innity

pages

Monday, January 23, 2017

[IKTIRAF UEC] Pemuda UMNO DESAK Annuar Musa TARIK BALIK Kenyataan


Pemuda Umno mendesak Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa supaya menarik balik kenyataannya berhubung Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan.

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, langkah sedemikian bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan kerana tidak memenuhi sistem pembelajaran selain standard kurikulum berlainan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mara berkata, tiada keperluan UniKL berbuat demikian dan Annuar perlu memberi penjelasan bahawa kenyataan itu pendapat peribadi beliau tanpa merujuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“UniKL adalah milik penuh Mara dan pengurusannya perlu sesuai dengan perjuangan Mara yang memberi kelebihan kepada golo-ngan Bumiputera. Sebarang langkah mengiktiraf UEC adalah satu langkah ke belakang yang tidak menguntungkan orang Melayu," katanya.

Nazir Hussin berkata, ketegasan menteri amat dialu-alukan memandangkan UEC tersebut tidak selaras dengan falsafah pendidikan negara yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah.

Beliau mengulas kenyataan Ismail Sabri yang menolak kenyataan Annuar bahawa UniKL tidak pernah mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan penuntut ke institusi pengajian tingga swasta (IPTS) itu.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, walaupun dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 2004 untuk berbuat demikian, UniKL tidak pernah berhasrat membuka kemasukan untuk pemegang UEC.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Syaiful Rizal Abd Ghani kesal kerana tindakan Annuar mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan menteri dan aspirasi kerajaan.

Menurutnya, sebarang pengiktirafan kepada UEC tidak membantu usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum dan membentuk identiti nasional dalam kalangan masyarakat.

“Kenyataan bercanggah akan menimbulkan kebimbangan masyarakat dan boleh menyebabkan Mara tidak lagi dihormati. Annuar perlu berbincang dengan Mara atau menteri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan pada masa hadapan,” katanya.

4 comments:

  1. Insyallah..moga allah buka semua kehancuran umno..insyallah hapuskan umno bn najib

    ReplyDelete
  2. Pemuda umno tin kosong. Cakap pasal UEC, kalau berani mengapa tak desak kerajaan sarawak gugurkan recognition of the qualification?

    Bunyi bergegar2, habuk tak dak

    ReplyDelete
  3. you umno guys are tong kosong

    konon pembela agama, bangsa dan negara.....pppppppiiiiiiiiirahhhh

    ReplyDelete
  4. Mrk nampak berani tapi memang mrk berani. Berani menyorok muka bwh meja bila big shot dlm UMNO bg warning. Berani kerana periuk nasi, takut kerana benar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com