innity

pages

Tuesday, January 3, 2017

Kata "JAMAL JAMBAN VERSI CHERAS": ‘Pemimpin politikkan agama terdesak tagih undi’


Pemimpin yang mempolitikkan isu agama adalah golongan yang terdesak untuk menagih sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Menulis di dalam blognya, beliau berkata bahawa sebarang kekhilafan agama yang berlaku juga tidak sepatutnya dipolitikkan.
Ini kerana, ia boleh mencetuskan kekeliruan dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
"Jangan jaja isu agama untuk tagih simpati, undi. Sebarang kekhilafan yang berlaku tidak sepatutnya dipolitikkan.
"Sejak akhir-akhir ini ada pihak sengaja mempolitikkan isu agama termasuk yang menyentuh soal hukum, perbuatan itu tidak menguntungkan umat Islam," katanya tanpa merujuk mana-mana pihak.
Bagaimanapun selang beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa individu yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MDB tidak akan mendapat haji yang mabrur.
Kerajaan telah menaja kos menunaikan haji untuk imam dan pemimpin kampung melalui Yayasan 1MDB sejak 2011.
Mengulas lanjut, Syed Ali yang juga setiausaha badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata perkara berkaitan hukum agama itu sebaiknya diserahkan kepada mutfi dan ulama dan menyatakan rasa kesal dengan pihak yang tidak menghormati pandangan atau saranan mereka. 
Syed Ali berkata, mufti di negara ini tidak memihak kepada mana-mana parti memandangkan mereka dilantik atas perkenan raja-raja atau sultan sesebuah negeri selaku ketua agama Islam.
"Apabila mufti mengeluarkan pendapat untuk meleraikan kekhilafan sesuatu isu, bukan bermakna mufti memihak kepada pemerintah atau menjadi tali barut Umno, seperti didakwa sesetengah pihak.
"Tuduhan pihak tertentu kononnya kalangan mufti di negara ini memihak kepada parti pemerintah adalah tidak berasas sama sekali," katanya. -MK

1 comment:

  1. Sebab itu rakyat sepatutnya hari ini bangkit seluruh negara mogok pecat najib dan umno bn
    Korea boleh?
    Malaysia kebal kah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com