innity

pages

Wednesday, January 25, 2017

[VIDEO][JAMAL BUAT'GILA' LAGI] susun katil, bawa adegan urut depan SUK

SHAH ALAM: Hari ini Datuk Jamal Md Yunos hadir lagi ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dan kali ini membawa deretan katil bujang serta bantal yang disusun cantik depan pagar, sebagai simbolik membantah lambakan rumah urut di Selangor.
Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata tinjauan dilakukan pihaknya dan NGO miliknya sejak sebulan lalu mendapati kira-kira 4,000 kedai menjalankan aktiviti urut di sekitar Selangor.
“Aktiviti perniagaan yang dilesenkan pihak berkuasa tempatan, mendapat kebenaran SUK di bawah kerajaan yang tidak ada harapan ini secara tidak langsung menggalakkan aktiviti yang tidak sihat.
“Saya maklumkan di Selangor sudah ada program iaitu ‘Rumah Urut Selangorku’. Inilah kejayaan menteri besar kerana sudah beribu-ribu rumah urut berada di Selangor iaitu di Gombak, Ampang dan lain-lain,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.
Sebanyak 10 katil dan tilam yang tertera ayat Dapat Aiskrim Percuma (D.A.P) manakala di bantalnya pula ditulis ayat Rumah Urut Selangorku.
Bagaimanapun, Jamal menafikan perkataan D.A.P itu merujuk kepada Parti Tindakan Demokratik ataupun DAP.
Katanya, kebanyakan pekerja rumah urut ini terdiri daripada pekerja asing dan paling membimbangkan ialah mereka melakukan promosi tidak sihat apabila berlakunya persaingan dalam perniagaan rumah urut.
“Tukang urut kebanyakannya diimport dari Thailand, Vietnam, Indonesia dan juga China.
“Majlis daerah dan PBT yang mengeluarkan lesen, tetapi adakah imigresen yang perlu berkejar-kejar setiap hari, ini persoalannya. Mereka yang mengeluarkan lesen patut bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya.
Jamal mendakwa beliau ada senarai dan maklumat lengkap mengenai kegiatan rumah urut di seluruh Selangor, malah bersedia menjadi pemandu Menteri Besar Datuk Azmin Ali bagi menunjukkan rumah urut yang ada di Selangor.
Sebelum itu, Jamal ke SUK dengan menaiki motosikal berkuasa besar jenama Harley Davidson. Di atas motosikal itu turut diletakkan tong ais krim dengan nama “Ais Krim Azmin” berserta slogan “Sekali rasa pasti hendak lagi”.
Jamal turut memberikan ais krim kepada orang ramai di situ serta pengawal keselamatan namun ditolak secara berhemat oleh pengawal berkenaan.
“Saya berikan ais krim ini percuma saja di sini, tetapi nanti apabila menjelajah di seluruh Selangor, saya akan menjualnya dengan harga 20 sen.
Ia sama seperti tindakan kerajaan Selangor memperkenalkan pembelian beg plastik 20 sen,” katanya.
Jamal bagaimanapun menafikan nama Azmin itu nama menteri besar Selangor.
Jamal sebelum ini beberapa kali melakukan gimik politik termasuk datang ke Pejabat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan bercat mukanya merah kuning, memohon jawatan presiden FAS selain berjanji akan membangunkan pasukan bola sepak Selangor
Beliau juga pernah ke SUK dengan hanya bertuala sambil membawa baldi bagi mendesak supaya isu air Selangor diselesaikan segera, selain pernah mengadakan sidang akhbar dalam tandas.

12 comments:

  1. Kumpulan orang2 yg kehilangan maruah.

    ReplyDelete
  2. Jj gila mana tahu apa itu makna maruah...kalau baruah dia tahu lah.

    ReplyDelete
  3. Mat bangla pun ada?

    ReplyDelete
  4. Insyallah hapus lenyap muflis bencana malapetaka buat seluruh ahli dan ketua umno ...

    ReplyDelete
  5. apakah Jamal Jamban ni nak bagi tau kat semua orang bahawa dia memang pengunjung tegar rumah urut, maka itu dia meminta pihak Kerajaan Negeri Selangor menambahkan lagi rumah urut daripada yang sediada bagi memudahkan beliau membuat kunjungan bila-bila dia suka. sebab orang yang mempunyai selera yang pelik akan meminta dan mahukan orang lain tahu perihal selera dan kemahuan mereka supaya apa saja yang mereka lakukan menjadi sesuatu yang biasa dan diterima orang ramai. Begitu juga dengan amalan rasuah, kalau kita tengok hampir setiap hari ada saja laporan kes-kes rasuah yang melibatkan setiap golongan samada pegawai atasan atau bawahan kerajaan/ Bukan Kerajaan di media negara kita, lama kelamaan orang dah tak rasa rasuah tu bukan perkara yang bertentangan dengan budaya kita. Buktinya kalau dulu kes-kes yang melibatkan gay, lesbian dan yang sealam dengannya menjadi sesuatu yang pelik bukan saja pada pandangan masyarakat islam tapi juga masyarakat bukan islam, tetapi sekarang budaya songsang tersebut sudah tidak rasa pelik (melainkan bagi orang-orang yang membenci budaya songsang yang menyalahi budaya dan agama ni). Benarlah seperti kata orang tua alah bisa tegal biasa orang dah tak terkejut dengan budaya yang dilaknati Allah. Berbalik dengan si Jamban ni, pada pandangan korang adakah dia ni salah seorang yang termasuk dalam golongan yang mempunyai masalah mental seperti yang Kementerian Kesihatan sebutkan tu sebab semakin hari tindak tanduknya semakin parah dan memalukan geng-geng dia yang dulunya sependapat dengan dia

    ReplyDelete
  6. Mintak CT Noalija coment la mcm nih... askim jamban lam jamban tu zaman Kalit Gagap jadi menteri besoooo.... CT Nohalija sila koment....

    ReplyDelete
  7. jamal nak bagitau kepada rakyat yang masih buta dan tuli bahawa kerajaan selangor di bawah azmin telah melesenkan begitu banyak rumah urut. tak kiralah korang nak kata jamal ada masalah mental ke, apa ke, moral of the story ialah rumah urut tumbuh bak cendawan di musim hujan sejak selangor dalam genggaman azmin. korang yang dok kutuk jamal ni memang pelanggan rumah urut yang jamal ungkitkan itukah? patutlah marah sangat bila jamal buat lawak terbaru kali ini. sentap rupanya...huhuhu

    ReplyDelete
  8. Insyallah..gila sewelah..jamal sg besar..

    ReplyDelete
  9. Bijan n semah,

    Brapa korang beri dedak kat jamal setongkol neh? Katil2 tu sumee baru2 belaka, pasni katil tu korang derma atau korang songlap gak ker?

    ReplyDelete
  10. Pengeluaran visa pelajar kepada warganegara asing pun dimanupulasi oleh sindikit atau individu. Dalam Malaysia ni banyak permit kebenaran dimanupulasi secara berleluasa oleh sindikit yang menjalankan kerja haram.

    Apa kata kerajaan Malaysia lantik saje abg Jamal ni sebagai peneraju membenteras kegiatan haram se Malaysia. PDRM,PBT dan lain-lain agensi penguatkuasa setuju ke???Benda gimmick mcam gini elok buat roadshow kesetiap pelosok pejabat SUK negeri2 di seluruh Malaysia ni baru betullllll...... ni setakat nak buat political milage untuk kepentingan diri ...orang pun meluat.

    ReplyDelete
  11. orang gila, kerjanya pun gila......

    ReplyDelete
  12. Siapa yang urut jamal tu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com