innity

pages

Saturday, January 28, 2017

Kenyataan balas ke atas "KETUA PEMUDA PAS WP" - Ketua ARMADA BERSATU



Kenyataan balas ke atas "KETUA PEMUDA PAS WP"

Saya berharap Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff membaca terlebih dahulu laporan CIA dan penyata rasmi parlimen bertarikh 11 Mac 1987 sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang berunsur provokasi.

Kenyataan seperti ini sengaja ingin sabotaj usaha murni untuk menyatupadukan BERSATU & PAS. Saya percaya ia tidak sama sekali mencerminkan budaya politik PAS.

Dimanakah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan disaat skandal Tan Sri Annuar Musa yang menggunakan duit MARA bagi menaja pasukan The Red Warriors? Dimanakah Ketua Pemuda PAS apabila seramai 40 orang asli ditahan di Gua Musang kerana mempertahankan hak mereka?

Banyak pihak yang hanya tahu menuduh tanpa menganalisa fakta fakta serta laporan laporan terlebih dahulu demi "kelarisan" cerita yang dirasakan mampu menarik perhatian beberapa pihak yang sememangnya menantikan cerita-cerita yang sebegini.

Namun, jika kita meneliti laporan agensi CIA yang bertajuk The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia's Mahathir?yang berhalaman 9 muka surat, terdapat beberapa perkara yang saya boleh simpulkan:

1. Laporan agensi CIA tidak menyabitkan mahupun menyatakan YABhg Tun Mahathir terlibat dalam skandal BMF

2. Frasa "circumstancial evidence suggests that the scandal extends to Mahathir's administration" di halaman 3 laporan tersebut dan "thus far no direct links have been established between Mahathir and the corruption at BMF" di halaman 4.

3. Ini membuktikan bahawa tiada bukti jelas penglibatan YABhg Tun Mahathir Mohamad dan korupsi di BMF.

4. Tambahan pula, skandal tersebut berlaku di zaman Tun Hussein Onn, 1979

5. Pada zaman Tun, Tun terpaksa menangani skandal BMF ini bersama sama dengan Tun Daim dengan menjualnya kepada PETRONAS bagi menyelesaikan masalah ini. Pada masa ini juga, segala siasatan dan dakwaan tidak dimasuk campur oleh pihak pihak yang tertentu. Sisatan diselesaikan malah tidak dihalang mahupun diberhentikan seperti skandal 1MDB. YABhg Tun hanya terpalit secara tidak langsung kerana ini berlaku dalam pentadbiran kerajaan pada masa tersebut.

Terdapat jurang perbezaan yang ketara dengan 1MDB kerana;

1. Skandal ini bermula pada tahun 1979-1983 dimana RM 2.3 billion diselewengkan pada masa Tengku Razeleigh Hamzah menjadi Menteri Kewangan (kini: MP Gua Musang), Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan dan merangkap sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini bermakna segala keputusan Tun pada waktu ini haruslah melalui dan mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri pada waktu itu. Namun begitu, skandal ini berkesudahan dengan penahanan dan pendakwaan beberapa individu yang terlibat di mahkamah atas tuduhan menipu. Mereka termasuklah bekas Pengarah Eksekutif BBMB, Datuk Hashim Samsudin, bekas Pengerusi BBMB Lorraine Esme Osman dan bekas pengarah gantian BBMB, Dr Rais Saniman

2. Sedangkan, skandal 1MDB baru baru ini dimana lebih RM 2.6 billion diselewengkan dibawah pemerintahan DS Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dimana beliau mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap 1MDB tidak didakwa? Siasatan dalam negara dihentikan. Kes ditutup.

3. Ini sangat berbeza jika dibandingkan bagaimana YABhg Tun Mahathir dan DS Najib Razak mengendalikan dua skandal ini.

Malah sebuah Jawatankuasa Penyiasatan Khas (Special Investigation Comittee) telah ditubuhkan dan segala laporan didedahkan kepada orang awam. Akan tetapi skandal 1MDB kerajaan DS Najib Razak tidak menubuhkan sebarang Jawatankuasa Penyiasatan Khas
yang bebas daripada selia kuasa beliau.

4. YABhg Tun Mahathir menyelesaikan skandal ini demi rakyat. DS Najib mencipta skandal demi kepentingan peribadi beliau dan akhirnya menjerat rakyat Malaysia dalam skandal beliau sendiri.

Jika kita mampu mengiktiraf Laporan CIA yang jelas tiada mengemukakan apa apa bukti terhadap YABhg Tun mengapa kita tidak mampu mengiktiraf sama Laporan DOJ yang terang-terangan menunjukkan bukti skandal 1MDB? Adakah Laporan CIA lebih reliable berbanding Laporan DOJ?

Jangan dilupakan pencuri duit kita, Rakyat Malaysia yang diselewengkan sebanyak RM2.6 billion yang belum ditangkap sehingga kini kerana Duit Ini Kita Yang punya dan Malaysia Ini Kita Yang Punya.

Persoalannya, mangapa isu ini dibangkitkan hanya selepas 30 tahun? Biar rakyat yang menilai.

23 comments:

  1. Skandal dia sendiri jd nampak kecik sgt ye ketua armada cap bunga...

    Oh ya, skandal peribadi, bukan kacau orgpun...lupa pulak.

    ReplyDelete
  2. Budak ni dah lahir ke zaman krisis tu???.... banyak pandai cakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia cakap berdasarkan fakta wpun mungkin belum lahir zaman itu...fakta duit src masuk akaun pii emm tu fakta ke auta??

      Delete
  3. Ketua armada pecah tongkang ni tak pulak sebut syuhada jalil yg mati dibunuh.... jalil dibunuh zaman mamak jadi PM..satu satunya kes bailout meragut nyawa rakyat malaysia.... yg mati dibunuh orang kebanyakkan yang kenyang gampang 7 keturunan dibiarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari respond saudara nampak sangat saudara tidak baca report cia tersebut. Harap saudara baca utk elakkan pembaca lain berpendapat saudara bodoh

      Delete
    2. Kes tong drum peg agc jgn lupa...zaman bila tu yek??

      Delete
    3. Bagi bukti pegi tangkap tun cepat..menyalak je lebih.
      Ketua sendiri menipu jahanam negara kau kecut telor nak komen.puuiiih

      Delete
    4. Dia mana tahu pasal arwah jalil,kau cerita la kat dia pasal sape yang bunuh najadi,altantuya dan kevin morais.dia pun nak tahu jugak sape dalang kes tu semua.

      Delete
  4. Semua parti politik dan pemimpinnya hanya mendabik dada konon pembela rakyat tapi REALITI DAN SEBENARNYA perakus harta negara..

    ReplyDelete
  5. Dari cara kematian....hancur letopan C4 lagi dasyat dari dikerat 18

    ReplyDelete
  6. "Syuhada" altantuya x nak cerita kerrr...lagi satu MO1 kpd pengarah filem lucah "RIZA" tu sape?.. AT LEASE ZAMAN BMF PERBICARAAN TELAH DILAKUKAN... SEKARANG IMDB MASiH DISOROKKAN oleh pemakan dedak laknat.. he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa dalang pembunuhan altantuya?Bini razak baginda ada bagi hint ketika kecoh dimahkamah dulu.

      Delete
  7. Komen-komen bodoh daripada orang bodoh sungguh berbeza daripada komen budak yang belum lahir ketika skandel BMF meletop!
    SKANDEL BMF BERMULA TAHUN 1979.
    Tun MAHADIR JADI PERDANA MENTERI tahun 1981.
    SKANDEL BMF MELETOP TAHUN 1982.
    Sesuatu skandel mengambil masa untuk meletop. Macam juga
    telor, mengambil masa untuk menetas.
    Skandel 1MDB bermula pada tahun 1908.
    Meletop pada thaun 1914.
    Sekarang letopan sudah melebihi bom nuklear.
    Mana nak sorok.............sebab itu guna taktik desperate,
    korek kes-kes lama nak tunjuk, 1MDB lebih kurang kes BMF atau kes FOREX BNM.
    TAK SAMALAH, BAHLOL.
    Kes1MDB di kunci ketat bawah OSA.
    Kes BMF & FOREX sudah dibicarakan dimahkamah dan mereka yang
    bertanggongjawab sudah pun menerima hukuman.
    Period.
    Beza anatra 1 MDB dan SKANDEL BMF & FOREX Bank Negara.
    Masa skandel BMF & Forex hidup rakayat tak derita macam sekarang.
    Dividen ASB kekal 11% dan Tabung Haji 7.5%
    Subsidi tak dihapuskan, harga barang tak melamb ong macam sekarang.
    TIADA GST untuk bayar hutang macam sekarang.
    Jadi, tak payahlah korek lain-lain skandel untuk tunjuk awak suci.
    Rakyat nak tengok NAJIB & KUNCU-KUNCU YANG DAH SAPU DUIT NEGARA
    DIBICARAKAN DI MAHKAMAH DAN MENERIMA HUKUMAN.
    Kes duit projek air berbillion di Sabah, SENYAP je.
    Apasal tak dibicarakan..........?????

    ReplyDelete
  8. Setiap persoalan pemuda PAS nurul islam dijawab kemas oleh syed saddiq, amat mudah difahami, sehinggakan tiada lagi persoalan tambahan mahupun keraguan dihati setiap rakyat marhaen.

    Beginilah yg kami rakyat mahukan, kerana kami bukan tidak berpelajaran, mempunyai akal fikiran memikirkan mana buruk dan baik.Begitu jugalah dengan syarahan agama yg disampaikan oleh para bijak pandai, ustaz dan cendekiawan islam, adakah kesemua syarahan disampaikan golongan agamawan menjamin kita ke syurga?

    Kenapa dan adakah perlu kita menjadi golongan taat, melutut dan menyembah golongan pembesar dan bangsawan jika didepan mata kita terburainya segala kemudaratan dan penyelewengan?

    Terdapat juga golongan penyembah dedak diupah digajikan hasil penyamunan, rompakan harta dan wang rakyat. Mereka amat sedar kerja haram dilakukan tetapi hati menjadi gelap memandang kekayaan keduniaan yg hanya bersifat sementara.

    Rakyat ingin bertanya kepada pemuda PAS WP Nurul Islam dan organisasi PAS itu sendiri, jika skandal BMF mereka boleh korek dan menuntut diadakan penyiasatan yg sudah 30 tahun berlalu,

    KENAPA?

    Skandal kleptokrasi terbesar didunia hari ini iaitu 1MDB tidak disiasat?

    KENAPA?

    Majoriti rakyat negara ini dan Masyarakat dunia telah mengesahkan Bijan adalah penyamun dan perompak no 1 negara tidak didakwa?

    ReplyDelete
  9. Orang bodoh sahaja nak kaitkan TDM dengan scandal BMF.Lapuran tentang scandal ini tak pernah di OSAkan.
    Bagaimana dengan 1MDB yang terang-terang menamakan MO1 sebagai terlibat tak diterima!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.
      Setuju sgt.
      Perangai orang umno.

      Delete
    2. Klu ada bukti mintak tun mamak saman... jangan jadi batuapikan WSJ..DOJ..FBI..Bersih 5...3 Tan Sri... tun mamak sila saman 1mdb... smpi skg tulur dudukkkk dalammm jugak...

      Delete
  10. Budak kecik aka hingusan ni nampak cerdik bila sekali nilai. Yelah, semua jawapan skandal bmf tu dia boleh kasi setel. Macam dh hidup pulak masa skandal tu meletup. Tak payah siasat apa bagai, semua ada dalam otak dia. Tapi inilah manusia yg cuba membodohkan orang. Bercakap hafal skrip. Berhujah juga bergantung skrip, bukan kefahaman sendiri atas pemikiran. Otaknya sudah dibrain wash. Entah siapalah yg cuba dibodohkan dan siapalah yg bodoh akan percaya cakap dia. Ketua armada yg kaku dan kayu begini akan menyebabkan armadanya lebih awal masuk parit.

    ReplyDelete
  11. Nak cari jugak orang yang lebih evil dari dia....konon.... untuk bagi nampak dia less evil kot..
    SO EVIL perangai melayu umno ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa ar perangai melayu umno.
      Dulu kini dan selamanya.

      Delete
  12. Kes perrtama bailout meragut nyawa orang yg tak berdosa.... fakta bukan di zaman hussin onn... yg terjadi skandal BMF zaman Tun mamak kaji PM... arwah dibunuh semasa tyn mamak jadi PM. .. zaman tun hussin tiada bailout besar besaran berlaku... kes FOREX Datuk Murad dah keluar statement... tiada tundakan kehilangan 30billion pada Banj Negara... kes ... mana tun mamak ... aljuboori dan Daim kenapa diam ..? Kes BMF dan Forex dilakukan oleh barua yg sama... 7 keturunan kenyang mcm gampang... Datuk murad warga malaysia... anak bini duk malaysia. .. kes forex tidak melibatkan FBI..WSJ.. CIA...Swiss Bank..Spork Bank..DoJ...lgbt dan gay... Tun Mamak .. Daim dan Aljuboori kenapa tak saman Datuk Murad.. tulur suda dudukkk dalam perut ka....?

    ReplyDelete
  13. 2.44 chai

    boleh citer skit murad tu songlap 30 juta semasa keje ngan bank negara?

    Suruhanjaya diraja diadakan untuk kes bmf.

    Kenapa laporan audit jabatan Negara di OSA kan berhubung kes 1MDB?

    APA YG PERLU DISEMBUNYIKAN?

    Kes forex sila tanya tan sri mohd nor, beliau yg kendalikan urusan nih dan beliau juga keje ngan bijan skrg nih.

    Tan sri mohd nor juga sedang berusaha mensonglap untuk dapatkan dana pembiayaan projek bijan iaitu taman tugu bernilai berbillion billion.

    Bukankah bijan juga sebahagian dari pentadbiran Tun dlm kes forex dan bmf?

    Apa keje bijan waktu tu? Bukan kah beliau salah seorang menteri tun mahathir? Bukan kah sebarang keputusan, adalah keputusan mesyuarat bersama kabinet menteri waktu tu? Keputusan bersama dan bukan tun seorang sahaja?

    Tun sentiasa mengalu alukan siasatan terhadapnya, bukan setakat bijan dan pentadbiran penyamun bijan, malah tun bersedia menghadapi dakwaan dtg dari les majestee.

    Kami rakyat marhaen bersedia mempertahankan Tun pada bila2 masa demi kebenaran! perjuangan agama bangsa dan tanahair!

    ReplyDelete
  14. Bijan = Najib

    takder apa yg nak sembunyi chai...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com