innity

pages

Friday, January 27, 2017

Jangan beri peluang lagi kepada MCA, Gerakan, MIC dan DAP


HAJI Darus mempercepatkan langkah ke dewan tidak jauh dari rumahnya. Sebelum ini jarang Haji Darus hadir ceramah politik. Tapi sejak pulang dari Makkah menunaikan haji selepas mendapat tajaan sebuah syarikat, kerap juga dia mengikuti ceramah.
Dari jauh dia disapa Lebai Man, JKKK Kampung Pinang Sebatang. Lebai Man belum naik haji. Patutnya dia pun ke Makkah bersama Haji Darus, tapi dia menolak ‘derma’ kerana was-was dengan sumber pendapatan syarikat itu, halal ke haram. Lebai Man masih ingat kata ustaz “kalau kita was-was, maka tinggalkan”.
Penduduk kampung sudah ramai mengambil tempat. Pengacara memulakan majlis dengan mengajak hadiri sama-sama berdoa memohon keberkatan dan perlindungan Allah. Penceramah dijemput ke pentas dan mula berbicara mengenai undang-undang Islam, hukum syariah dan Mahkamah Syariah.
Lalu, topik utama disentuh iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU 355. Haji Darus dan Lebai Man khusyuk mendengar hingga selesai majlis.
Sebenarnya, Pedang ingin memperingatkan bahawa umat Islam, dalam apa juga keadaan, mesti bersatu menegakkan agama Allah. Selagi kita sebagai muslim, maka wajib ke atas kita mempertahankan agama Islam. Kita kena lebih patuh kepada hukum Allah.
Mempertahankan agama Allah menjadi kewajipan kepada umat Islam. Mempertahankan undang-undang Islam juga adalah kewajipan ke atas kita. Demikian juga menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini menjadi kewajipan ke atas kita.
Ingat memperingati antara satu sama lain, wajib bagi kita. Demikianlah apa yang Pedang lakukan. Memberi peringatan melalui penulisan, bukan mengangkat senjata. Hanya itu kemampuan Pedang setakat ini. Bila mengingati undang-undang dan hukum yang ditetapkan Allah, maka kita kena patuh.
Memanglah sebagai manusia kita ada kekurangannya. Tapi kita sentiasa mahu menaikkan taraf kehidupan. Kena juga kita naikkan taraf iman. Daripada darjat manusia, menjadi Islam. Daripada Islam, kita naikkan lagi kepada orang beriman. Dalam al-Quran pun Allah selalu menyeru dengan memulakan ayat “Wahai orang-orang yang beriman…”
Jadi bila ada usaha untuk menegakkan, memperkasakan dan memartabatkan hukum Islam dengan melakukan pindaan kepada undang-undang sedia ada, maka wajib bagi kita menyokongnya. Ketepikan fahaman politik. Itu semua dunia. Tapi jika kita meletakkan kepentingan agama, bukan sahaja kita peroleh dunia, malah akhirat.
Jika ada pihak yang membantah usaha kita untuk menegakkan hukum Allah, adakah kita akan berdiam diri. Tidak! Kita mesti melawan. Jika orang kafir di Malaysia menentang, maka kita lawan. Lagipun, tiada sebab orang kafir hendak menentang RUU 355 itu. Tiada kaitan langsung dengan mereka.
Cuma mereka sekarang ini mahu tunjuk keras kepala. Mereka kuasai ekonomi dalam negara Islam. Sekarang aturan hidup orang Islam pun mereka hendak kawal. Kalau ikut hati, memang Pedang bahasakan mereka ini, tapi rakan Pedang kata sabar.
Dan, apabila ada pihak mengatakan mereka sedia melawan orang kafir yang menentang hukum Allah ditegakkan menerusi Pilihan Raya Umum (PRU), Pedang sokong sangat. Lagipun pemimpin kafir yang dipilih dalam PRU lalu, menang di kawasan majoriti orang Islam. Nampaklah ketika itu orang Islam menyokongnya.
Tapi apabila parti mereka seperti MCA, Gerakan, MIC dan DAP terang-terang menentang kita menegakkan hukum Allah, memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini, adakah kita akan membiarkan sahaja. Kita tidak boleh biarkan. Ya! Kita lawan. Tapi bukan dengan mengangkat senjata. Apa caranya?
Pedang seru umat Islam jangan menyokong calon daripada MCA, Gerakan, MIC dan DAP yang bertanding di kawasan orang Islam. Jika mereka masuk ke kawasan Melayu untuk berkempen, bangun tanya apakah pendirian mereka mengenai RUU 355 – menegakkan hukum Islam. Ketika itu mereka akan bermuka-muka hanya untuk menagih undi.
Berdasarkan penentangan keras mereka sekarang ini terhadap undang-undang Islam, maka kita jangan beri peluang langsung.
Pedang bukan apa, pelik macam mana orang bijak pandai seperti mereka ini boleh jadi pemimpin? Lebih Pedang kesal, boleh pula memimpin di kawasan majoriti Islam Melayu. Cukuplah untuk PRU yang lalu.
Mari kita ajar mereka dalam PRU akan datang. Ramai yang kata PRU ke-14 bulan sembilan. Pastikan kita tidak lupa bahawa mereka ini penentang Islam. Jangan undi mereka.
Kata Pedang: Sambil memandang pekat malam menerusi tingkap rumah kayunya… menghirup kopi panas Haji Darus memandang isterinya. “Islam wajib diutamakan”. Kata Haji Darus kepada isterinya.

-ismaweb

4 comments:

  1. Saya berbeza pendapat. Selagi hukum Allah tak guna pakai pada semua rakyat malaysia, selagi itu saya tentang. Sebab hukum Allah guma pakai untuk semua, bukan berpilih pilih. Kalau berpilih2, itu hukum dunia buatan manusia.

    Teringat ustaz berceramah pasal pegangan ulama "Syadid"...contoh saudi dimana rakyatnya hampir 99.9% muslim. Mereka ada hudud termasuk elemen ruu355. Di malaysia kata ustaz itu hanya lingkungan 55 hinga 60 peratus. Kita tak dapat guna pakai.

    Masaalah di malaysia, parti yang KAFIRkan yang lain, sedangkan yang lain kata parti yang satu lagi SESAT. Imagjne for political expediency... agama jadi taruhan.

    Saya juga melayu beragama islam.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. HEHEHE..............Haji darus dapat gelaran Haji hasi
    sedekah sebuah syarikat yang perniagaannya takat mensucikan
    duit haremkah, Pedang................????????
    Kesian orang macam Haji Darus - so naif.

    ReplyDelete
  3. Setakat nak martabatkan undang2 demi agama, seolah2 mcm kita nak tipu tuhan. Kita sibuk claim kita dah laksanakan tuntutan agama tapi dlm masa yg sama kita duk bagi jugak kuasa kat penyamun. Sempurna ka tanggungjawab kita kalu lagu tu? Undang2 yg duk ada pun penyamun tu boleh manipulate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul seperti diperkatakan oleh 5.56, betulkan dengan pemimpin teratas dengan yg bersih, cekap, amanah dan berintergriti.

      Jika pemimpin bernama bijan diatas yg merompak dan menyamun wang dan harta negara, boleh kah Undang2 RUU dibentangkan?

      Memperkasakan islam bermula dari pemimpin atau rakyat?

      Adakah Parti PAS boleh diharapkan apabila mereka amat mesra dengan umno bijan?

      Adakah parti PAs boleh diharapkan apabila mereka ingin menubuhkan blok ketiga parti pembangkang dgn tujuan memecah belahkan undi seterusnya memberi kemenangan kepada umno bijan. Sudah lupakah kita PRK k.kangsar dan sg besar?

      Fikir2kan lah dengan bijak wahai rakyat marhaen sekalian, sokong RUU, dan mengundi PAS bermakna memberi kemenangan kepada UMNO.

      Adakah UMNO BIJAN menyokong seterusnya membentangkan RUU dengan ikhlas?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com