innity

pages

Thursday, January 19, 2017

Jual tanah lama-lama kita masuk hutan, kata Tun M



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melontarkan kegusaran mengenai masa depan rakyat Malaysia sekiranya kerajaan menjual tanah kepada syarikat asing untuk tujuan pembangunan.

Mahathir berkata dengan cara menjual dan membeli dengan nilai pasaran hartanah yang tinggi kepada syarikat asing, lama kelamaan rakyat sendiri akan merempat di hutan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana malam tadi.

Video dimuat naik secara langsung di Facebook Srikandi Bersatu Malaysia-SBM.

http://www.kinitv.com/video/43744O74

Terdahulu, Mahathir mendakwa penghijrahan orang-orang China ke Malaysia bakal mengubah peratusan kaum-kaum di negara ini.

Mahathir berkata demikian bersandarkan kepada laporan Bloomberg pada November tahun lalu, di mana 700,000 unit kediaman untuk projek Forest City di Johor, akan dibina di atas tanah seluas 1,400 hektar dengan menyasarkan warga China sebagai pembeli utama.

4 comments:

  1. Setuju. Antara kaedah penilaian hartanah adalah mengambilkira nilai semasa hartanah dikawasan sekitarnya.
    Tak pasai harga tetiba naik melonjak ikut nilai kemampuan org luar bukan ikut kemampuan rakyat tempatan.

    ReplyDelete
  2. Persoalan yg patut kita tanya kepada penyamun no 1 negara aka MO1 adalah....

    "Apa faedah dan kebaikan dari pelaburan negara china ini untuk rakyat malaysia?"

    Ini Pertanyaan tambahan...

    1 Rakyat dapat kerja?

    2.pengilang2 tempatan dapat tempahan?

    3.kerajaan dapat cukai?

    ATAU

    Malaysia dah kena JUAL?

    ReplyDelete
  3. Kerajaan ada cadangan utk tambak laut sb nk ganti tanah yg kena jual. Nanti rakyat mlasia duduk atas laut.

    ReplyDelete
  4. Lambat laun rakyat malaysia akan menjadi pelarian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com