innity

pages

Wednesday, January 11, 2017

'Membangkang kerja mudah, saya mahu jadi kerajaan'


Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak mahu kekal sebagai pembangkang kerana ia adalah kerja mudah.
Sebaliknya timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu mengingatkan dirinya yang kini berada di pihak pembangkang agar tidak merasa selesa dengan keadaan sekarang.
Saya sering letak mind set tidak mahu kekal sebagai pembangkang kerana itu kerja mudah.
“Kita nak tubuhkan kerajaan baru walaupun itu kerja susah, tapi ini merupakan satu perjuangan yang perlu diselesaikan.
“Nak jadi pembangkang ini senang. Jika kalah dalam pilihan raya umum (PRU) jadilah pembangkang.

“Jika ingin menjadi kerajaan itu susah kerana harus menang PRU dahulu kemudian harus yakinkan rakyat baru boleh pegang tampuk pemerintahan,
” katanya dalam wawancara di Sinar Harian hari ini.
Mukhriz turut menceritakan perbezaan yang dirasainya sewaktu berada dibawa kerajaan dan sebagai pimpinan pembangkang sekarang.
Sewaktu menjadi menteri besar Kedah dulu, ada perkara yang (saya) tidak boleh cakap semberono kerana ia akan menjadi jawapan rasmi kerajaan, (tetapi) bila dah bertukar tempat (menjadi pembangkang), sampailah giliran saya untuk menyoal kerajaan.
“Bagaimanapun ia tidak bermakna saya mengambil kesempatan dengan melontarkan soalan yang bukan-bukan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Sementara itu Mukriz mendakwa beliau dan keluarganya sudah lali apabila bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dikecam orang ramai.
Katanya perkara itu sudah dirasainya sejak Dr Mahathir memegang jawatan perdana menteri lagi.
Bagi kami ia sudah menjadi kebiasaan, sudah lali pun, dulu sewaktu Dr Mahathir jadi PM, dan ramai orang kecam sebab itu sudah biasa.
“Lagipun pada pendapat saya, tuan punya badan lebih arif dengan perkara ini dan beliau mempunyai cara yang tersendiri untuk beri respon,” katanya.

3 comments:

  1. Apa cerita dengan pemecatan Ainina? Apa cerita dengan isu TS Muhideen tu? Aduhhhhh. Setel la masalah keluarga parti DS dahulu. Macam mana nak jadi kerajaan kalau parti pun dok gelong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atantuya
      Pantai pd
      1mdb beruk
      Dana src 42juta
      Kasi setel cepat

      Delete
  2. Apai besai dah hilang moh serang sarawak.....hapus dan lenyap najib umno bn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com