innity

pages

Wednesday, January 4, 2017

KSU Dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah - SPRM


Suspek yang ditahan awal pagi  Rabu atas dakwaan rasuah adalah dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Oeprasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki.

Ketika dihubungi Star Online, Azam mengesahkan identiti suspek ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Azam berkata, Mohd Arif telah ditangkap di rumahnya di USJ Subang Jaya pada pukul 8 pagi.

Turut ditahan adalah seorang suspek lelaki berusia 29 tahun itu.Mohd Arif disyaki telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sejak 2010 untuk meminta rasuah.

Siasatan awal mendapati beliau terlibat secara langsung dalam melantik daripada kontraktor, pembekal dan vendor. 

SPRM turut merampas wang tunai dan jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta. - 
http://www.mstar.com.my/

10 comments:

  1. Sabri ismail tak terkejut lagi macam isu jet yang najib guna?

    ReplyDelete
  2. Ini aku nak cakap sikitlah. Naik mual dah bab rasuah ni. Dato Arif ni masa kat Selangor lagi dah macam2 hal. Ramai yg buat aduan tapi masih lagi bertugas. Naik pangkat pulak lagi sampai jadi KSU. Soalan aku mudah sangat. KSN ni bangang ke apa. Dah tau pegawai berpenyakit tapi lantik jugak. KSN patut berhenti. Disgraceful !! Bagi indication yg KSN tak kisah bab rasuah. Ali Hamsa ni berentilah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takat Ali Hamsa tu kira bawah sgt. Kepala Lanun shalala,suaminya dah gerombolan mafia ,badut2 dan laskar penjilat keseluruhannya perlu ditamatkan kontrak mereka. Mufti2 tukang selimut dosa pun patut diganti. Hampir keseluruhan mereka dh disalut taek low. Selagi bangkai gajah mati dok pekong bawah selimut, pekongnya tak akan hilang.
      Malah, bangunan Parlimen pun mungkin perlu disamak, sebelum Rakyat dapat Pentadbir yg jujur dan amanah.

      Delete
  3. Yang berkuasa dan yg gila nak berkuasa pun sama2 bangang.

    ReplyDelete
  4. Kepala tak betul ekor pun sama da....

    ReplyDelete
  5. Makan dedak rasuah belake umno bn nih
    Insyallah doa rakyat makbul..hapus dan lenyap najib bn umno

    ReplyDelete
  6. Makan dedak rasuah belake umno bn nih
    Insyallah doa rakyat makbul..hapus dan lenyap najib bn umno

    ReplyDelete
  7. Hangpa baca ka perkataan hangpa sendiri kat komen ni.nak kritik nak nasihat guna kata tak manis tak sopan.cermin dulu diri sebelum sendiri tu tuan tuan.baru baiki fi il org lain:))

    ReplyDelete
  8. Yang sauk 2.6 billion tu bila nak cekup??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com