innity

pages

Sunday, January 22, 2017

Kami, CG BANTAH hasrat PH Mahu Iktiraf UEC jika Menang PRU14


Hari ini Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) memberi jaminan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jika menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Sebagai Ketua Setiausaha Majlis HARAPAN saya ingin menjelaskan bahawa jika HARAPAN membentuk kerajaan persekutuan, kita akan mengiktiraf UEC. Ini adalah kesinambungan daripada pendirian Pakatan Rakyat dalam manifesto pilihan raya umum lalu yang telah berjanji untuk memberi pengiktirafan.
Timbalan Menteri Cina Lebih Faham Berbanding Saifuddin

Apa yang sewajarnya perlu dibuat, telah pun dilakukan. Kata Timbalan Menterinya, Datuk Mary Yap Kain Ching sebelum ini, pihaknya enggan mengiktiraf UEC kerana UEC tidak selaras dengan kurikulum kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

Apakah UEC? Akronim UEC ditakrifkan sebagai Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Persendirian Cina. 

Sijil ini diguna pakai oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang dibenarkanberoperasi mengikut caranya sendiri,menggunakan silibus UEC.

Umumnya, sijil UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Mene­ngah Rendah (UEC-JML), Vokasional (UEC-V) dan Menengah Tinggi (UEC-SML) yang kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin. UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.

Sejak dahulu lagi, SMPC menolak Dasar Pendidikan Kebangsaan. Mereka enggan mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan

Sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya diciplak dari Taiwan. Sistem penilaiannya juga dibuat oleh badan penilaian sendiri, bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Dong Jiao Zong iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Cina sejak tiga dekad lalu mendesak kerajaan mengiktiraf sijil UEC sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA. 

Ini jelas suatu tindakan membelakangkan dasar-dasar kerajaan.

Hujah Dong Jiao Zong bahawa UEC diiktiraf oleh pusat pengajian tinggi luar negara seperti Uni­ted Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada tidak relevan dengan senario di Malaysia. Apatah lagi dengan keadaan jurang perkauman sema­kin melebar dan luas sekarang, yang berisiko untuk masa depan negara.

Pada masa sama, ada gertakan dibuat oleh parti Cina tertentu dalam Barisan Nasional dan Pembangkang, antaranya menjelang pilihan raya umum untuk ‘menghalalkan’ UEC yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka berhujah, dasar sesebuah universiti sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing dan me­nerima kelulusan pelajar tersebut berdasarkan kepada kualiti tanpa mengambil-kira kaedah sistem pembelajaran di negara mereka. 

Tetapi, senario ini berbeza di Malaysia kerana kerajaan tidak sepatutnya mengiktiraf sijil UEC yang diperoleh oleh warga Malaysia yang ingin memasuki universiti awam di Malaysia, bukan ke luar negara. Ini bertentangan dengan sijil SPM yang diguna pakai sebagai syarat kema­sukan utama.

Apakah menjadi suatu kesalahan jika kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke universiti awam wajib menguasai bahasa kebangsaan dengan baik?Tinggi sangatkah permintaan sedemikian? Apakah sukar bagi kaum Cina untuk menguasai bahasa kebangsaan?

Rasional kenapa Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf dan menerima sijil UEC sebagai kelayakan memasuki IPTA amatlah mudah difahami berdasarkan kepada alasan berikut;

* Pertama – Sistem pembelajaran dan subjek diajar di dalam bahasa Mandarin dan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa pe­ngantar di SMPC.

* Kedua – Bagaimana hendak menilai tahap kecintaan negara jika pelajar ini tidak bercampur-gaul bersama kaum lain?

* Ketiga – Kelonggaran hanya dikhaskan kepada pelajar dari luar negara boleh dipertimbangkan menggunakan sijil pendidikan mengikut standard negara mereka ketika memohon memasuki ke IPTA. Permohonan pelajar dalam negara pula perlulah mempunyai kelayakan SPM.

* Langkah ‘menghalalkan’ sijil UEC sebagai ‘tiket’ masuk ke universiti awam tempatan dikhuatiri mendatangkan impak jangka panjang kepada kita semua. Di antara kesan-kesan negatif yang bakal dihadapi ialah;

* Pertama – Meningkatkan lagi jurang pendidikan yang kita alami selama ini. Ini berlaku apabila ibu bapa yang telah yakin dengan pengiktirafan yang diberi sudah tentu berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke SMPC. Ini menyebabkan berlakunya percanggahan dengan semangat gagasan 1Malaysia yang kerajaan uar-uarkan. Di manakah ertinya perpaduan sebenar jika bersekolah di bawah bumbung yang berbeza?

* Kedua – Mencipta suasana persaingan tidak sihat atas padang yang tidak rata. Umum maklum, sekolah Cina memiliki kemudahan jauh lebih baik berbanding sekolah kebangsaan (SK).

Alasan seperti bahasa Mandarin penting kerana faktor ekonomi dunia hari ini bukan hujah tepat untuk mewajarkan penerimaan sijil UEC untuk ke universiti tempatan. 

Kepentingan bahasa Mandarin sebagai nilai tambah telah disedari dan bahasa itu telah mulai diajar pun di SK. Bahasa Mandarin itu dikuasai melalui subjeknya bukanlah sehingga harus mengiktiraf sijil UEC. Terdapat perbezaan di antara kedua-dua entiti itu.

Sebarang ‘pengiktirafan’ terhadap UEC, akan menafikan peluang kemasukan kaum Melayu dan Bumiputera ke IPTA. Senario ini berlaku disebabkan pada masa ini dasar kemasukan ke IPTA adalah mengikut prinsip meritokrasi. 

Pertambahan lepasan SMPC dengan sijil UEC sebanyak 20,000 orang setahun misalnya ke dalam sistem kemasukan ke IPTA akan menyebabkan peluang nipis kepada orang Melayu dan Bumiputera yang patuh menurut segala dasar kerajaan.

‘Menghalalkan’ sijil UEC untuk ke IPTA hanya akan menggagalkan gagasan 1Malaysia sebaliknya menjayakan 2Malaysia! Jika dibenarkan maka cita-cita pembentukan negara bangsa dan perpaduan sebenar rakyat Malaysia nyata akan bertambah kusut dan mati.

Hakikatnya, toleransi kerajaan sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular. Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, tetapi hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan.

Kenapa masih tidak berterima kasih dengan toleransi ini? Masih tidak cukupkah apa yang dicurahkan kerajaan selama ini?

7 comments:

  1. utamakn cina....hancurlh PH

    ReplyDelete
  2. mcm nk undi umno + pas balik lh

    ReplyDelete
  3. Knp Pengerusi MARA nak iktiraf UEC Timbalan menteri tak beri komen?...Eheheh

    ReplyDelete
  4. Adalah lebih baik jika sekolah vernakular dihapuskan, seterusnya mencorakkan semula sistem pendidikan negara ini.

    Mungkin sebagai cadangan, sekolah kebangsaan adalah wajib, sekolah agama dan vernakular sebagai sekolah kedua untuk seluruh pelajar dan digalakkan untuk dihadiri?

    Berbincang dan berunding?

    ReplyDelete
  5. HARAP PPBM DAPAT KAWAL PUAK2 LIBERAL DALAM PH

    ReplyDelete
  6. Sekali melayu sesama melayu bergaduh sekali cina beruntung. Bodoh punya kira2. Melayu bila bergaduh, jual kampung, melayu bila bergaduh jual hak, melayu bila bergaduh jual maruah.

    Cina tak pyh buat apa2, tunggu je. Usik sana sini, ugut sikit sana sini, melayu dah rasa lemah, hilang keyakinan.

    Pemimpin yg lahir sekarang semua pondan! Semua pengkhianat bangsa!

    ReplyDelete
  7. Apa autoriti si Pudin bangang ni nak iktiraf CEC .Sedang kan PH pun tak bincang isu Ni lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com