innity

pages

Friday, January 13, 2017

Lelaki Ke-4 Ditahan Polis, Buat Komen Di FB Mengenai Kematian Adenan Satem




MIRI: Polis Sarawak menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di sini kerana mengeluarkan komen fitnah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Facebook.
Lelaki itu ditahan semasa tampil di balai polis pusat miri pada kira-kira pukul 1 petang Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar mengesahkan penahanan tersebut.
"Ia merupakan penahanan keempat setakat ini berkaitan dengan kenyataan yang dimuat naik di Facebook mengenai Allahyarham ketua menteri," katanya.
Lelaki yang berasal dari Miri itu pada awalnya pergi ke balai polis dan mendakwa akaun Facebooknya telah digodam.
Bagaimanapun, dia mengakui memuat naik komen berkenaan susulan siasatan lanjut.
Dia ditahan serta-merta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com