innity

pages

Tuesday, January 31, 2017

[GILO APO?] MENTERI TAK TAHU, Tak dimaklum Annuar Musa DIGANTUNG


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung tugas pengerusi mereka, Tan Sri Annuar Musa.
Kata Ismail Sabri, beliau kini sedang menunggu laporan mesyuarat daripada Ahli Majlis MARA.
"Saya tak pasti apakah mesyuarat khas ada kuasa untuk menggantung pengerusi.
"Saya tidak tahu sama ada keputusan tersebut menggantung atau mencadang untuk menggantung.
"Setahu saya kuasa melantik pengerusi adalah di bawah kuasa menteri dan mendapat persetujuan perdana menteri.
"Saya yakin ianya termasuk memberhentikan pengerusi atau menggantung," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, sebentar tadi.
Menurut Ismail Sabri, beliau yakin keputusan mesyuarat berkenaan hanya bersifat cadangan.
Terdahulu, MARA dilaporkan menggantung tugas Annuar termasuk sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB), berkuat kuasa serta-merta.
Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergemparyang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat MARA, di Kuala Lumpur.
Menurut laporan BH Online, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob.
Ismail Sabri berkata, beliau akan mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang mengenai perkara itu.
"Saya dimaklumkan tentang mesyuarat, tetapi tidak tahu apa agendanya," katanya.

8 comments:

  1. Saya tak tahu menahu MARA ada pelaburan merugikan. Saya tak tahu menahu MARA taja Red Warrior. Saya tak tahu menahu MARA gantung Pengerusi MARA. Saya fak tahu menahu pernah wujudnya MARA. Hihihi..lawak 2017.

    ReplyDelete
  2. This is the work of melayu yang dah dibangsatkan, tunggang langgang dan tahu macam mana nak handle kerja. Quality ZERO. CREDIBILITY ZERO. For info of all, Dr Yusuf YACOB IS A SABAHAN....

    Nampak tak???? salleh, rahman, pandikar, bung and now dr yusof!!!!!!! hello sabahans.. wake up bros.....

    ReplyDelete
  3. Dia ni menteri x tahu ker..asik x tahu je

    ReplyDelete
  4. Adakah Menteri TAK TAHU dalam kabinet malaysia bawah najib?

    ReplyDelete
  5. Kisah pelik tapi benar.

    Mereka inilah konon membela bangsa, agama dan negara

    ReplyDelete
  6. Jawapan sebegini...memualkan...sepatutnya.diam Dan tangguh jawab di press kemudian...

    ReplyDelete
  7. TERKINI MENTERI-MENTERI DI KABINET MO1 TELAH KENA SINDROM "TAK TAHU"
    DAN MEMBERI JAWAPAN YANG MENJADI BAHAN GELAK KETAWA JE MACAM PROGRAM MAHARAJA LAWAK.....

    BENGONG RAKYAAT MELIHAT AKAN KENYATAAN MENTERI-MENTERI

    ReplyDelete
  8. Menunjukkan BIJAN sebagai ketua GAGAL memimpin negara!!!

    tak cukup dengan gagal memimpin, kuat MENIPU dan KAKI KINCING MERATA RATA!!!

    JUGA DAN TAK DILUPAI,

    PENGECUT, TELOQ TAKDA, selalu sembunyi celah kain semah!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com