innity

pages

Tuesday, January 31, 2017

Hadi tak hadir pertemuan PAS-PPBM esok kerana TAk TERLIBAT J/Kuasa Perbincangan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai pertemuan parti Islam itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dalam perkembangan terbaharu, FMT diberitahu pertemuan yang dijadualkan berlaku pada Khamis diawalkan ke esok.
Delegasi PAS akan diketuai Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata Hadi tidak akan menyertai perbincangan tersebut kerana tidak terlibat dalam jawatankuasa perbincangan.
Hadi bagaimanapun merestui perbincangan itu.
“Yang akan menyertai perjumpaan PAS dan PPBM ialah saya sendiri, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad serta 2 lagi jawatankuasa PAS yang lain,” katanya ketika dihubungi FMT.
Hadi sebelum ini bertegas menolak kerjasama dengan DAP pada PRU akan datang, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan PPBM.
Semalam PPBM dalam kenyataan berkata parti itu tetap bertemu PAS walaupun akar umbi parti marah susulan penghinaan PAS terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
PAS turut mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang. - FMT

3 comments:

  1. AnonymousJanuary 31, 2017 at 8:04 PM
    Sesungguhnya Allah maha kaya dan adil. Semoga jadi peringatan kepada Rahman Dahlan, Salleh Keruak dan paling penting Nazri Aziz.

    ReplyDelete
  2. Siapakah yg berjiwa besar diantara PPBM dan PAS? atau kedua duanya?

    Tak per biarlah berlainan pendapat asalkan semua bersatu tumbangkan si bijan tuh...

    Lebih baik berbeza pendapat dari jadi lembu kerbau bersyubha dengan ketua penyamun no 1 negara iaitu si bijan.

    Agree to disagee! Inilah demokrasi! Dan islam itu adil!

    ReplyDelete
  3. http://m.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44105-pak-pandir-tak-perlu-ajar-pas-berpolitik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com