innity

pages

Wednesday, January 18, 2017

Kerana ‘gundik dan candu’


ATAS kertas ekonomi negara kukuh. Namun, hakikatnya enggan diakui. Tak seperti dulu, agensi penguatkuasa kurang bertegas mengenai cukai. Tak kiralah apa pun cukainya. Tapi sekarang, kerajaan sanggup ketuk pintu rumah orang tua-tua untuk minta cukai.
Kejatuhan nilai ringgit sering dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat (AS). Ada rakan Pedang kata kenapa bandingkan dengan dolar AS sahaja. Kenapa tak bandingkan dengan bath Thailand, rupiah Indonesia dan dolar Singapura, negara jiran kita.
Nak banding dengan bath Thailand pun duit kita sudah semakin jatuh. Pedang ke Selatan Thailand baru-baru ini. Kalau tukar RM1,000 dapat la 7,900 bath. Sebelum ini, tukar RM1,000 dapat 10,000 bath lebih. Walaupun, masih jadi jutawan kalau tukar RM1,000 kepada rupiah Indonesia, tapi nilai ringgit sudah susut.
Untuk mengawal sikit-sikit, dolar AS dalam simpanan kerajaan terpaksa dijual. Untuk melaksanakan projek pembangunan pula, terpaksalah berhutang dengan pihak di luar negara. Aset-aset penting, termasuk tanah dicagarkan kepada ‘ceti’ baru.
Tapi, bukan kerajaan sahaja yang sudah tiada duit. Agensi-agensi di bawahnya pun berdepan masalah aliran tunai. Felda, contohnya, mengakui berdepan masalah kewangan walaupun mampu membeli saham syarikat perladangan di Indonesia.
Restoran Felda di London
Akibatnya, aset yang dibeli di luar negara suatu ketika dulu dengan harga yang terlalu tinggi dan tidak menguntungkan, kini terpaksa dijual. Ini diakui oleh pengerusi baharu Felda yang menggantikan Isa Samad – Shahrir Samad – sebagai langkah mengimbangi aliran kewangan, termasuk beberapa anak syarikat.
Aset di London akan dijual. Saham dalam Maybank juga akan dijual. Tidakkah ini jelas menunjukkan Felda menghadapi masalah kewangan. Bagaimana masalah ini boleh berlaku? Pokok pangkalnya ialah pengurusan. kalau pengurusannya diterajui orang politik, sedikit sebanyak wang Felda itu pergi juga untuk tujuan politik.
Sama seperti bila orang politik jadi Pengerusi Mara dan pada masa sama menjadi presiden kelab bola sepak yang sedang menghadapi masalah kewangan. Sikit sebanyak wang Mara ‘dipesongkan’ secara sah atas nama menaja pasukan bola sepak negeri.
Pedang lihat sekarang ini Felda memang dalam keadaan tenat. Sebab itu terpaksa menjual macam-macam asetnya untuk mendapatkan semula wang. Dan, ada yang kata, yang untungnya orang tengah atau broker. Nak beli dia dapat komisyen, nak jual pun dia dapat komisyen.
Apartment Felda di London
Sekarang ini, antara kerajaan dan agensi di bawahnya masing-masing berlumba untuk menjual apa saja aset yang ada. Betul lah! Kalau dapat gundik dan candu memang mengkhayalkan. Seperti 1MDB mula-mula ditubuhkan dulu. Duit berbilion memang mengkhayalkan hingga ‘terlupa’ letak di mana.
Tapi disebabkan gundik dan candu, duit pun entah ke mana. Sekarang terpaksa jual macam-macam atau buat pinjaman lagi pada tauke gundik dan candu, untuk tampung hutang.
Perang Candu di China 1839-1842, bukan hanya kerana candu semata-mata, tapi banyak faktor lain. Antaranya pertentangan konsep undang-undang, kekejaman undang-undang China, konsep perdagangan yang berbeza, sekatan perdagangan asing, kemasukan candu, budaya dan tindakan Lin Tsu-Hse.
Macam kata bos Pedang dulu, Datuk A Kadir Jasin. Dia wartawan veteran yang dihormati di Malaysia. Mengupas dan mengulas macam-macam isu.
Kata Datuk Kadir: “Tidak hairanlah kalau Malaysia dan Singapura sedang digula-gulakannya seperti hulubalang (warlords) China zaman silam mengkhayalkan Maharaja China dengan gundik-gudik dan candu.”
Hotel Felda di London.
Katanya, China kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi, di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebahagian daripada ‘wilayahnya’ di bawah projek ‘one belt one road’ (Obor) dan negara itu sangat agresif memasarkan teknologi serta memberi pinjaman berbilion ringgit.
“Bagi Najib yang sedang lemas dalam hutang 1MDB dan musibah pertumbuhan ekonomi yang mendatar, dasar China ini umpama pucuk dicita ulam mendatang. Beliau mengambil kesempatan menjual dan menggadaikan aset negara, khususnya tanah, kepada China untuk menimbus bangkai 1MDB,” kata Kadir.
Kata Pedang: Isteri Pedang kata kalau setakat asap menjadi alasan nak halang ‘kapcai’ masuk KL, asap rokok lagi banyak. Hemmm
-ismaweb

3 comments:

  1. Itulah kebodohan pemimpin Melayu tak kira parti apa pun, umno, pas, pkr, amanah dan bersatu dulu kini dan selamanya... ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  2. Orang cina kat malaysia ni menunggu masa saja bersama2 dengan singapura dan china untuk menggulingkan malay rulers... kita tunggu...

    ReplyDelete
  3. 3.43,

    Jika mereka ingin menggulingkan makay rules siapa yg patut dipersalahkan? Najib atau Tun?

    Bandingkan pentadbiran Najib dan Tun, mana satu dihormati dan disegani?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com