innity

pages

Tuesday, January 3, 2017

[KALAULAH MUFTI MACAM INI] Sinar Harian: Pengarah SPRM bersara kerana tidak mahu bersekongkol


Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.

Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas.-SH


keratan akhbar ini telah menjadi kenangan yang menyayat hati

5 comments:

  1. Sebab itu rakyat sepatutnya hari ini bangkit seluruh negara mogok pecat najib dan umno bn
    Korea boleh?
    Malaysia kebal kah?

    ReplyDelete
  2. Allah berkuasa
    Rakyat mesti sepakat desak pecat najib umno bn

    ReplyDelete
  3. Kalaulah Harussaini bertindak serupa
    Tidaklah melayu islam dihina
    Berprinsip demi tuntutan agama
    Dipandang tinggi serta mulia

    Kalaulah Shukri bertindak serupa
    Selamatlah bangsa dan agama
    Tiada fitnah tiada cerca
    Keadilan dicari rakyat gembira

    Kalaulah Dr Rahman bertindak serupa
    Akan terbela bangsa dan negara
    Sememangnya itu tuntutan agama
    Negara berjaya itulah merdeka

    Timbalan Mufti Kedah sudah berkata
    Sesungguhnya komenya adil dan saksama
    Masih ada muslim yang berwibawa
    Bahri Zain salah seorang daripadanya

    Dedak mengatasi takut pada yang esa
    Dedak membuat taat setia pada manusia
    Agamawan tulin perak, kelantan pahang tiada
    Terdapat seorang di kedah terdapat juga

    Alhamdulillah.......

    Just thinking aloud, Bahri could be a CRUCIAL WITNESS in any case related to money that flowed into Najob's account. Zaid, Khairuddin, Mahathir etc could subpoena him to testify in court....could not they?

    ReplyDelete
  4. "The probe into SRC International Sdn Bhd did not culminate in a prosecution because there was no case, said BN strategic communications director Abdul Rahman Dahlan.

    He said the attorney-general decides on whether a case is prosecuted or otherwise as check and balance to ensure there is no abuse of power, including by investigating bodies.

    "If an investigator has the intention to betray someone he/she is investigating, the prosecutor can thwart this, and if the investigator and prosecutor collude, then the court can block this...

    "If (investigation, prosecution and conviction) powers are not separated, it would be easy to betray an innocent person," he said.

    Now let us compare this with Bhari's comments

    "Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

    "Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

    "Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

    Sapa kita percaya ??????

    Kalau orang berakal....biar mahkamah menentukan. Naper apandi tolak?

    Saya rasa rahman dahlan ini macam the 3 musketeers, harussaini, shukri dan dr rahman.....jual maruah dan dibangsatkan



    ReplyDelete
  5. Buat yang terbaik...harapan..warisan. pribumi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com