innity

pages

Thursday, January 26, 2017

Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki


ANKARA: Pelakon kontroversi, Lindsay Lohan, kembali menimbulkan spekulasi bahawa beliau sudah memeluk Islam selepas dilihat memakai tudung ketika mengadakan urusan perniagaan di Turki. 

Bintang Mean Girls, 30, itu dilihat memakai kot bulu dan tudung hitam menutupi rambutnya ketika meninggalkan pusat beli belah Istinye dengan sekumpulan lelaki. 

Bintang Hollywood itu turut mengenakan but baldu separas paha. 

Penampilannya itu disiarkan selepas beliau meninggalkan mesej 'alaikum salam' di akaun Instagramnya. 

Mesej yang bermaksud 'sejahtera kepada kamu juga' dalam bahasa Arab, menyebabkan ramai beranggapan aktres itu sudah memeluk Islam. 

"Saya gembira kerana Lindsay Lohan menemui Islam. Semoga Allah menunjukkan jalan dan merahmatinya," tulis seorang wanita dalam Twitter. 

Seorang lagi berkata: "Saya dengar Lindsay Lohan memeluk Islam. Jika benar, Alhamdulillah. Allah menunjukkan jalan yang benar kepadanya untuk diikuti." 

Lohan tidak pernah mendedahkan sama ada beliau sudah memeluk Islam atau sebaliknya, manakala tiada kenyataan dikeluarkan wakil artis itu bagi mengulas isu berkenaan. 

Beliau yang memilih untuk menyambut Tahun Baharu 2017 di Dubai, dilaporkan memeluk Islam sejak 2015 selepas dirakam memegang al-Quran di Brooklyn. 

Namun, ketika muncul dalam rancangan bual bicara di Turki, Haber Turk, lewat tahun lalu, Lohan menjelaskan ia adalah hadiah daripada rakannya. 

"Rakan rapat saya yang selalu berada dengan saya, di London ialah rakyat Arab Saudi dan memberikan saya al-Quran. 

Saya membawanya ke New York kerana sedang mempelajarinya. 

"Ia membuka pintu kepada saya mengalaminya secara rohani, mencari makna sebenar. Inilah saya," katanya. - AGENSI

2 comments:

  1. Kalau beliau tak memeluk Islam tidak sukar untuk dia mengakui belum masuk Islam.Tapi bila tidak mengaku dan tidak juga menafikan makna nya apa?

    ReplyDelete
  2. Gmik ntk naikkan namanya, x mungkin dia peluk agama islam, dgan flemnya yg akan dtg x lama lgi....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com