innity

pages

Friday, January 6, 2017

MAHARAJA LAWAK MEGA Seorang KSP - Duit BR1M beli Proton Iriz Jadi Pemandu UBER


Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Irwan Siregar Abdullah mengumumkan penerima BR1M yang tidak memiliki kereta akan diberi kemudahan untuk menggunakan bantuan berkenaan bagi membeli kereta Proton Iriz.

Ia akan dilaksanakan tahun ini, katanya.

Kata Irwan Siregar lagi, dengan pembelian kereta itu, mereka kemudian boleh menjana pendapatan dengan menjadi pemandu Uber atau Grabcar.

Selain itu, Irwan Siregar juga memberitahu, pihaknya akan menstruktur semula  BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan melalui wang tersebut.

Kita juga sedang mengkaji bagaimana BR1M  boleh digunakan untuk latihan untuk memulakan perniagaan.
Perghhh....banyaknya kegunaan BR1M.

Untuk beli kereta,  beli makanan, beli barangan keperluan dan untuk latihan sebagai persediaan memulakan perniagaan.

Sudah tentu, penerima BR1M juga akan menggunakannya untuk membayar bil utiliti, tambah nilai telefon, mengisi minyak kenderaan dan macam-macam lagi.

Pendeknya, wang BR1M boleh digunakan untuk pelbagai keperluan dalam kehidupan seharian.

Tetapi, berapa bantuan BR1M yang rakyat dapat?

Jumlahnya ialah antara RM450 hingga RM1200.

Soalnya, bolehkah dengan jumlah bantuan sebegitu kecil, BR1M digunakan untuk macam-macam tujuan seperti yang disebut oleh Irwan Siregar itu?

Bagaimana juga untuk membeli Proton Iriz dengan wang BR1M itu? Bolehkah dengan wang antara RM450 hingga RM1,200, ia dijadikan bayaran pendahuluan membeli Iriz?

Berapa pula bayaran ansuran bulanannya?

Lagi pula, baru minggu lalu Najib berbangga bahawa pertumbuhan ekonomi antara 4.3 hingga 4.4 peratus yang dicapai negara adalah sesuatu yang hanya boleh diimpikan oleh negara-negara maju.

Jika pertumbuhan ekonomi begitu bagus sehingga melebihi negara-negara maju, mengapa hanya tawaran menjadi pemandu Uber dan Grabcar saja yang mampu ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat?

Berikut pula ialah komen Rafizi Ramli mengenai cadangan Irwan Siregar yang juga merupakan Pengerusi 1MDB:-

NAJIB PERLU NAIKKAN BANTUAN BR1M KEPADA RM40,000.

Saya tertarik dengan idea Tan Sri Irwan Siregar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengerusi 1MDB yang dipetik dalam satu laporan mencadangkan penerima BR1M yang tidak mempunyai kereta menggunakan BR1M untuk membeli kereta Proton Iriz supaya mereka boleh menjadi pemandu Uber atau Grabcar. 

Dengan cara ini, menurut laporan Malaysiakini itu http://www.malaysiakini.com/news/368232 , mereka boleh menjana pendapatan.

Cadangan itu boleh dilaksanakan dan sudah tentu akan berjaya sekiranya Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan bayaran BR1M daripada RM1,200 (penerima e-Kasih atau pendapatan isirumah bawah RM1,200), RM1,000 (orang tua), RM900 (pendapatan isirumah antara RM3,000 dan RM4,000) atau RM450 (orang bujang berpendapatan bawah RM2,000) kepada RM40,000 setiap penerima BR1M.

Saya telah menyemak harga Proton Iriz dan mendapati ia berharga RM40,000 sebuah.

Jika BR1M diberikan pada kadar sekarang (antara RM450 hingga RM1,200 sahaja), penerima BR1M hanya mampu membayar ansuran bulanan sebanyak maksimum dua bulan sahaja. Mereka hanya sempat menjadi pemandu Uber dan Grabcar selama 2 bulan sahaja.

Peruntukan untuk BR1M juga perlu ditambah dari RM5.3 bilion setahun (angka 2015) untuk 7.4 juta penerima kepada RM 296 bilion setahun (7.4 juta penerima X RM40,000).

Saya yakin cadangan Tan Sri Irwan Siregar ini akan berjaya menjadikan Malaysia mencatat rekod baru sebagai negara paling ramai pemandu Uber dan Grabcar.

Saya memilih untuk menjawab cadangan Tan Sri Irwan Siregar ini secara sinis dan menyindir kerana beliau juga dipetik berkata bahawa ekonomi negara adalah kukuh tetapi dipengaruhi oleh pandangan negatif. Saya ingin memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa cadangan-cadangan seperti “orang miskin boleh buat dua kerja dengan menjadi pemandu Uber” (Dato’ Seri Najib) dan “guna BR1M untuk beli kereta Proton Iriz jadi pemandu Uber” yang menyebabkan pelabur dan orang ramai hilang keyakinan dengan pengurusan ekonomi negara.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Kadang-kadang macam menonton program Maharaja Lawak pun ada bila mendengar begitu banyak yang boleh digunakan dengan wang bantuan BR1M sebagaimana yang disebut oleh Irwan Siregar itu. (Shahbudin Husin 05/01/2016).

11 comments:

  1. Maksud KSP ni mudah saja nk faham:
    Pilih satu dri bnyak pilihan klu nk jdi pmandu uber boleh guna 1200 tu utk byr deposit tpi pinjaman nya bagaimana xda di jelaskan....kerajaan nk bagi jaminan ke apa....klu dah ramai jadi pemandu uber boleh ke dapat pendapatan untuk bayar ansuran kereta?

    Bukan kah lebih baik kerajaan atau pihak pakatan harapan menumpukan mencari cara membantu rakyat yg betul-betul terlibat dengan kesan ekonomi ini spt melihat sendiri rekod pendapatan,rekod di baitulmal dll utk di Bantu spt boleh berniaga,mendapatkan lot gerai,tapak untuk kegiatan ekonomi dll yg skrg cuma di kuasai oleh golongan yang dah senang Dan berduit...

    ReplyDelete
  2. Yg dimaksudkan KSP adalah penerima brim boleh gunakan status penerima utk dapatkan rebat rm4000 utk pembelian kereta iriz yg kemudiannya boleh digunakan (sekiranya mahu) untuk perkhidmatan kereta UBER atau mana2 teksi atas talian. Benda tak paksa. Ini adalah inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat. Rujuk kpd pembentangan bajet 2017. Kome kalau nk spread hatred sekalipun biarlah berasaskan fakta. Kome petik jer dari malaysiakini memang 'terbaik' sangatlah. Jangan rendahkan kedudukan anda sebagai blogger semata2 nk bahan org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kantoi bangang tu mengaku je la.

      Bnm dah perketatkan peraturan loan..status penerima brim boleh approve loan ke?

      Lupa ke paling ramai bengkrap sebab npl auto loan?

      Delete
  3. Nak beritau pada sekalian rakyat marhaen!

    BRIM AMBIL, PRU14 UNDI PEMBANGKANG!

    Kenapa perlu ambil BRIM?

    Sebab BRIM, kepunyaan rakyat dan bukan milik najib, umno atau BN.

    Malahan jika pakatan pembangkang berkuasa, ianya akan diperbaiki, diperkasakan dengan nilai2 tambahan.

    Kenapa pula undi pakatan pembangkang?

    Sebab najib, kuncu2nya, umno dan bn telah merompak,menyamun, bersubahat, Wang dan Harta negara kepunyaan rakyat, menyebabkan hari ini kehidupan rakyat tertekan.

    ReplyDelete
  4. bro, maksud ksu tu duit brim dijadikan duit downpayment beli kereta. montly payment pakailah wang dari pendapatan pemandu grabcar atau uber tu. alah, itupun nak dijadikan modal politik. mungkin ksu tak bijak dalam menyusun kata2 jadi adalah salah sikit disana sini. cuma maksud yang tersirat ialah duit brim boleh dijadikan modal awal memulakan perniagaan atau apa sahaja aktiviti menambah pendapatan. eh, ini blog politik yang sedikit bijak atau blog politik lawak mega yang kekadang lupa menggunakan otak?

    ReplyDelete
  5. aku tetap anggap crab dan uber sebagai lanun yang disokong oleh kerajaan...

    azhar

    ReplyDelete
  6. Sy dapat BRIM RM1200 setahun. Pendapatan isirumah saya RM2000 sebulan. Sy berbelanja keseluruhan RM2000 sebulan untuk membeli keperluan harian. Sy dikenakan GST 6% ke atas perbelanjaan sy menjadikan RM120 dibayar untuk GST @ RM1440 untuk setahun. Mana duit BRM sy td, habis dimakan GST. Itulah nasib kami berterusan dan berterusan.

    ReplyDelete
  7. Insyallah pribumi warisan harapan menang pru 14
    Lenyap dan hapus najib bn umno
    Insyallah..amin

    ReplyDelete
  8. Duit Brim aku beli topap henset je...

    ReplyDelete
  9. Belum tentu lg pribumi menang..harap bn menang lg..hidup bn hidup najib

    ReplyDelete
  10. Telah tiba masanya rakyat memilih pakatan pembangkang yg pasti memberi masa depan cerah berbanding BN yg setiap hari membawa malang kepada rakyat.

    Kali ini Undi pakatan pembangkang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com