innity

pages

Sunday, January 22, 2017

Keputusan Kajian INVOKE: PAS bakal hilang semua kerusi jika tanding 3 penjuru


Ada pihak yang tidak bertanggungjawab memalsukan laporan Kajiselidik PRU14 yang diterbitkan oleh INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI), untuk menunjukkan kekuatan parti tertentu berbanding parti-parti di dalam PH.

Mukasurat yang diedarkan itu palsu dan dibuat-buat. 

Saya sertakan setiap mukasurat yang sebenar. 104,340 pengundi yang menjawab itu ditanya pilihan mereka mengikut gabungan politik iaitu BN, PH atau PAS; bukan memilih parti secara berasingan.

Keputusan ini adalah suara rakyat biasa yang ditelefon secara rawak; dan secara rawak juga menjawab.

Saya bentangkan juga kepada rakyat termasuklah pimpinan-pimpinan parti politik supaya mengetahui suara rakyat memandangkan semua orang sebelum ini berteori tetapi tidak ada bukti empirikal.

Bagi saya, mesej rakyat adalah jelas iaitu mahu Dato' Seri Najib diganti. Oleh sebab itu mereka mahu pimpinan politik mengenepikan persengketaan dan tumpukan kepada mencari jalan menewaskan Dato' Seri Najib.

Saya faham mesej rakyat itu.

Kalau ada yang tidak faham sebaliknya mahu memutar belitkan keputusan, itu terpulang kerana rakyat juga menghakimi setiap tindak tanduk parti politik dan ahli politik.

Jangan ingat kita lebih tahu dari suara majoriti rakyat yang datang dari kajiselidik politik paling besar pernah dibuat di negara ini.





























2 comments:

  1. PAS mesti kerjasama degan BN, dah nampak dari awal lah, cuma selama ni bertangguh2 untuk bari alasan meninggalkan pembangkang dan berkerjasama dgn BN

    ReplyDelete
  2. Ayuh kita tumpukan jurus dan kempen terarah kepada satu, lupakan PAS jika mereka enggan menyertai kempen tumbangkan najib.

    Mengikut kajian INVOKE, Masih ada peluang untuk memenangi PRU 14 tanpa PAS menyertai gabungan parti pembangkang melalui golongan yg tidak mahu mengundi pada PRU14 nanti.

    Jika sekiranya PAS menyertai gabungan parti pembangkang maka lebih mudah usaha kita menumbangkan najib dan parti nya.

    Yakinkan rakyat, orang melayu disegenap pelusuk kampung dan maklumkan kepada mereka,

    Kita perhebatkan kempen dengan memberi kefahaman kepada orang2 melayu di seluroh pelusuk kampung dengan memberi penekanan dua perkara;

    1.BRIM akan diteruskan dengan penambahbaikan, tiada unsur2 rasuah dan syubha.

    2. GST dihapuskan, tiada lagi pemimpin mencuri wang dan harta rakyat dan negara.

    Siapa yg beri jaminan ini?

    Jaminan ini datang dari Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri yg telah terbukti membawa rakyat malaysia pesat membangun, kemakmuran dan berpelajaran.

    Tidak dilupai Tun juga membawa menyebar syiar islam, maruah rakyat dan negara disanjung dihormati oleh masyarakat dunia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com