innity

pages

Monday, January 2, 2017

['HANTU' SUPERBEST] Bukan Nak Taja Kelantan TAPI Minta Pemain JUAL PRODUK, hanya 25% hasil jualan, sumbang kepada KAFA

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor.


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan menolak hasrat SuperBest Power menjadi penaja persatuan itu musim ini. 

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata sebaliknya KAFA hanya tidak dapat memenuhi syarat syarikat itu yang bercadang mengadakan jelajah menjual produk mereka membabitkan 10 jajahan di negeri ini. 

"Di sini tidak timbul soal kita menolak tajaan malah kita tetap menganggap SuperBest Power sebagai rakan niaga walaupun sangat mustahil kita dapat mengumpul hasil jualan dalam satu jajahan dengan mencapai sasaran kutipan RM1 juta. 

"Maksudnya SuperBest Power bukan berhasrat untuk menjadi penaja dengan nilai tajaan RM10 juta, sebaliknya menetapkan pemain The Red Warriors (TRW) perlu menjelajah seluruh daerah untuk mengumpul dana melalui jualan produk syarikat itu," katanya. 

Mengulas lanjut isu tajaan SuperBest Power itu, Ismail berkata, pemain TRW juga perlu menjual dahulu produk syarikat berkenaan dan sekiranya hasil jualan RM10,000, 25 peratus daripadanya akan disumbang kepada KAFA

"Namun ia bergantung pada jualan pada siri jelajah di setiap daerah dan jika tiada jualan maka tiada dana yang diperoleh," katanya ketika dihubungi BH hari ini. 

Akhbar sebelum ini melaporkan, syarikat minuman kopi kesihatan SuperBest Power Health Food and Beverages membayangkan bersedia mengisi kantung KAFA RM10 juta semusim, sekali gus memberi harapan cerah kepada TRW beraksi di Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

Sementara itu, syarikat telekomunikasi RedOne Malaysia terus membisu dalam soal menjadi penaja Kelantan walaupun Kongres Luar Biasa KAFA sudah berlalu lima hari. 

Ketua Pegawai Pemasaran, Ben Teh, berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk memuktamadkan sebarang keputusan dan enggan memberikan sebarang komen yang boleh menimbulkan kontroversi. 

"Jika ada keputusan terkini saya akan maklumkan dan tunggu sehingga pihak kami memberi sebarang kenyataan kepada media," katanya. - BH

4 comments:

  1. Kiki pemain kena buat 2 kerija dlm 1 masa... kan amat masalan dah cakap dulu.... kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Siapa nak jd penaja kalau rakyat kelantan tak sokong produk tu. Tutup kedai je lbh baik.
    Pengurusan FAM mesti dibetulkan dulu kemudian KAFA boleh dipimpin org yg betul2 layak mengemudi KAFA. Kalau dpt penaja pun duit siurus dgn betul. Jgn bg ahli politik ganggu KAFA.

    ReplyDelete
  3. Baru Ada akai.... Cam ni baru tau susah cali Wang.

    ReplyDelete
  4. Patut la nuar letak jawatan. Camni tak leh gabus, takleh Nak beli panamera cash.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com