innity

pages

Saturday, January 7, 2017

JAMAL DICAMPAK RM1JUTA: kenapa tak lapor Polis???


Pemimpin Gerakan Baju Merah, Jamal Md Yunus yang sebelum ini menjadi bahan ketawa kerana aksinya bertuala ketika pergi ke pejabat SUK Selangor di Shah Alam, kini membuat satu lagi kejutan.

Jamal yang selepas itu menyerbu beberapa pusat judi di sekitar Ampang dengan memakai jubah pula, kali ini mendakwa beliau telah dicampakkan dengan sebuah beg berisi wang tunai RM1 juta.

Menurut Jamal, beliau percaya perbuatan itu adalah percubaan untuk membelinya berikutan tindakannya menyerbut pusat-pusat judi sebelum ini.
Bagaimanapun, Jamal dilaporkan mencampakkan kembali beg tersebut kepada orang yang mencampakkannya itu.

Wowwww....hebatnya...campak dibalas dengan campak.

Tetapi, kenapa tiada sekeping gambar atau video pun berkaitan aksi campak-mencampak beg itu?

Mencampak air kepada seorang perempuan yang mahu menghantar air ke rumahnya pun bersepah-sepah pengikut Jamal merakam gambarnya, kenapa aksi dicampak dan mencampak beg berisi wang RM1 juta langsung tidak dirakam?

Gambar begnya pun takkan tiada juga?
Selain itu, kenapa Jamal tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu, sebaliknya hanya memilih untuk menulisnya di Facebook?

Sebelum ini, sikit-sikit buat laporan polis, tetapi kenapa kali ini Jamal atau kawan-kawannya tidak membuat laporan polis tentang perbuatan yang terang-terang suatu kesalahan dan cuba merasuahnya? (SH 07/01/2017).

4 comments:

  1. Inilah melayu gila..insyallah sewel jamal ni...tak kebal pun

    ReplyDelete
  2. "makahai.. cilaka lu campak beg sama gua. nanti orang nampak maaa! kasi bank in dalam wa punya account la, nanti orang tanya wa boleh cakap ini wang derma maa.. haiya", kata si jebon kepada si lembu.

    ReplyDelete
  3. Jamal ada gelaran datuk seri, dia juga ada gelaran jamal jamban, jamal tongkol dan jamal separuh bogel.

    Cenggini pun najib suka kat jamal

    ReplyDelete
  4. Bro... cerita dalam mimpi laaaaahhhhh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com