innity

pages

Tuesday, January 31, 2017

Gantung Annuar, Menteri Jaga MARA kata Tak Tahu, Timb. Menteri Kesihatan Pula "Cekap" MENGULAS


MUAR 31 Jan. - Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) membuktikan ketelusan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, tindakan itu berbeza dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyaksikan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng masih meneruskan tugas biarpun sudah didakwa di mahkamah.

Menurut beliau, kes membabitkan Annuar hanya baharu dalam peringkat siasatan, namun penggantungan berkenaan dibuat bagi membolehkan pihak terlibat menjalankan siasatan secara terperinci.

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau fasiliti kesihatan di kawasan terjejas banjir di Pagoh, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE 



Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung tugas pengerusi mereka, Tan Sri Annuar Musa.
Kata Ismail Sabri, beliau kini sedang menunggu laporan mesyuarat daripada Ahli Majlis MARA.
"Saya tak pasti apakah mesyuarat khas ada kuasa untuk menggantung pengerusi.
"Saya tidak tahu sama ada keputusan tersebut menggantung atau mencadang untuk menggantung.
"Setahu saya kuasa melantik pengerusi adalah di bawah kuasa menteri dan mendapat persetujuan perdana menteri.
"Saya yakin ianya termasuk memberhentikan pengerusi atau menggantung," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, sebentar tadi.

5 comments:

  1. Najib ada Menteri baru .
    Jawatannya :
    MENTERI TAK TAHU .

    Sungguh Canggih namanya

    ReplyDelete
  2. MO1 bila nak gantung tugas sementara siasatan dijalankan?

    ReplyDelete
  3. TMK mengulas sbb nak puji umno je..Nak dedak dari najib la tu.

    ReplyDelete
  4. Ini dinamakan sindrom klasik "anak ayam kehilangan ibu mereka"

    Sorang menteri umno cakap camni, sorang menteri lagi cakap camtu, nampak sangat mereka kehilangan arah, tanpa panduan dan cacamerba tiada ketua.

    Ketua dimaksudkan adalah bijan.

    Pembaca2 semua harus memahami situasi yg dialami bijan sekarang nih...

    Pada waktu dan ketika ini, situasinya adalah leher bijan sedang terjerut, beliau sedang mengalami masalah untuk melepaskan tali yg sedang melilit tengkoknya.

    Oleh yang demikian,

    Beliau meminta semah mengambil alih tampuk pemerintahan negara!

    INILAH KEADAANNYA SITUASI KRITIKAL NEGARA PADA KETIKA INI!

    GONG XI FA CHAI TAHUN AYAM SEMUA!!!

    ReplyDelete
  5. AnonymousJanuary 31, 2017 at 8:04 PM
    Sesungguhnya Allah maha kaya dan adil. Semoga jadi peringatan kepada Rahman Dahlan, Salleh Keruak dan paling penting Nazri Aziz.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com