innity

pages

Saturday, January 21, 2017

MCA SAHKAN pernah minta jawatan TPM daripada Najib - Ternganga Penyokong UMNO

MCA mengakui pernah menyampaikan hasrat penyokong agar jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan untuk pemimpin parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi MCA Datuk Seri Ti Lian Ker menjelaskan cadangan itu dibuat agar usaha kerajaan memelihara kepentingan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini dilakukan dengan lebih berkesan.
“Ia sekadar menyalurkan hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sihat,” katanya kepada FMT.
“Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan seakan-akan ia satu perkara terlarang semata-mata ingin provokasi sentimen dan emosi masyarakat Melayu, kononnya MCA melakukan kesalahan dan DAP lebih akur kepada sensitiviti orang Melayu.”
“Inilah mainan politik Tun dalam mencuba meraih sokongan pada parti pembangkang dengan mainan sentimen perkauman,” tambahnya.
Beliau berkata demikian selepas pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu membetulkan kenyataannnya dan berkata MCA yang meminta jawatan timbalan perdana menteri, bukan DAP.
Carian di Portal Pusat Maklumat Rakyat atau Portal 1KLIK memaparkan cadangan daripada Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, pada April 2009:
“Datuk Loke Yuen Yow dalam laman webnya menggesa Datuk Seri Najib Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan ‘perkongsian kuasa sebenar’.
“Menurut Loke lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara,” lapor Jabatan Penerangan Malaysia.
Jawatan timbalan perdana menteri diisi oleh pemimpin Umno sejak penubuhan jemaah menteri pertama Malaya pada 1955.
Pilihan raya umum 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dalam sejarah perikatan itu, apabila kehilangan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
MCA dan parti komponen bukan Melayu lain kehilangan hampir separuh atau lebih kerusi Parlimen dan DUN.
“Sebenarnya MCA menyampaikan hasrat masyarakat Cina supaya satu jawatan timbalan perdana menteri diadakan untuk pendayaan ke arah penyelesaian masalah masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam,” kata Lian Ker.
Pakatan pembangkang meraih undi masyarakat Cina yang lebih besar pada pilihan raya umum 2013. MCA terpaksa berpuas hati dengan sekadar 7 kerusi Dewan Rakyat. - FMT

2 comments:

  1. kah kah kah senangnya kena game dengan Tun M, hebat Tun

    ReplyDelete
  2. Mana yg lebih dirisaukan,cina Malaysia yg kita kenali atau cina komunis dari tanah besar.mana lbh bahaya lks Atau jho lo?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com