innity

pages

Sunday, January 22, 2017

Lebih Baik PAS Berkahwin Secara Sah dengan UMNO daripada BERMUKAH melalui Hubungan SULIT


Tun Mahathir Mohamad menegaskan, tempoh untuk Pas berbincang bagi mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan sudah pun berakhir.

Menurut beliau, Bersatu sudah memberi lebih masa kepada Pas bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan dan berbincang.

"Selepas Bersatu menyatakan syarat yang dikehendaki, Pas pula selepas sekian lama masih tidak memberi sebarang jawapan.

"Hasrat Bersatu, jika Pas tak nak sertai Pakatan Harapan, Bersatu akan berada dalam Pakatan Harapan. Kalau Pas tak nak, (biar) tak naklah," kata Tun Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu.


Setakat ini status Bersatu adalah bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan difahamkan keputusan untuk menyertai gabungan pembangkang itu secara rasmi akan diambil dalam mesyuaratnya yang akan datang.

Dengan penegasan Tun Mahathir ini, bermakna pertembungan sebenar dalam PRU 14 adalah antara BN dengan Pakatan Harapan. 

Maka,  sekarang ini terserahlah pula kepada Pas untuk membuat keputusan yang seterusnya. 


Hanya dua pilihan yang tinggal buat Pas bagi menghadapi pilihanraya akan datang - kekal bersendirian atau menjalin kerjasama secara rasmi dengan Najib, UMNO dan BN.

Tetapi, barang diingat, apa pun keputusan Pas selepas ini, ia tetap memihak untuk memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN.

Setelah berkali-kali memberi penegasan untuk bertanding hanya di 70 kerusi Parlimen saja, Pas, jika bertanding secara bersendirian,  tidak mungkin mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan.


Berada di tengah-tengah pertembungan antara BN dengan Pakatan Harapan, Pas lebih mungkin menjadi "kancil yang akan mati tersepit apabila terjadi pergaduhan antara gajah sama gajah".

Boleh jadi juga hasrat Pas untuk menjadi "king maker" tidak akan kesampaian kerana adalah lebih baik pengundi untuk terus saja membuat pilihan antara BN atau Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan yang mentadbir negara ini.

Jadi, pilihan yang terbaik ialah agar Pas dan cepat-cepat mengajak UMNO untuk "menikah" daripada terus-menerus hidup "bermukah" yang menyebabkan nasib masa depan turut tidak ketahuan. 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 22/01/2017).


5 comments:

  1. Jika ini kehendak PAS, maka bersedialah untuk kehilangan lebih banyak kerusi, kemungkinan PAS akan kehilangan kelantan.

    Apabila diajak berunding berbincang mereka memperlekehkan usaha yg dirancang.

    Seperti yg disebut Dato Husam, PAS hari ini juga dipelihara, diternak oleh najib melalui taburan dedak.

    Strategi najib adalah jelas, beliau akan memecah belahkan undi rakyat terutamanya golongan melayu.

    Strateginya sama seperti di kuala kangsar dan sg besar.

    Barisan pakatan perlu bekerja keras untuk menangani strategi ini dengan menyakinkan orang melayu diseluruh pelusuk kampung.

    Tidak hairan kah wahai rakyat dan pengundi sekalian, bagaimanakah dengan sekelip mata pemimpin2 PAS mempunyai banyak harta, isteri2 dan kereta mewah?

    ReplyDelete
  2. Bersedia kehilangan banyak kerusi... atau cap bonga yg hilang wang pertaruhan.... kikikikiki...

    ReplyDelete
  3. LEBIH MULIA PAS BERSENDIRIAN DRP BERTEMANKAN PAN YG TIKAM DR BELAKANG DAN BERSAHABAT DGN CINA DAP YG TERANG2 MENENTANG HUKUM HUDUD YG DIBENTANG DI PARLIMEN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celah mana pulak yg pas bentang hudud kat parlimen ni? Ruu355 bukan hudud bang..

      Kenapa time kapal singh hidup n ckp langkah mayat dia dulu kalau pas nak buat hudud tp diaorg still bekerjasama dgn dap? Kenapa time tu tak nak keluar pakatan rakyat? Kenapaaaaaaa???? ?Jawabbbbb..

      Delete
    2. PAS hanya jual kincin jampi Al Huddy tjap WalaUnta..Dah tak laku lagi..Semua Pelanggan tetap mendapati kekuaran produk PAS dh jd PIS dan berbau hancing.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com