innity

pages

Friday, January 20, 2017

[KEKINZIRAN APA INI] Kakak ipar tuduh Bahri salahguna kuasa semasa dalam SPRM



Bekas pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin dituduh melakukan salah guna kuasa dalam perihal perebutan harta keluarga.

Walau bagaimanapun, sumber yang rapat dengan bekas pengarah bahagian operasi khas memaklumkan kepada Malaysiakini, menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu hari ini bahawa laporan polis mengenai perkara ini telah dibuat di Kelantan dan siasatan berkenaan aduan itu telah selesai.

Semasa sidang akhbar di Subang Jaya pagi ini, kakak ipar Bahri, Noraihan Che Ali mendakwa, semasa Bahri masih pengarah bahagian operasi khas, beliau mengarahkan satu pasukan dari bahagiannya untuk menggeledah rumah di Kota Baru pada Januari tahun lepas.

Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist) itu mendakwa dokumen yang berkaitan dengan kolejnya dan perniagaan lain telah dirampas.

Noraihan menambah, para pegawai memberitahunya bahawa mereka 'menjalankan tugas dan mengikut arahan dari bos".

Menurut Noraihan, arwah suaminya Muhamad Zamly Abdullah yang merupakan pemilik Kist dan abang kepada isteri Bahri, Noor Haslina Abdullah telah meninggal dunia pada bulan September 2015 dengan meninggalkan aset bernilai RM100 juta dan hutang RM85 juta.

Ekoran itu, beliau mendakwa pertikaian meletus antara adik beradiknya, Noraihan dan anak lelaki pasangan itu yang berusia sembilan tahun.

6 comments:

  1. Ler, masalah family pun nak kena buat press statement ke?

    ReplyDelete
  2. apakah bahri khinzir sedang mencari maklumat di lubang cacing?

    ReplyDelete
  3. bila dok londehkn najib, maka ada lh yg datang dicipta

    ReplyDelete
  4. Ini masalah negara.
    Rakyat perlu tahu.
    1MDB tu kes terpencil shj

    ReplyDelete
  5. Byk nya aset,hutang pun byk juga..

    ReplyDelete
  6. nampak sangat macai ph macam katak bawah tempurung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com