innity

pages

Thursday, January 12, 2017

[MAGNUS EFFECT] Gol Jaringan Faiz Subri dalam formula fizik, Pelajar Master UKM


Mengikut Hukum Newton Pertama, sesuatu objek akan kekal bergerak dalam haluan dan halaju yang sama sehinggalah ada daya yang bertindak ke atas objek tersebut.
Kredit Gambar : Harian Metro
Apabila Faiz Subri menyepak bola tersebut, beliau memberikan haluan dan halaju kepada bola tersebut. Tetapi tiada daya yang bertindak ke atas bola tersebut.
Jadi mengapa bola tersebut melencong?
Bola tersebut melencong kerana Faiz Subri memberikan putaran (spin) kepada bola tersebut. Dengan menyepak di bahagian bawah kiri bola, bola tersebut akan melayang ke atas sambil berputar pada paksinya.
Putaran inilah yang menyebabkan bola ini melencong. Fenomena ini dipanggil Magnus effect.
Bagaimana lencongan bola Faiz Subri boleh menjadi extreme seperti Roberto Carlos?
Berdasarkan kertas kajian ahli-ahli fizik Perancis tersebut (yang boleh dibaca di New Journal of Physics), bola yang disepak oleh Faiz Subri mempamerkan lencongan extreme kerana ia mengikut ‘trajektori seperti cengkerang siput’ atau spiral.
Dengan menggunakan gol sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997 sebagai contoh, ahli-ahli fizik Perancis tersebut mendedahkan inilah trajektori sebenar bola yang disepak Carlos jika faktor graviti tidak diambil kira:

Menurut kertas kajian tersebut, pada jarak 35 meter, sudut relatif kepada pintu gol sebanyak 12 darjah, dan kelajuan 38m/s:
(a) bola tersebut akan tersasar 4 meter dari pintu gol jika tiada spin
(b) bola tersebut akan tersasar 1 meter dari pintu gol jika ia mengikut trajektori bulat
(c) bola tersebut akan masuk ke pintu gol jika ia mengikut trajektori cengkerang siput (spiral)
Perbincangan persamaan fizik yang dihasilkan oleh pelajar Master UKM
Jika dilihat dari segi teori fizik, sepakan percuma Faiz Subri boleh diulang dan dicipta semula.
Berdasarkan pekali pemulihan, persamaan ini dikira melalui pekali e, yang merupakan nisbah antara halaju bola sebelum perlanggaran dan selepas perlanggaran.
Seterusnya melalui persamaan linear momentum, berat dan halaju bagi kaki sebelum sepakan adalah seimbang dengan selepas sepakan juga mengambil faktor daya impuls iaitu faktor ‘masa sentuhan perlanggaran’.
Bagi mendapat lencongan “projectile” sebegitu beberapa faktor mempengaruhi pekali e dan daya seretan dalam sepakan ini iaitu:
  • sudut relatif kepada pintu gol,
  • kelajuan bola
  • kawasan bola disepak
  • Suhu kasut dan bola

Dengan mengambil Hukum Newton kedua, penulis menggunakan jumlah daya dari Kesan MagnusDaya SeretanDaya Angkat dan kesan graviti sebagai keseimbangan dengan faktor pecutan jisim.
Sebagai hasil, Pekali Seretan, CD dan Pekali Angkat, CL didapati bagi menterjemah laluan pergerakan bola.
Namun perlu diingat, ada sesuatu yang mustahil dan berlawanan dengan hukum fizik pernah berlaku. Lihat komen dibawah ni.
"Gol puskas Faiz Subri mendapat bantahan dari sebuah kelab di Hong Kong, mereka mendakwa gol pemain mereka lebih menarik malah bukan sahaja melawan hukum fizikmalah kimia.. sains..math.. dan sebagainya... anda nilaikan sendiri gol kami" 
: Kelab Shaolin Soccer.

1 comment:

  1. nasib je tu...tkpa lah faiz dah rezeki ko..tahniah anak melayu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com