innity

pages

Tuesday, January 24, 2017

HINA BAHASA MELAYU: Realiti Sikap Bangsa Cina yang Entah Bila Akan Selesai

Ini bukan kes pertama mereka menghina Islam dan Melayu. Beribu netizen memaki hamun mereka tiada gunanya. Ungkapan-ungkapan seperti "balik Cinalah" dan sebagainya hanya sia-sia, kerana kita mesti menelan hakikat sebenar realiti sekarang.
Mereka amat percaya bahawa kita orang Melayu sudah tidak boleh buat apa-apa kerana:-
1) Parti UMNO yang bertempik "Hidup Melayu" setiap kali PAU, pemimpinnya bergantung pada duit orang Cina untuk survival politik mereka (baca; periuk nasi).
2) Parti PAS, yang baru bercerai dengan DAP, belum nampak ada kekuatan dan pelan yang jelas untuk memimpin perubahan besar dan signifikan bagi mendaulatkan semula Islam dan orang Melayu pada masa depan. Parti masih lagi berlegar di sekitar isu PAN, DAP, UMNO dan Hudud. Gaya kepimpinan individual dan keguruan juga membantutkan proses mobilisasi segala sumber kekuatan umat tanpa mengira parti yang boleh disalurkan ke arah cita-cita Islam dan Melayu yang besar di wilayah kuasa yang semakin mengecil ini.
3) Lupakanlah parti PKR dan PAN, kerana kedua-duanya memang hidup bergantung pada sokongan Cina sejak lahir.
4) Kuasa besar dunia sekarang ialah China. Chauvinisme Cina mengatasi perbezaan ideologi dan kiblat politik. Itu sebab mereka sanggup mati untuk mempertahankan SJKC, kerana ia mencetak generasi demi generasi yang pekat Chauvinisme Cina. MCA pernah mengarak pemimpin China di Kuala Lumpur yang menyatakan jaminan China tidak akan membiarkan sesuatu berlaku pada Cina Malaysia. Orang Melayu masih belum fahamkah?
Tiada apa-apa lagi yang tinggal pada orang Melayu kecuali motosikal kapcai guna pergi kerja setiap hari mengharung risiko kemalangan mati demi mencari sesuap nasi. Di bumi dan tanah sendiri. Hanya segelintir yang mampu membeli rumah dan bersantai ke luar negara.
Majoriti masih rasa selesa dengan kehadiran sebuah telefon bimbit dibawa ke hulu ke hilir, berswafoto, walaupun kedaulatan agama, bangsa dan tanah air tergadai. Walaupun kocek kosong, apatah lagi geran tanah barang sekeping.
Itulah beberapa hakikat pahit yang mesti ditelan, supaya kita boleh berfikir dengan betul. Tindakan reaktif emosi hanya sia-sia. Kena buat kerja susah dan payah, memakan masa lama untuk membina semula kekuatan. Tiada jalan pintas.

5 comments:

  1. Menarik sekali.....
    Kelebihan bangsa melayu....mencipta slogan@moto,tetapi tidak di praktik kan langsung.
    Berpolitik gah satu dunia,poket nya kosong dan ekonomi nya lemah. Di sini lah puak2 cina malaysia mengambil peluang menghulur 'bantuan' maka lemah lah melayu bila pertama kali menerimanya....dan akan berlaku lah seterusnya.
    Terlalu mendakwa kononnya org cina terlalu pandai berniaga tanpa menyedari mereka cuma pandai menipu!
    Melayu lupa bahawa Rasulullah adalah idola tulen yg wajib di turut jejaknya.
    Salah siapa?

    ReplyDelete
  2. kalau kita punyai pemimpin melayu beragama islam yang jadi penyamun, mengkafirkan orang islam lain, menipu dan berbohong, membangsatkan bangsa, menjual agama demi pangkat dan ganjaran, menipu bangsa sendiri dengan seguni beras, wang sogokan BRIM, janji tinggal janji, mengalih tiang gol, guna wang rakyat tanpa rasa bersalah, mencampak gelas pada orang tua namun tak pecah dan lain2, tak usah bercakap pasal HINA BAHASA MELAYU.

    ReplyDelete
  3. Ustaz Hj. Mohd Hazizi Ab Rahman,

    Salam,

    Pernahkah anda terfikir mengapa bangsa melayu, muslim dan institusi agama islam dihina?

    Lihatlah pemimpinnya,

    Bila bercakap berbohong
    Bila berjanji dimungkiri
    Bila bertanggungjawab dikhainati

    Bila berpakaian semua nak diarabkan
    Bila bercakap tak serupa bikin
    Bila tak setuju terus dikafirkan

    Bila ada pangkat agama dikompromi
    Bila berfatwa selalu tak konsisten
    Bila ada kemungkaran terus bisu, pekak dan buta

    Kalau kita dah berperangai diatas,

    Perlukah kita minta dihormati?
    Perlukah kita disanjungi?

    As a malay and muslim....we do not deserve respect and praise. We deserve condemnation unless we change. If we change, Allah will help us and bring us back to those glorious days.....InsyaAllah.

    Wallahuaklam








    ReplyDelete
  4. Dulu pas kata umno gagal utk martabatkan agama sehinggakan parti komponen dlm BN juga menentangkan...ceh. Sekarang ni ahli depa pun dah tinggalkan pas. Islam gagal ka atau pas yg gagal sekrg ni? Betui ke politik dlm islam relevan? Kalau mereka masih memperjuangkan islam mendahului politik bermakna mereka dah menunjukkan satu contoh kegagalan.mohon tinggalkan politik atau tanggalkanlah kopiah tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com