenyap najib umno bn..amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com